Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 23 April 2014

PAS Parti Ektremis Agama Jika Pecat Hu Pang Chaw Angkara Hudud!


Sampai sekarang aku tak masuk mana2 parti. Untuk setiap parti yang berbeza aku mempunyai alasan yang berbeza. Apa yang pasti sampai ke hari neh aku tak pernah menyesali diri kerana tidak pernah memasuki mana2 parti.

50% diri aku mempercayai PAS parti pelampau agama.
50% diri aku mempercayai PAS parti yang bermasalah dari segi pengurusan dan pentadbiran.

Itu adalah sebab kenapa aku mengelak dari menjadi ahli kepada parti PAS.

Pengalaman aku bila membaca dan meneliti tindak tanduk PAS dari tahun ke tahun hanya memperkukuhkan apa yang aku rasa dan fikirkan tentang PAS. Jangan sembang bab BN sebab BN memang teruk pada aku. Namun parti lawan mereka tak pula aku lihat sebagai alternatif yang baik.

Aku tak suka PAS gunakan medium dakwah yang keras. Ini mungkin pendapat dan juga tindakan sesetengah pihak dalam PAS. Dalam PAS juga ada pemimpin2 yang lebih cenderung ambil langkah yang berserdahana dan lembut dalam berdakwah. Namun sayangnya kebanyakkannya ahli2 mereka keras dalam menghukum. Yang neh aku tak suka. Aku tak faham. Aku tak pernah faham sampai bila aku kena senyapkan benda neh, tutup jangan cakap apa yang aku rasa, apa yang aku nampak dan apa yang aku fikir sebab nak jaga ahti kawan2, ahti penyokong2 dan ahti ahli2 PAS?

Aku tak suka PAS memaksa orang menerima hudud samada orang tue menganuti Islam ataupun sebaliknya.

Aku tak suka PAS gambarkan Islam sebagai agama paksaan.

Aku tak suka PAS fikir bahawa HUDUD adalah isu paling penting dalam perjuangan mereka.

Sebagai orang Islam aku tak pernah nampak bahawa hudud itu satu perundangan yang kejam. Tetapi sebagai orang Islam aku juga tak pernah rasa bahawa memaksa orang untuk menerima sesuatu yang mereka taknak terima adalah perkara yang betul pula.

Baru2 neh pemuda PAS sarankan agar Hu Pang Chaw dipecat. Mahu tahu kenapa?

1. Kerana DHPP tidak mahu mainkan peranan untuk terangkan hudud kepada non muslim sebaliknya kerajaan negeri la yang harus mainkan peranan itu.

Ini bukanla negatif pun untuk pemuda PAS sentap tapi dorang tetap sentap. Betul juga. DHPP itu non muslim. Ada banyak benda yang dorang takan boleh jawab mengenai hudud. Apa kerja gila nak suruh DHPP pergi pusing satu Kelantan citer pasal benda yang dia tak familiar. Kerajaan negeri sendiri la p terang sebab benda tue korang yang draf dan susun. Maka korang la lebih arif akan undang2 yang korang rangka sendiri. Satgi salah terang macam mana? Buatnya orang jadi lagi keliru, macam mana? Mao korang salahkan DHPP balik.

2. Sebab minta buat referendum. Kutip suara orang Kelantan. Muslim dan non muslim mengenai pelaksanaan hudud.

Ini pun pemuda PAS nak sentap. Kenapa sentap? Korang taknak tahu apa yang rakyat fikir pasal hudud? Atau korang tak bersedia menerima hakikatnya?
 
Bagi aku PAS kini bukan berdepan dengan non muslim dan muslim. Mereka bukan melawan penentang2 hudud. Tetapi mereka sedang melawan dengan ego2 mereka sendiri.

Cuba buat post mortem dan survey. Untuk muslim. Kenapa mereka taknak terima. Adakah kerana mereka tak faham? Atau mereka rasa belum masanya untuk melaksanakan hudud disebabkan tak percaya pada kredibliti dan kemampuan PAS? Tak terima kerana mereka rasa ada benda lain yang perlu diselesaikan berbanding memperkenalkan hudud? Tidak terima kerana bimbang bahawa hukuman ini hanya dikenakan kepada orang2 biasa manakala orang2 besar macam pemimpin2 politik akan terlepas kerana mempunyai pangkat dan kuasa wang? 

Begitu juga dengan non muslim. Kenapa mereka taknak terima? Adakah kerana mereka rasa Islam akan kucar kacirkan perundangan negara? Akan huru harakan dasar perlembagaan negara? Ataupun kerana ia akan mengelirukan mereka jika si penjenayah non muslim dan muslim berkomplot lakukan satu jenayah yang sama namun dihukum cara berbeza? Ataupun kerana mereka rasa undang2 ini kejam dan mereka tolak atas dasar kemanusiaan? 

