Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 26 April 2014

Pemimpin Pakatan Rakyat Jangan Berlagak Dalam Setiap Demo Jalanan - 1 Mei Bukan Ketentuan PR.


Aku paksa diri aku untuk berani.  Aku tahu keberanian aku akan menyebabkan aku kena hempuk balik lepas neh. Tapi aku mahu paksa diri aku untuk berani. Apa nak jadi pun jadi la. Janji aku cuba. Pada aku itu lebih baik sebab sekurang2nya aku akan dapat melihat tahap penerimaan orang ramai. Aku lupa kat mana aku baca. Cuba buat sesuatu walaupun kita sendiri tatau apa yang kita buat tue betul ataupun tidak adalah lebih baik daripada tak berbuat apa2 kerana kita takan tahu kesudahannya. Ini kata2 dalam buku2 perjuangan yang aku baca. Cuba tak ingat dari mana. Itu dalam konteks perjuangan menentang pemimpin2 yang zalim. Bukan dalam konteks lue nak buat jahat ke apa. Jangan salah tafsir pula ah.

HAHAHA..

Aku nak bagitau. Aku benci setiap kali demo dengar ceramah. Aku memang benci. Aku punya benci aku tatau nak cakap macam mana tapi yang pastinya aku benci. Aku benci sebab setiap isi2 ceramah tue aku dah hafal dalam kepala hotak aku. Aku juga benci sebab aku tahu ramai yang hadir ke demo2 itu juga sebenarnya sudah tahu apa yang ingin disampaikan sebab maklumat di hujung jari. Setakat nak godek2 pasal GST tue semudah ABC aje. Rakyat lagi pandai guna MEDIUM INTERNET untuk cari maklumat pasal GST. Apatah lagi sekarang dah ada WHATSUP. Maka semakin menjadi2 la rakyat bukan hanya mencari bahkan sebar terus maklumat2 yang depa ada bagi membentuk satu rangkaian perjuangan yang besar supaya ramai2 boleh bersama2 untuk menolak pentadbiran BN.

Jangan cakap ceramah2 itu untuk mereka2 yang tatau apa2 sebab itu alasan BULLSHIT.

Orang yang pergi berdemo itu adalah orang yang ada kesedaran. Orang yang ada kesedaran ialah orang yang tahu mencari maklumat. Dengan beranggapan bahawa pendemo2 itu buta maklumat dan ceramah itu menjadi halal, pada aku itu alasan yang BULLSHIT lagi memBULLSHITKAN. Jangan pandang rendah pada kepekaan rakyat untuk ambil tahu maklumat2 yang ada bagi menguatkan lagi prinsip mereka untuk menolak GST.

Aku juga nak bagitau. Aku benci tengok pemimpin2 di escort kiri kanan oleh pegawal2 mereka. Aku tatau sejak bila aku benci dengan benda tue tapi yang pasti aku memang benci. Aku benci tengok pemimpin2 bergerak menggunakan kenderaan. Aku juga benci apabila pemimpin2 di layan macam rakyat berkelas tinggi oleh penyokong2 taksub mereka. Aku memang benci. Cuma aku tatau sejak bila aku mula ada perasaan itu. Tapi yang pasti aku memang benci dengan benda tue. 

Aku mengidamkan suasana yang apabila satu2 pemimpin turun di jalanraya dia dilayan macam rakyat biasa dan tiada mana2 pihak memuja dan memuji mereka dengan keterlaluan. Sibuk nak tengok2, pandang2 dan bergambar2 dengan tingkah laku yang teruja semacam (kalau atas sebab nak update, pemberitaan, laporan, ceritakan pengalaman itu dalam konteks yang berbeza okay).  Aku bayangkan apabila mereka berdemo status mereka sama aje macam rakyat biasa. Beza mereka dan kita adalah mereka dibayar gaji untuk lawan polisi2 yang menindas rakyat. Kita pula walaupun tidak dibayar tetap perlu berjuang untuk meningkatkan taraf hidup kita, menjaga kualiti hidup kita, sebagai rakyat, hak2 kita perlu kita pertahankan supaya kita dapat meneruskan kehidupan di dunia neh dengan sebaik2nya tanpa rasa tertindas jauh sekali menindas.

