Aku suka point MAZA. Aku rasa ini satu penjelasan yang menarik untuk tidak suka2 membuat kesimpulan melulu dengan meletakkan pandangan asalkan dia non muslim maka pengakhiran dia adalah di neraka sepertimana yang pejuang2 Islam selalu sebut. Teringat kata2 encik Hafizdi (AMAN PALESTINE), mana tahu dengan kata2 yang baik kepada simati non muslim boleh melembut hati non muslim untuk mengenali Islam disebabkan kelembutan jiwa penganut2 Islam. Ini belum pape dah cakap orang tue masuk neraka apa bagai. Belum pape dah hina sana hina sini. Lepas tue dok sembang kencang lawan2 oiii napa dorang semua dok tolak Islam. Tengokla akhlak lue macam mana bhai. Lue rasa orang mao dekat dengan Islam ke belum pape lue tunjuk perangai racist dan kurang ajar lue kat non muslim?
Lihat ;
3 golongan.
1. Yang tidak sampai Muhammad SAW kepadanya (dakwah Islamiah).
2. Yang sampai Muhammad SAW kepadanya yakni berjiran dengan negara2 Islam.
3. Yang sampai Muhammad SAW kepadanya namun terkeliru antara fitnah dan nyata.
Yang no dua tue aku tak faham kenapa kuffar yang nyata akan diselamatkan dari azab api neraka menurut Imam Alghazali. Adakah kerana walaupun mereka nyata terang2an menolak ajaran Islam (tidak menganuti Islam) namun berkemungkinan besar mereka tidak memusuhi Islam dan meraikan kepelbagaian dan mengambil kebaikan2 dari ajaran Islam?
Pejuang2 ISLAM yang kecoh bab remeh temeh. Lepas tue sibuk nak telek akidah orang tue sesat dan sebagainya semata2 tak sekufu pandangan dengan dorang. Boleh berambos la itu ISMA dan JAKIM sebab sering berikan mesej yang salah kepada rakyat berbilang bangsa kat negara neh.
Kalau la dari awal lagi si ISMA dan JAKIM menentang kezaliman demi kezaliman kerajaan terhadap rakyat marhaen macam kami, memperjuangkan kebenaran dan keadilan, menolak kemungkaran sudah tentula nasihat2 dari mereka ini kita gunapakai dalam kehidupan mereka.
Oleh kerana mereka bersikap double standard dalam teguran maka kita pun tak perlu la beri muka satusen pun kat dorang2 tue. Ingatlah, dorang yang cipta permusuhan dengan kita pada saat dorang sanggup bersubahat dengan kerajaan untuk pijak golongan rakyat marhaen macam kita. Bukan kita yang pandai2 nak cari musuh. Dorang yang buat dorang la tanggung akibatnya.
Hehe..
Walaupun MAZA tak sebut apa2 tetapi aku percaya keterangan ini mungkin ada kaitan dengan KEMELUT ucapan RIP yang jadi perbahasan baru2 neh. RIP ke atas Karpal Singh. Bila membaca keterangan dari JAKIM mereka menyebut ucapan RIP itu dilarang kerana sering disebut penganut kristian dalam majlis keagamaan mereka (kematian).
Bayangkan pula kalau kristian mengucapkan dalam bahasa melayu. Semoga kamu masuk ke syurga, wahai ahli kristian ketika mendoakan kematian seseorang penganut kristian.
Adakah perkataan2 itu nanti akan diharamkan pula ke atas umat melayu dan penganut islam?
Aku juga membaca alasan no 2 mereka bahawa orang kafir (engkar) larang didoakan yang baik2 ke atas mereka (setelah mati) kerana amalan2 mereka tertolak kerana mereka kafir (engkar) tadinya tue.
Kafir = engkar.
Bila ko engkar (tolak/tidak amal ISLAM) = ko kafir.
