Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 22 April 2014

Pengakuan Menteri - Syarikat Telekomunikasi Untung Billion2 !!!!!!


Kat sini ada sesiapa tak pernah terima mesej2 bodoh dari syarikat telekomunikasi mengenai citer2 lucah la, gossip artis terkini la, ringtones apa bagai la?

AKu rasa semua orang pernah terima asalkan saja dia menggunakan HANDPHONE.

Dan hasil dari sembang kencang aku dan rakan2 aku kami menyimpulkan bahawa keadaan ini tidak boleh wujud jika ;

1. Tiada orang yang menjual no2 telefon kepada pihak tertentu (pihak ketiga).

2. Tiada kerjasama (tidak langsung) dengan syarikat2 telekomunikasi gergasi di negara ini.

Bahkan ada di antara kami yang mempercayai sms2 gila curik duit orang dalam hp (prepaid) didalangi oleh ahli2 korporat dalam syarikat2 telekomunikasi itu sendiri. Ada syarikat2 yang mereka sendiri wujudkan atas nama pihak ketiga supaya kegiatan tersebut tidak dapat dihidu oleh orang awam.

Bahkan mungkin ada kerjasama seperti beri duit kepada syarikat2 telekomunikasi tersebut supaya kegiatan2 tidak bermoral (curi duit orang) diteruskan.

Saksi dan bekas pekerja tue ada. Cuma nak cakap mana ek. Bukti konkrit tue takde lain. Setakat cakap2 aku rasa orang takan caya. Gila babi la kena kutuk balik punya kalau dok sebarkan cakap2 orang sebagai hujah semata2. 

HAHAHAHA..

Dan baru2 neh si Shabery Cheek tah makan apa tah dia tetiba jadi cerdik sekejap. Tapi jenis limited punyalah. Ada had masa. Sampai masa ubat waras yang dia makan tue habis fungsi dia akan kembali ke perangai asalnya..

HAHAHAHA..

GESAAN Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek supaya syarikat telekomunikasi di negara ini menurunkan caj penggunaan telefon ialah kenyataan yang menarik perhatian, terutama apabila beliau menyebut syarikat-syarikat gergasi ini ‘untung besar’.

Ahmad Shabery mempersoal keuntungan besar diumumkan syarikat telekomunikasi, dan mengingatkan mereka patut menjalankan tanggungjawab sosial lebih besar dengan mengurangkan kos penggunaan telefon kerana lesen mereka diberikan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

“Saya seru supaya mereka ini cuba duduk dan berfikir, bagaimana dapat kurangkan kos penggunaan berkaitan telefon (perbualan dan SMS) yang ada. Dulu mahal, kini patut makin murah.

“Sepatutnya ada tanggungjawab sosial korporat lebih besar (kepada masyarakat) selain membina menara komunikasi di luar bandar, pada masa sama mereka mesti umumkan pengurangan kos,” katanya, Februari lalu seperti dilaporkan Bernama.

Berapa besar keuntungan syarikat telekomunikasi seperti dimaksudkan Ahmad Shabery?

Memang besar, jika mengambil contoh tiga syarikat telekomunikasi negara iaitu Maxis Bhd, Celcom Axiata Bhd (Celcom) dan Digi.com Bhd (Digi).

Untuk tahun kewangan berakhir 2013, Maxis mencatat untung selepas cukai RM2.1 bilion, Celcom RM2.4 bilion dan Digi RM1.7 bilion.
-SH-

Tue diaaa

MAXIS - 2.1B

CELCOM - 2.4B

DIGI - 1.7B

Gila babi punya banyak duit untung yang dorang dapat. Bukan orang marah dapat untung banyak2 pun. Tapi adakah berpadanan dengan service?

Sekarang topup rm5 pun tahan 3 hari. Ada duit ke takde duit ke automatik masa ko tamat. Ko nak call balik? P topup. Ini satu bentuk paksaan pada orang2 yang tak berapa menggunakan sms atau calling2 untuk contact orang. Apatah lagi ini zaman internet. Wassap2 aje yooooo.. 

Adil ke cara depa cari untung macam neh?

Then bab curi2 duit tue. Aku pernah kena la tapi semua tue dah berhenti sekarang. Kisah lama. Dan aku ingat lagi masa tue aku pernah call maxis dan mengadu. Korang tahu apa alasan depa? Maxis tiada hak untuk sekat apa2 no dari menghantar sms bukan2 kepada kita. Maksudnya no2 yang curi duit kita tue la.

Ko nak report polis? Buatlah. Polis tiada kuasa nak siasat.

ko nak mengadu kat SKMM? Buatla. SKMM pun tak kuasa nak siasat.

Ini pengakuan operator tue sendiri beb. Dia cakap sebelum aku ramai dah call dan komplen macam2 tapi kami memang powerless. Tak boleh nak buat apa2 dah. Laporan SKMM dan POLIS pun tak mampu menyekat syarikat2 tersebut disebabkan entah.. bukan bidang kuasa or tiada dalam akta?

Aku pun tatau sebab operator tue tak bagi jawapan pun pada aku. Dia cuma cakap dia pun tatau..

Fikir fikir fikir. Kenapa syarikat2 itu tumbuh bagai cendawan. Kenapa polis tak siasat? Kenapa SKMM tak siasat? Nak ikutkan komplen memang ramai dah orang komplen. Tapi apa tindakan mereka?

Haram ada.

Itu pasal aku punya sembang kencang kat atas tadinya tue, ini mungkin skim yang didalangi oleh golongan korporat yang berpadu dengan politician untuk mass songlap duit2 kita.

CELCOM DAN MAXIS paling banyak.

DIGI aku jarang dengan orang komplen. Tapi CELCOM DAN MAXIS memang macam HARAM.

Apa pun dengan billion2 yang depa untung tue bukan setakat service panggilan dan sms je. Internet pun ada. Depa patut dah boleh kurangkan bukan hanya caj sms, panggilan bahkan caj internet juga. Ayuh menteri. Jangan buat statement separuh masak. Ko dah patut buat kertas kerja dan usulkan cadnagan agar kadar2 yang ditetapkan oleh syarikat telekomunikasi ini dikaji dan diturunkan agar berpadanan dengan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan. Setakat buat satu statement lepas tue diam baik tak payah. Move2, lawan dorang oi Shabery Cheek!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...