Jangan main buat tuduhan rambang. Tidak baik begitu. Kehadiran Bomoh 1Malaysia di tempat kemalangan yang melibatkan Karpal Singh dan pembantu setianya Michael C dan seterusnya menyebabkan kedua2 mereka maut serta merta di tempat kejadian tiada kaitan dengan pembangkang aka Pakatan Rakyat.
Dalam erti kata lain, tiada sesiapa pernah mengundang dia secara rasmi untuk lakukan apa2 telekan dan jampi menjampi.
Bomoh tue saja nak cari populariti dan kontroversi. Dan, perkembangan2 terbaru bomoh tue pula sentiasa dikemaskini oleh laman blog suaratv yang mana kalau korang semua perhatikan betul2 kandungan blog tersebut, penulisan dia terarah kepada pro BN.
So, apahal pula nak kaitkan dengan PAKATAN RAKYAT?
Hapa pun tak boleh.
Penulisan fitnah oleh blogger UMNO ;
Sebastian Phiu: Sebelum ini Raja Bomoh telah memalukan Malaysia dengan kelibatnya di KLIA cuba mencari pesawat MH370 yang hilang entah ke mana. Di saat kerajaan bertungkus lumus mencari kehilangan MH370, pembangkang pula mengambil kesempatan di atas isu Raja Bomoh dengan mengaitkan beliau kerajaan.
Namun, selang berapa ketika terbongkar bahawa Raja Bomoh sebenarnya adalah pengikut Pakatan Rakyat yang telah menilik bahawa kerajaan akan tumbang pada PRU yang lepas. Pakatan seakan malu-malu alah dengan terbongkarnya isu tersebut dan perkara tersebut berlalu begitu sahaja.
Kini Raja Bomoh muncul kembali betul-betul di lokasi berlakunya kemalangan yang mengakibatkan kematian Karpal Singh tempoh hari. Tujuannya mungkin cuba mencari apakah sebenarnya punca kemalangan tersebut. Pakatan begitu terdesak mahu mengaitkan kemalangan yang berlaku ke atas mendiang Karpal Singh adalah berpunca daripada kerajaan.
Tapi, tilikan awal Raja Bomoh mengatakan ia adalah angkara Puaka Gua Tempurung. Namun setelah banyak pihak yang membongkar penyelewengan dan hubungan Raja bomoh dengan Anwar Ibrahim, kami percaya ramai yang tidak akan tertipu dan terpedaya dengan tilikan Raja bomoh kali ini. Malah perkara ini telah membuktikan bahawa Raja Bomoh benar-benar adalah pengikut tegar Pakatan Rakyat.
Rujukan : sini
Cerita dongeng lagi. Bloggers UMNO memang suka buat citer dongeng. Semalam kemain lagi papa gomo kata nak langkah mayat Karpal Singh. Hari neh last buat upacara tanda hormat. Bila korang nak langkah? Ke sembang kencang je?
KAH KAH KAH
BTW, siyes la bomoh 1malaysia neh memang power. Dah banyak dah aksi2 mengarut dia buat. HARAM sesiapa berani amek tindakan. Kalau la bomoh tue sokong PR mao kaw2 kena punya. Oleh kerana bomoh tue geng BN sampaikan dalam rumah pun ada tugu 1Malaysia rujuk sini ==> http://sozcyili.blogspot.com/2014/03/gambar2-rumah-raja-bomoh-negara-dengan.html
Maka slumber gila la bomoh tue nak meroyan apa bagai pun. Royanan terbaru bomoh 1Malaysia kali neh melibatkan kemalangan yang menyebabkan Karpal Singh maut. Katanya puaka gua tempurung punca Karpal Singh mati. Aku bukan nak gelakkan kematian mendiang KS. Aku just nak gelakkan bomoh tersebut sebab buat lawak bangang okay.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH
KELAKAR NAK MAMPOS.
Pemandu lori yang tukar laluan tak bagi signal tue la punca kemalangan maut berlaku. Tapi alih2 puaka gua tempurung yang dipersalahkan. Kalau puaka tue benar2 wujud mesti dia angin 1badan. Apsal pula aku yang kena neh oi. Apa kena mengena?
KAH KAH KAH
Dan lagi satu, jangan salah faham. Kita update2 citer bomoh neh bukan sebab nak popularkan dia walaupun bomoh tue mungkin ada agenda peribadi yang tersendiri. Kita update2 neh nak bagi pihak2 tertentu makan cili. Lue orang tengokla sendiri macam mana double standardnya tindakan dorang. Pandai2 la lue fikir sendiri okay, bai.