Kafir bukan merujuk kepada golongan non muslim. Kafir merujuk kepada golongan yang engkar. Kalau seseorang yang muslim itu engkar adakah dia bukan tergolong dalam golongan kafir? Adakah boleh di RIP kan ke atasnya sedangkan dia kafir = engkar terhadap ISLAM (tidak amalkan ISLAM dan lakukan dosa2 besar) ?
Lakukan satu penjelasan yang menyeluruh dan jangan buat statement separuh masak sebab walaupun kami tiada gelaran ustaz ustazah ulama wali kami juga membaca buku2 berkaitan agama. Kami juga menelaah, membaca, mengkaji, menilai dan menganalisis kepercayaan kami bukannya menerima membuta tuli ceramah2 golongan agamawan tanpa lakukan pembacaan yang khusus.
Sebab tue golongan agamawan neh perlu sedar. Di satu saat mereka ceramah pongpang2 golongan kafir golongan yang perlu diperangi. Di keadaan yang lain pula mereka sebut kafir ada macam2 jenis perlu berlapang dada dan perincian jangan main tembak dan pandai2 tentukan orang tue kafir apa, orang neh kafir apa, di keadaan yang lain pula mereka sebut golongan kafir neh kita kena dakwah, di keadaan lain pula mereka sebut islam meraikan kepelbagai dan berkasih sayang sesama umat, di keadaan yang lain lagi mereka tekankan selagi mana dorang tue bukan islam mereka ialah musuh islam dan dengki pada Islam. Ayuh perangi kafirrr..
Adoyaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Usah kata yang NON MUSLIM. Aku yang MUSLIM neh keliru gila babi.
Aku meraikan semua orang tanpa kira bangsa, agama dan warganegara adalah baik sehingga terbukti sebaliknya. Aku berpendapat Islam menyeru aku berfikir begitu dan itulah yang aku diajar oleh Allah melalui keterangan2 oleh RASUL ALLAH.
Jadi aku tak melihat aku salah jika doakan yang baik2 untuk dorang neh samada dorang tue hidup atau mati.
Pada aku dalam dunia neh aku akan di ukur dengan empat elemen penting.
Baik, jahat
Betul, salah
Bila aku melakukan kebaikan belum tentu apa yang aku buat tue betul.
Contohnya aku tolong pencuri bebaskan diri dari polis. Nampak macam baik, tapi adakah ia betul?
Apabila aku melakukan kejahatan ia sudah tentu salah.
Namun apabila aku melakukan kesalahan ia belum tentu kejahatan pula.
Contohnya aku tersalah update. Pemimpin yang mati itu Karpal Singh tapi aku tersalah update cakap Najib yang meninggal dunia. Itu kesalahan tapi bukan pula bermakna aku jahat.
Apabila aku melakukan benda betul sudah tentulah ia baik.
Jadi apa yang aku nampak mendoakan orang yang baik macam Karpal Singh, walaupun ia benda baik ia mungkin tidak betul pada pendapat sesetengah ulama kat negara neh namun benda yang tidak betul (salah) tadinya tue bukan pula bermaksud KEJAHATAN.
Oleh kerana pengakhiran kita ialah kembali kepada Allah.
Maka Allah la yang akan merumuskan keadaan.
Bukan nya manusia yang pandai2 cakap orang tue masuk neraka, orang neh pula masuk syurga, orang tue masuk neraka dulu baru syurga, orang tue pula jangan harap dapat masuk syurga.
Nak berdakwah bukan salah. Tetapi cara penyampaian dakwah tidak boleh membuatkan orang mislead. Dan aku selalu pegang benda neh. Apa2 benda yang membuatkan aku syak pada Allah, pada Nabi, pada Islam aku tolak.
Pada aku semua benda yang buat aku suka kepada kebaikan itulah Islam. Semua benda yang buat aku jauh dari kejahatan itulah islam. Aku takan fikir susah2 sebab aku tahu seiringan dengan peredaran zaman, fitnah dan salah faham sentiasa ada di mana2 untuk menunjukkan Islam neh agama yang jahat. Aku takan termasuk dalam golongan2 yang taksub dan tidak berlapang dada. Sama sekali tak minat. Maaf.