Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 25 April 2014

Hudud - GERAKAN Guna Undang2 Lawan PAS, KJ Sokong.

Pandai KJ luaskan pengaruh politik dia. Adakah belajar dari Mukhriz Mahathir yang tetiba berperwatakkan alim2 kepala hotak kau sejak menjadi MB Kedah?

Harap2 bukan begitu la yer. Pasal aku memang meluat habis dengan orang yang guna agama agar diperlihatkan alim dan baik di mata masyarakat padahal kat belakang2 perangai serupa celaka. Yang tu aku memang meluat habis. Bukan aku dorong kita pamerkan kejahatan terang2an just don't be hypocrite sudahla. Kalau lue tak solat subuh lue diam2 sudah. Bukan suruh lue mengaku satu kampung atau berbangga dengannya pun. Usah lakon suci macam lue solat padahal lue memang tak solat. Tu maksud aku. Sekadar contoh. Aku tak kata kat sapa2 pun okayy.

Hehe.

Aku tertarik bila KJ sebut ;


Aku percaya sebagai orang Islam kita pasti melihat perundangan islam ialah satu sistem perundangan yang bagus. Undang2 neh tak pentingkan duit meskipun duit boleh digunakan untuk ganti-kabus kesalahan. Undang2 Islam jika ikut aturan yang sebijik2 seperti yang termaktub dalam Alquran iaitu tekankan prinsip keadilan maka ia memang bagus. Sebab apa? Sebab kesalahan tu fixed. Sampai bila2 pun merompak memang salah. Zina memang salah. Kenapa salah? Yang tu kita pandai2 buat huraian sendiri ataupun pada yang tatau boleh tanya kepada sesiapa yang tahu. Cukup kita faham punyala Allah kasihkan kita yang mana baik dan yang mana buruk pun DIA siap asing2kan lagi supaya kita tak susah2 nak fikir banyak. Tapi manusia? Biasala. Dan muslim? Biasala.. Attitude ma. Attitude.

Haha.

Berbeza pula dengan civil law. Dulu laki tak boleh kahwin laki. Sekarang kat sesetengah negara dah boleh. Tak silap aku the recent country yang pass the gay marriage law tu Britain. Atau Australia. Antara dua la. Aku lupa. So nampak tak macam mana otak manusia berfikir bab undang2? Dia berubah ikut zaman. Kejap jadi gay salah. Kang kejap jadi gay tak salah. Kejap merompak salah. Kang karang yang merompak tu pimpinan jadi tak salah pula. Ikut suka2 hotak dorang buat undang2 macam tu. Takde ketetapan yang pasti. Berubah ikut mood dan intrepresi. Macam kes di India baru2 neh. Jadah apa nak maafkan semua perogol2 semata2 boys will always be boys. Itu yang teruk sangat civil law. Berubah2 to please nafsu manusia yang sampai mampos pun takan puas. Percayalah.

Dengan perundangan Islam walaupun ia tetap dari segi jenis kesalahan tapi hukuman pula berubah2. Ini yang bagus. Pembolehubah kat sini ialah situasi. Nampak tak macam mana Allah faham sangat manusia tu.

Kalau si miskin mencuri kerana lapar tak kena potong tangan. Dengan civil law asalkan ko di dapati mencuri ko tetap kena hukum (melainkan ko berduit atau VVIP) atas alasan nak tegakkan undang2. Situasi takan membantu menjernihkan kesalahan ko melainkan dalam keadaan2 tertentu seperti pendakwaraya tiada bukti atau kekurangan hujah untuk sabitkan ko melakukan kesalahan. Memang gila babi punya kejam la. Orang berbeza suara pun kena ISA dan SOSMA. Bukan tengok situasi kenapa dia melawan kerajaan. Tapi asalkan dia lawan kerajaan tue confirm salah. Ini lagi kejam.

