Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 9 Januari 2014

Pelajar Sekolah Protes Kenaikan Tambang Bas Sekolah.

2 hari sebelum neh gambar pelajar sekolah pegang kad manila yang tertulis sesuatu hangat disebarkan di laman2 sosial. Konon nya kerana berdemo isu kenaikan tambang bas. Nampaknya ia bukan sekadar spekulasi liar. Kejadian tersebut memang berlaku pun. Area Bagan Dato. Perak.

Punca mereka berdemo adalah disebabkan kenaikan tambang bas sekolah.

Rujuk ;


Kurang2 kena ada RM60 sebulan untuk cover tambang perjalanan pergi balik seorang anak. Kalau dua? Tiga? Empat? 

Mampos nak membayarnya weh.

MAHAL!

Dek kerana tak berpuas ahti dengan kenaikan tambang tersebut maka pelajar2 tersebut pun melakukan protes kepada pengusaha bas tersebut.

Lihat gambar ;


Pelajar2 semolah melakukan protes. Berdiri sambil pegang kad manila yang tertulis mengenai kenaikan tambang bas sekolah. Pelajar2 neh mungkin tatau kot. Punca utama kepada semua kejadian kenaikan demi kenaikan ini sebenarnya datangnya dari keputusan2 yang dibuat oleh pentadbiran negara di bawah kepimpinan Najib Razak. Dan sepatutnya mak bapak budak2 neh kena la explain kat anak masing2. Ini semua salah BN. Apa yang susah sangat.

HAHAHA..

Baca ;
Terdahulu, sekumpulan pelajar dan ibu bapa mengadakan perhimpunan aman di Pekan Sungai Dulang, di sini sebagai simbolik protes berhubung keputusan Persatuan Perusahaan Bas Sekolah Hilir Perak menaikkan kadar tambang bas.

Sundrawali berkata, mereka faham kenaikan harga tambang disebabkan dengan kadar kenaikan harga minyak 20 sen bagi satu liter tetapi caj baharu  yang dikenakan ke atas setiap pelajar agak membebankan mereka yang berpendapatan kecil.

Bagi seorang ibu kepada tujuh anak, Sulasiah Moktar, 42, dari Taman Perumahan Awam berkata, kadar tambang bas sekolah baharu dibuat pengusaha itu, jelas menyusahkan ibu bapa berpendapatan rendah.

Katanya, dia yang tidak bekerja dan bergantung sepenuhnya dengan pendapatan suami  menganggap kenaikan tambang bas sekolah memberi kesan kerana  kenaikan sebanyak RM16.89 berbanding RM32 sebelum ini.

“Apa yang merunsingkan kami, dua anak kami bersekolah yang menggunakan khidmat bas sekolah tersebut dan terpaksa membelanjakan RM97.78  setiap bulan dan ianya memberi kesan terhadap perbelanjaan hari kami.

“Jika pengusaha mahu menaikkan kadar tambang bas, biarlah berpatutan kerana kami di sini hanya berpendapatan kecil, apatah lagi keluarga saya mempunyai ramai anak-anak  yang perlu bersekolah,” katanya,

Rujukan : http://www.sinarharian.com.my/nasional/tambang-bas-naik-budak-sekolah-demo-1.238615

Bahkan SPAD juga berkemungkinan besar meluluskan kenaikan tambang2 bas sekolah tersebut. Kalau mereka tak luluskan, maka dah lama dah jadi kes. Mestilah SPAD akan tarik balik lesen dan sebagainya dah undang2 di bawah bidang kuasa SPAD.

Cuma mereka taknak sebut secara terang-terangan aje.

Apa pun sia2 aje la korang berdemo marahkan ikan kecil. Kenaikan tambang bas akan tetap berlaku. Korang semua takan boleh berbuat apa2. Pengusaha bas sekolah pun terjejas juga. Mereka terjejas disebabkan kenaikan minyak dan sebagainya. Korang terjejas disebabkan kenaikan tambang dan sebagainya. Pendek kata semua terjejas. So buat apa buat demo protes sesama sendiri? Buat demo lawan mereka2 yang menyebabkan kita semua terjejas, itu baru la betul.

Apa? 

Nak kena puji ke sebab korang berdemo lawan pengusaha bas?

Sorry. Boring nak buat benda tue.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...