Aku benci apabila pemimpin2 berucap menggunakan pembesar suara bergerak dalam kenderaan dan bagi alasan keselamatan sebagai punca utama kenapa mereka bertindak demikian. Aku benci bila diskriminasi nyawa dilakukan. Aku juga anak seseorang. Aku juga ada orang yang sayang. Aku juga ada satu nyawa. Aku juga akan mati kalau kena bunuh. Aku juga akan sakit kalau kena pukul. Walaupun aku bukan pemimpin tetapi nyawa aku tak kurang nilainya berbanding dengan nyawa2 pimpinan. Jadi apa sebab aku kena turun di jalanan, berdemo, berjalan kaki, berhujan, berpanas, kena air gas, kena pukul tetapi berbeza pula layanan yang dihadapkan ke atas pemimpin2 pembangkang. Kenapa wujud diskriminasi macam tue? Satu rakyat mati akan ada rakyat yang bangkit melawan. Satu pemimpin yang mati juga akan ada yang bangkit melawan mengantikan pemimpin yang mati itu. Sama saja kita semua. Tetapi apabila pimpinan mati semua orang nampak atas alasan semua orang kenal tetapi bila seorang pejuang mati berapa ramai yang amek tahu dan sudi kenal sedangkan mana2 pemimpin takan naik tanpa pengorbanan titik peluh dan airmata pejuang2 negara. Kenapa masyarakat kita melakukan diskriminasi walauapun terhadap rakan2 seperjuangan sendiri. Adakah pangkat, harta dan status menjadi status ukuran untuk kita saling hormati menghormati dan membina perhubungan?

Di mana pendirian rakyat sekarang neh?

Adakah kita benar2 menolak diskriminasi dengan melakukan diskriminasi sesama sendiri?

Atau kita hanya menolak diskriminasi yang dilakukan oleh BN tetapi jika ia dilakukan oleh pemimpin PR kita tak tolak?

Semua orang buat kerja dan jalankan peranan masing2. Wang tidak boleh dijadikan penanda aras sejauh mana dedicatednya pemimpin2 kita terhadap kerja2 melawan kerajaan demi rakyat kononnya. Tetapi rakyat boleh pula di ukur dari segi status dan peranannya hanya sebab dia rakyat. Ini adil ke?

Rakyat tidak berhak mengukur prestasi pemimpin atas sebab ada benda yang rakyat tatau apa yang pemimpin dah korbankan tetapi indeks kecermerlangan rakyat boleh pula di ukur oleh pembodek2 dan pekerja2 pimpinan sedangkan mereka juga tatau apa yang telah kita korbankan untuk berada di laluan perjuangan ini. Itu, adil ke?

Dan setiap kali kita menyatakan perbezaan pendapat akan ada suara2 negatif yang mengatakan kita tak pernah ada hak itu kerana yang dikritik itu adalah pimpinan tetapi siapa pula yang beri hak kepada pimpinan untuk mengkritik tindakan dan pemikiran rakyat?

Itu, adil juga ke?

APABILA SESEORANG BERCAKAP PASAL KEADILAN DI SAAT DIA MELAKUKAN DAN MENYOKONG KETIDAKADILAN, itu, adil ke?

