Ya Allah. Yang amat2 ramai orang hadir. Tak kira bangsa dan agama. Sudah tentu ada sesuatu yang menyebabkan mereka turun beramai2 untuk memberikan penghormatan terakhir buat Karpal Singh sebelum mayatnya dibakar tak silap aku.
Kalau kita tengok pun di internet. Pengakuan oleh Zulkifli Nordin mengenai pejabat guaman Karpal Singh dah jadi macam pusat kebajikan masyarakat disebabkan dia suka mewakili orang tak kira la orang tue ada duit ataupun takde duit.
Itu yang buat Karpal Singh marah sangat sampai saman pihak2 yang tuduh dia makan jutaan ringgit dari Anwar dalam kes pertuduhan liwat.
Rupa2nya mendiang Karpal Singh tak pernah amek satusen pun dalam kes tersebut. Tabiknya aku. Aku baca2 pandangan orang ramai mengenai Karpal Singh. Dorang sebut Karpal Singh memang arif dalam bidang perundangan kerana kesungguhan dia mendalami perlembagaan dan undang2. Dalam erti kata lain dia sayangkan bidang itu. Dia tak buat demi nak cari duit. Tapi lebih kepada nak minat. Orang kalau kerja kerana minat memang lain hasil kerja dia beb.
Lihat video ;
Kalau nak diikutkan, tuduhan bodoh dan tak terbukti dari bekas calon UMNO di Permatang Pauh memang makan diri sebab pada hari neh kita telah dibuktikan bahawa Karpal Singh yang anti hudud itu (atas sebab tertentu) sebenarnya bukan la seseorang yang jahat dan tamak. Dia telah mewakili pelbagai lapisan masyarakat dalam pelbagai kes atas pelbagai sebab atas nama memperjuangkan keadilan. Ada dua benda yang aku rasa pasti menyentuh umat Islam secara khusus. Pertama, Karpal Singh mempertahankan hak wanita untuk berpundah di tempat kerja.
Rujuk ;
Kedua, kes serban. Baca penulisan2 dari orang2 lama bagitau dulu pernah kecoh satu kes serban dan Karpal Singh mewakili muslim yang disaman kerana memakai serban.
Tue dia. Bila mati baru la tahu macam mana sikap seseorang tue kan. Selalu macam tue.
Dan ketika orang ramai mengenang kematian Karpal Singh yang mati secara mendadak itu, terdapat satu isu yang berlegar2 mengenai akidah pemimpin Pakatan Rakyat mengenai persoalan tunduk hormat ke atas mayat. Aku perhati aje tukang komen dan tukang sebar. Dasar pejuang Islam UMNO sungguh. Dok telek2 akidah orang memang no 1. Tapi perangai sendiri pun kelaut. Hari isnin jadi ustaz. Hari selasa maki orang. Hari rabu sebar fitnah. Hari khamis dok edit gambar. Hari jumaat jadi alim balik. Apa benda tah.
KAH KAH KAH
Lihat gambar2 yang menjadi kutukan penyokong2 UMNO ;
Gambar Anwar dan Mat Sabu tunduk hormat kepada mendiang Karpal Singh baru2 ini di Penang.
Orang Islam dikatakan tidak boleh tunduk ke atas mayat bagi memberikan penghormatan terakhir. Yang neh aku tatau hukum dia. Aku serahkan pada alim ulama untuk memberikan jawapan. Kalau google macam2 jawapan ada. Tetapi takpela. Kita serahkan je la pada yang arif untuk ulas dulu macam mana. Jangan dengar ulasan2 dari penyokong2 UMNO. Pada depa asalkan PR confirm sesat punya. Mana ada yang tak sesat.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH