Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 26 April 2014

Rakyat Malaysia Diseru Buat 2 Kerja - Cadangan AKPK.

2 kerja. Ye. Pergi kerja. Balik kerja. Kemudian, pergi kerja lagi. Then balik kerja. Apa jadi kat anak2 apa tak hel. Apa jadi kat mak bapak apa tak hel. Apa jadi kat adik beradik apa tak hel. Nanti anak2 tak pandai akademik kat sekolah. Salah cikgu. Nanti anak2 merempit, salahkan mak bapak. Nanti generasi muda kuat bersosial salahkan didikan agama Islam yang tak mampu dia dapat sejak dari kecil. Kerajaan mana pernah salah. Yang salah masyarakat, rakyat, orang, organisasi, ibu bapa, guru2, murid semua sekali asalkan bukan kerajaan, bukan BN.

WHAT THE FUCK IS THAT BEB?

WHAT IS THE FUCKING RETARDED MENTALITY YANG BERLAKU DI NEGARA INI BEB?



Cadangan bangang dari orang yang tak kenal erti susah. Cadangan bangang dari orang yang tatau nak memahami keadaan rakyat. Cadangan bangang dari orang yang nak menangkan tindakan kerajaan setiap masa. Rakyat disuruh kerja sampai mampos. Buat kerja dua kali. Rakyat kena ubah. Rakyat kena terima. Rakyat kena paksa diri untuk adapt dengan semua polisi2 bangsat dari kerajaan. Semua rakyat kena telan. Rakyat adalah hamba abdi kepada kerajaan Malaysia.

Suruh cikgu ajar tuition di waktu pagi untuk tambah pendapatan bagi menanggani kenaikan kos sara hidup. Aku fikir dia neh pasti tiada kawan2 yang menjadi seorang guru. Jika ada sudah tentu dia malu untuk beri cadangan tersebut apatah lagi kepada cikgu2 wanita yang dah berkahwin. Tambahan pula sekarang neh kita ada pemikiran yang beranggapan bahawa guru2 yang jadi pengajar di pusat tuisyen tidak memberikan sepenuhnya tumpuan terhadap pembelajaran murid2 di sekolah bagi mengalakkan murid2 mengambil kelas tambahan yang berbayar. Lagi la masyarakat semahu2nya cuba melarang guru2 dari terlibat dengan pusat tuisyen supaya pelanggaran keutamaan (konflik kepentingan)  itu tidak berlaku. Dan datang pula cadangan bodoh lagi membodohkan diri. 

Cadangan dua kerja ini relevant juga kalau kita kerja office hours. Ataupun jenis kerja part-time. Ataupun jenis kerja sendiri. Tapi kalau yang kerja tetap di syarikat swasta susah juga nak buat dua kerja takut polisi syarikat melarang perkara tersebut. Begitu juga dengan polisi kerajaan. Kalau buat dua kerja bukan ke salah? Apatah lagi kalau depa buat dua kerja sampai kerja utama diabaikan bagi memberikan focus kepada kerja sampingan (kerja kedua). Ini bukan sahaja akan mempengaruhi kualiti kerja mereka (lebih2 lagi kalau government servants) bahkan akan mempengaruhi juga tahap kesihatan masing2.

Terlalu penat asyik buat kerja itu ini akhirnya mati kemalangan akibat kepenatan ketika memandu. Dah la kena hadap jam dan tol lagi. Ada sapa nak peduli luahan rakyat? PERGI LA MAMPOS. Sebab ko rakyat maka jawapannya adalah PERGI LA MAMPOS. Kalau ko Najib dan pemimpin2 tertinggi dalam mana2 parti politik sekalipun NYAWA ko adalah utama dan wajar dilindungi. Nyawa rakyat persamaannya adalah PERGI LA MAMPOS. Sudahla rakyat dilayan secara PERGI MAMPOS oleh pemimpin2 negara dan pemimpin2 partisan, rakyat juga dilayan secara PERGI LA MAMPOS oleh rakyat biasa juga. Dan banyak rakyat tak pernah sedar bahawa mereka dilayan secara PERGI LA MAMPOS oleh kesemua kelompok. Itu pasal selalu sangat dilayan dengan jahat dan bila ada orang buat baik sikit kita dah rasa nikmat sebab selalu sangat kena buli kat negara neh. Benda2 kecil dan takde apa2 pun kita rasa terkesan sangat tak pasal2. Pemimpin pakai kasut buruk kita rasa hebat. Kita sendiri pakai kasut buruk kita buat2 lupa. Apa yang nak dibanggakan sangat pada tingkah laku pemimpin kalau benda tue pun kita buat hari2. Aku rasa rakyat sekarang tak faham keutamaan adalah untuk menyelesaikan masalah sendiri bukan sibuk selesaikan masalah orang.

Bayangkan lagi. Jika yang buat dua kerja tue akibat terkesan dengan kos sara hidup yang tinggi melangit adalah seseorang yang dah berkahwin. Kalau bujang kita faham lagi. Mungkinla cadangan ini ada baiknya (paksa diri untuk faham). Masa dengan anak2 sudah tentu semakin kurang. Masa untuk bersosial dengan kawan2 pun kurang. Masa untuk muhasabah diri pun kurang. Masa bersama pasangan pun kurang. Masa untuk ibu bapa pun kurang. Masa untuk adik beradik pun kurang. Kebanyakkan masa dihabiskan untuk kerja, bayar hutang, kerja, bayar cukai, kerja, tanggung anak2, kerja, bayar hutang, kerja, bayar keperluan anak2, kerja dan kerja dan kerja. Bila mereka jadi jauh dengan pasangan masing2 akan berlaku perceraian. Stastistik menyatakan ramai yang bercerai akibat masalah kewangan. Tengokla, bukan sebab rasa cinta kepada pasangan kurang. Tapi sebab tak tahan pressure dan tatau macam mana nak selesaikan masalah kewangan. Maka bertengkar dan bertengkar. Sakitkan ahti pasangan masing2 bila stress. Bila dah penat dan tatau nak serap ketensionan maka cara terbaik adalah berpisah. Anak2 jadi mangsa akibat perceraian ibu bapa. Ada yang mampu harungi dengan baik tapi tak kurang banyaknya juga yang tergelincir dari landasan hidup yang benar. Semua neh membentuk satu kitaran yang masalah besar tapi ramai yang tak nampak2. Dan sampai bila kita nak binasakan diri kita untuk pertahankan penindasan berskala besar ini?

Lue fikirlah sendiri.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...