RAKYAT BUKAN SECOND CLASS CITIZEN hanya kerana kami rakyat. Kami sama macam kamu semua. Sepertimana kami datang dari tanah, kamu juga datang dari tanah. Sepertimana tuhan kamu Allah, tuhan kami juga Allah. Seperti mana kamu berjuang dengan cara kamu dan beria2 menegakkan idelogi dan pemikiran kamu adalah betul seperti itulah juga kami akan berjuang dengan cara kami dan mempertahankan prinsip perjuangan kami. Jika pimpinan rasa rakyat tiada hak untuk menegur tindakan pimpinan maka pimpinan juga jangan rasa kamu ada hak nak menentukan hala tuju dan pemikiran kami dalam perjuangan.

Jika kamu rasa kita perlu bekerjasama untuk menumbangkan kerajaan yang zalim maka kita berkerjasama betul2. Kita bertolak ansur sama2. Kita bertolenrasi semuanya. Jangan berkira sangat dalam tindakan kamu terutamanya membabitkan nyawa sebab nya kita semua ada satu nyawa. Jangan hanya memikirkan keuntungan dari sudut kamu sedangkan rakyat juga tak pernah berkira dalam bab perjuangan. Jangan hanya pandai kutip derma, meminta, meminta dan meminta, mengharap, mengharap dan mengharap sedangkan rakyat tidak pernah larikan tangan dari memberi apabila bantuan itu diperlukan, tetapi apabila rakyat mula menyatakan perbezaan sedikit semua perkara2 di ungkit2 seolah2 rakyat neh tiada nilai satusen pun di mata2 pemimpin2 pembangkang.

Pemimpin2 pakatan rakyat tidak bangkit sendiri. Mereka bangkit dari air mata dan pengorbanan rakyat. Dan kini setelah mereka semakin besar dan semakin banyak yang menyokong mereka cuba berpaling muka dari berlapang dada dengan setiap kritikan2 dan pendapat2 yang membina dan berbeza dari apa yang mereka fikirkan. Bukanla salah mereka 100% kerana 50% datangnya dari penyokong2 mereka yang taksub dan pekerja2 mereka yang dibayar untuk membela kredibliti dan imej mereka.

Semua garisan yang memisahkan dan menjarakkan kami dengan pimpinan perlu dihapuskan dan dipadamkan seratus peratus jika benar keadilan dan bebaskan diri dari kezaliman adalah prinsip perjuangan kita.

Layanan diskriminasi hanya kerana kami rakyat dan kamu elit perlu dimatikan.

Pentas ceramah itu layaknya rakyat yang berada di atas dan bersuara.

Kami sudah lama mendengar kata2 kamu. Tapi siapa pula nak dengar luahan dan permasalahan2 yang dialami oleh rakyat.

Ada kamu turun dari pentas dan mendekati kami ataupun interview kami bertanyakan sebab apa kami datang berdemo? Pernah kamu buat? Pernah kamu tanya suara ahti kami ataupun hanya bercakap tanpa henti seolah2 hanya kamu aje ada suara dan kami pula hanya ada telinga.

Walaupun dalam gerakan perjuangan melawan kezaliman perlu ada satu pemimpin dan tindakan yang tersusun namun tindakan tersusun itu juga perlu mendapat 'perkenan' dan persetujuan dari orang ramai yang terlibat.