Tapi tak pula mangkok2 ayun BN kata SOSMA tu kejam. Tapi dok kata hudud kejam sebab ada hukum potong tangan. Pencuri kena potong tangan, kejam. Tapi pencuri yang sanggup bunuh orang untuk mencuri? Yang sampai orang mati? Cacat? Gugur? Hilang ahli keluarga? Koma? Nak kira macam mana pula? Sentimen mangsa nak campak mana? Kenapa beria2 kesiankan penjenayah?

Bodoh!!!!

Bodoh sangat sebab selama neh dok hadap berita2 curi rm2 masuk penjara. Curi coklat masuk penjara. Curi susu masuk penjara. Tu yang ingat undang2 Islam akan potong tangan umat2 yang mencuri macam di atas padahal kalau kita mencuri kerana lapar (lapar ada banyak maksud. Kita lapar atau ahli keluarga atau jiran atau org yang kita tahu sedang lapar. Atau keadaan terdesak macam kalau tak buat akan mati atau sengsara) kita tidak akan dipotong tangan sebab Allah maha pengasih. Bahkan ia akan di ukur ;

1. Berapa banyak lue curi

2. Berapa kali lue curi

3. Ada kematian, kecederaan, kecacatan ke atas mangsa2 curi ke

4. Apa tujuan lue curi

Itu undang2 Islam. Bukan sebarangan aje boleh letak hukuman. Tu sebab point KJ tu aku sokong. Isu bukan pada penerimaan. Isu pada pelaksanaan. Apa draf yang PAS nak bentang. Apa kaedah yang PAS guna untuk pastikan keadilan terlaksana sepertimana yang Allah gariskan. Apa hujah dan dalil yang PAS guna untuk tetapkan dan tentukan bentuk hukuman. Apa cara yang PAS akan buat untuk memastikan hanya mereka2 yang adil akan dilantik jadi hakim bukan based on kronism. Bagaimana nak pastikan ia benar2 adil seiringan dengan konsep keadilan dalam Islam tanpa menindas mana2 pihak. Itu yang KJ maksudkan bab pelaksanaan. Itu yang kita dok huraikan. Itu juga ada yang tak faham2 sampai kata kita lawan Allah padahal kita tengah sembang bab tindakan dan pemikiran manusia.

Tapi bodoh tak bodoh juga la GERAKAN dan BN neh. Sebab apa. PAS baru nak bentang draf dah kelam kabut meroyan. Macam mana nak sampai ke puncak gunung kalau orang nak mendaki pun ko halang. Ye tak? PAS sekarang tengah mendaki. Kalau dia salah arah pakat2 betulkan. Dan PAS pun kena terbuka juga terima kritikan dan pendapat. Jangan meroyan nak pecat sana sini. Masa nak mendaki tu bawa peralatan yang betul dan berguna. Jangan bawa dan buat benda2 yang takde kaitan. Maksudnya mana2 ketidakadilan yang dilakukan oleh PAS sekarang kasi betulkan juga. Jangan dok sembang kencang bab keadilan padahal lue pun tak adil. Getik aku. Itu juga salah satu elemen untuk orang pertikaikan keupayaan dan kemampuan PAS. Depa taknak sedar diri sampai sekarang. Susah betul. Cakap cara baik ke cara kasar ke haram terima.

Apa pun sedegil2 PAS degil lagi BN yang benak tu. Sampai sanggup guna undang2 untuk halang pembentangan dan pelaksanaan hudud. Pada aku itu bukan tindakan sendirian GERAKAN. More to propaganda BN including UMNO (the hidden hands). Di depan rakyat dia la juara Islam. Juara rakyat. Pejuang Islam. Tapi di belakang2?

Inila plan dorang ;


Dan ini lue tuduh2 Karpal Singh punca utama hudud tak dilaksanakan di Malaysia? Memang lawak ah!

Kah Kah Kah

Kah Kah Kah Kah

Kah Kah Kah Kah Kah


Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...