Setiap satu yang tolak itu mesti ada sebab.

Buat juga kajian. Berapa ramai yang terima dan berapa ramai yang tolak. Cuba jangan buat penilaian yang bersifat menghukum. Asal tolak je tak pasal2 orang tue jadi kafir laknat. Cuba amek tahu dulu kenapa mereka tolak. 

Cara nak selesaikan masalah bukan dengan cara paksa orang. Bukan dengan cara ugut orang. Atau bukan dengan cara sikit2 pecat sana pecat sini. Itu cara orang yang loser sebab tak reti nak menyelesaikan masalah.

Yang lebih teruk PAS juga sangat double standard dalam tindakan mereka.

Bukan hanya Hu Pang Chaw (DHPP) aje yang berpendapat negatif dengan pelaksanaan hudud bahkan DAP dan PKR juga. Itupun kalau korang rasa minta buat referendum tue negatif la sangat kan.

Kenapa pula PAS taknak keluar dari perikatan kerjasama dengan PKR dan DAP? Sebab kuasa. Sebab benda neh PAS takde.

Hu Pang Chaw tak boleh bagi PAS kuasa. Dia takde apa2 yang bernilai itu sebab dia layakkan dilaukkan PAS. Cuba kalau dia berpangkat dan mempunyai pengaruh yang besar? Mahu la PAS berkira2 nak tendang macam kes Hassan Ali dan Nasha dulu (nama sekadar contoh bukan nak ungkit, harap maklum).

Tak payah nak tipu diri sendiri la. Aku dah muak dengan semua neh. Muak. Aku taktau kenapa aku perlu jadi penipu dan pembohong semata2 nak berpolitik. Aku hanya mahu jadi diri aku sendiri. Sekarang hakikatnya PAS hanya berani tunjuk hero sama orang yang dia boleh pijak2. Dengan orang yang dia tak boleh pijak2 macam DAP dan PKR dia gunakan pendekatan dakwah dan tarbiah serta terangkan bahkan sanggup bersetuju untuk tidak bersetuju.

Cuba kalau aku yang cakap aku tak setuju hudud jika pelaksana adalah PAS disebabkan PAS juga tidak la seadil mana untuk melaksanakan KEADILAN? Aku tak setuju dilaksanakan hudud disebabkan BN dan PR dua2 parti haprak yang aku nampak lebih membela orang2 atasan dan orang2 bawahan selalu jadi punching bag aje, macam mana? Aku mahu hudud dilaksanakan oleh pemimpin yang adil so keutamaan aku nak cari pemimpin yang adil dulu, macam mana?

Mao aku kena maki hamun kaw2 dengan orang2 PAS. Mahu aku kena sumpah masuk neraka. Mao aku kena cop macam2. Aku kafir la. Aku ahli neraka la. Aku sedara setan la. Iblis kawan baik aku la. Itula inila apa la.

Sebab apa aku kena cop macam2?

Sebab aku rakyat biasa ma

Aku takde duit nak offer kat korang. Aku takde pangkat nak tong sama2. Aku takde apa2. Maka layak la sangat la orang macam aku kena pijak bagai dengan pengikut2 totok PAS. Ada sesiapa akan berfikir alamakk aiii marila kita bersetuju untuk tidak bersetuju dengan dia neh. Ada sesiapa sudi tanya lanjut kenapa ek dia tak setuju. Ada sesiapa sudi peduli dan betulkan jika aku salah? JANGAN HARAP.

Tapi kalau pemimpin2 DAP dan PKR yang sebut, kemain laju lagi PAS bekap mati2an.

Yelah. Tarbiah, dakwah, penerangan hanya terpakai kepada orang2 yang ada duit, ternama, kuasa dan pangkat.

Untuk orang macam aku dan Hu Pang Chaw pula? Sudah ditakdirkan oleh Allah aku dan dia lahir ke dunia neh sebagai orang biasa.

KAH KAH KAH

Andaikata nak pecat Hu Pang Chaw sebab dia gagal menjalankan tanggungjawab ataupun terlibat dalam salahlaku selama berjawatan memang logik. Tapi nak pecat sebab bagi dua cadangan di atas? Selamat transform jadi parti ektremis wahai PAS.

Bai. 

Rujukan : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemuda-pas-desak-pecat-hu-pang-chaw-kerana-tidak-sokong-hudud

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...