Bahkan, tindakan tersusun itu juga kadang kala perlu dirombak ikut situasi dan keadaan semasa. Jika dulu demo 3 jam tak boleh jalan maka sekarang kita PERLU BELAJAR UNTUK UBAH STRATEGI KITA. Contohnya, katakan kita akan sasarkan demo 1 hari. 24 jam. Demo 3 hari. Kemudian 10 hari. Seterusnya berubah mengikut keadaan yang kita hadapi ketika itu. Takan sampai bila2 pun kita nak berdemo 3 jam, datang berselfie, upload gambar2 orang datang ramai owh bangganyaaaa dan kemudian huha huha panas dengar ceramah? Kemudian sembang kencang bahawa kerajaan perlu tunduk pada aspirasi dan kehendak rakyat? Kemudian banding dengan demo2 BN. Macam budak kecik la kalau kita tak reti nak mematangkan pemikiran dan tindakan diri sendiri. Yang lebih teruk kita juga dok kutuk2 penyokong2 PR dan rakyat yang tak hadir berdemo dan bangga diri sebab turun berdemo. Turun demo bukan untuk rakyat bangga. Kalau ada yang tak dapat turun atas tuntutan kerja, tindakan ko bukan patut bangga tapi patut rasa malu. Kurang2 ko mampu turun berdemo dan skip kerja satu hari tetapi ada orang punyalah susah hidup dia nak turun berdemo pun tak mampu. Sapa pernah tahu dan peduli? Tetapi bila kita tanya hello pemimpin itu ini tak hadir berdemo pun maka datangla serangan peluru berpandu bertubi2 pung pung pung pung kepada rakyat yang persoalkan perkara tue. Pemimpin sentiasa diberikan ruang untuk halalkan tindakan mereka tetapi rakyat tidak akan pernah ada ruang itu. 

Kenapa?

Jauhkan diri kita meletakkan kepentingan pemimpin melebihi kepentingan kita dan jauhkan juga diri kita dari menjadi pemimpin yang pentingkan diri sendiri dan letakkan diri kita sebagai elit hanya kerana kita pemimpin macam KEBANYAKKAN PEMIMPIN2 PAKATAN RAKYAT DAN BARISAN NASIONAL!

Sekarang kita sebagai rakyat dengan urusan mana2 pemimpin di negara ini adalah urusan kerjasama dan MOU yang suka sama suka. Yang mana MOU itu tidak boleh sesekali melanggari apa2 hak dan kepentingan rakyat dalam apa2 jua keadaan sekalipun.

JIKA RAKYAT PERLU BERDEMO DALAM KEADAAN PANAS, PEMIMPIN JUGA PERLU BERDEMO DALAM KEADAAN PANAS. JIKA RAKYAT LANGGAR DATARAN DAN DIBANTAI OLEH POLIS PEMIMPIN JUGA JANGAN PANDAI2 LARI MENINGGALKAN RAKYAT YANG DIBANTAI ATAS ALASAN KESELAMATAN!

Jika pemimpin kata kami duduk dalam parlimen dan pongpang2 pasal hak kamu, maka kami akan kata, bahawa kami juga pongpang2 pasal kamu dalam kempen dan pangkah kamu atas kertas undi.

Jika tidak suka kepada tuntutan kami, maka jangan la jadi wakil rakyat. Atas nama jawatan kamu sebagai wakil rakyat maka bertindak la sepertimana yang rakyat tuntutkan ke atas kamu.

Jangan rasa kamu hebat hanya kerana kamu pemimpin.

Jika orang lain tak berani nak berkata2 benar maka aku sentiasa ada disitu untuk bercakap apa yang aku rasa. RAKYAT BUKAN PUNCHING BAG kepada pemimpin. Kerahan demo itu jika ianya dibuat untuk meningkatkan millage sokongan kepada PR itu adalah tindakan yang salah dan MISLEAD.

Kerahan demo itu jika ianya dibuat kerana benar2 nak mengutamakan kepentingan bersama maka itu adalah matlamat yang bersesuaian dengan keadaan.

Kerahan demo itu bukan sahaja sepatutnya diedarkan di kalangan ahli bahkan di kalangan pemimpin juga.

Tak guna pungpang2 suruh orang berdemo, datang berdemo, keluarkan arahan tetapi bila tiba hari berdemo pemimpin2 sendiri tak hadir berdemo atas macam2 alasan. Sekadar sembang kencang tapi tak amalkan apa yang dia sembangkan, baik tak payah. Ini bukan penyokong kamu yang taksub. Bahkan aku akan sentiasa menjadi penentang2 kepada penyokong2 kamu yang taksub. Maaf, saya akan sentiasa bercakap apa yang saya rasa selagi mana saya yakin saya perjuangkan hak rakyat.

Bai. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...