Sebelumnya itu ketika pihak PACA TSKI mengetuk pintu bilik hotel tersebut mereka didalam enggan membukanya tapi kedengaran dari luar keadaan kelam kabut didalam ..
Setelah beberapa minit barulah dibuka dapati seorang anggota parti dari Hulu Selangor yang dikenal pasti dipercayai sudah membuat pangkah di kertas undi dan dimasukkan kedalam sebuah kotak. Kejadian ini telah berjaya dirakam dan sudah pun dimaklumkan kepada Pengerusi Jawatan Kuasa Pemilihan Pusat Dato' Johari Abdul sendiri.
Pihak JPP berjanji sungguh akan buat siasatan dan tindakan sewajarnya. ..
Sehingga artikel ini di tulis calon no 3 Tan Sri Khalid Ibrahim sedang mendahului. Semalam Omak kau sudah beritahu peringatan bahawa kali ini jangan ada lagi pemilihan KeADILan yang disangsikan ketelusan, bersih dan adil.
Pihak TSKI sudah menubuhkan pasukan Polling Agent dan Counting Agentnya (PACA) yang terdiri dari sukarelawan seramai 600 orang ... Don't play playlah kali ini. Jangan bersikap apabila Empayar nak rebah maka mula bertindak gelabah tidak munasabah ..
Menang biar anggota parti tidak marah .. kalah biar bermaruah.
Pendapat aku.
Penulisan di atas bukan ditulis oleh aku. Tetapi oleh blogger tersohor dan top PKR. Omakkau bukan orang luar parti macam aku. Dia orang parti. Dan di atas adalah apa yang dia laporkan. Pada aku tak cukup parti aje yang diberikan kuasa untuk siasat permainan kotor (andai benar) yang berlaku sepanjang proses pemilihan dalam parti. Elok libatkan PDRM dan SPRM. Aku yakin oleh kerana yang terlibat ini adalah pembangkang pasti mereka bersungguh2 siasat punya la.
Hehe.
Dan hasil dari komen2 yang aku baca di facebook dan page2 top nampaknya dorang dok kaitkan insiden ini dengan Azmin Ali. Aik. Betul ke?
Cuba kita dengar dulu penjelasan dari semua pihak sebelum buat apa2 kesimpulan. Apa pun aku tengok semakin lama semakin banyak pula yang menyampah kat Azmin. Why
Hahahaha
Lihat gambar2 berkaitan ;
Tu diaaaa.. nama semua cukup depa dedahkan. Apa lagi kalau dah terbukti sahih calon yang didapati bermain kotor patut dihilangkan kelayakkan daru bertanding. Aku bukan apa. Taknak la ada yang cedera sebab baling2 kerusi meja lagi. Dah tak cukup ke yang lepas2 tu?
Kah Kah Kah
Rujukan : Omakkau