Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 6 Januari 2014

Zahid Hamidi Dikecam Kerana Sambut Hari Jadi Secara Mewah..

Kejap sambut hari jadi.

Kejap sambut tahun baru 2014.

Kejap sambut hari jadi bersama cucu kesayangan.

Yang mana satu betul tah. Aku pun tatau. Yang pasti sambutan tersebut wujud. Sambutan yang bermewah-mewahan di hotel lima bintang itu benar2 wujud. Itu point yang paling utama.

KAH KAH KAH

Rujuk gambar2 majlis tersebut kat sini ==> http://amenoworld.blogspot.com/2014/01/gambar2-majlis-sambutan-hari-lahir.html

Baikla.

Aku rasa Zahid Hamidi perlu tahu ini. Jangan mengamuk dan marah rakyat tak tentu hala. Amek tahu dulu kenapa majlis tersebut menjadi kontroversi di mata rakyat.

Bagi PAS, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya menyambut hari jadinya bersama cucu dengan jamuan bihun dan kuih sahaja, sesuai dengan saranan kerajaan agar semua rakyat berjimat cermat.
Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) mengutuk majlis sambutan hari jadi Menteri Dalam Negeri itu yang dilaporkan diadakan dengan begitu mewah di kala rakyat disarankan menjalani kehidupan berjimat cermat oleh kerajaan.
Mahfuz  menyifatkan pendedahan tersebut amat mengejutkan memandangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru sahaja mengumumkan pemotongan 10% elaun keraian menteri dan timbalan menteri dalam 11 langkah penjimatan mengurangkan perbelanjaan sektor awam.

Setuju sangat dengan apa yang diperkatakan oleh Mahfuz Omar.

Sambung lagi ;

Mahfuz berkata demikian mengulas mengenai laporan The Malaysian Insider hari ini yang  mendedahkan  Ahmad Zahid telah menganjurkan parti hari jadi mewah di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur semalam dimana tetamunya mendakwa ia menjadi sambutan Tahun Baru.
Justeru itu Mahfuz menggesa agar menteri itu tampil menjelaskan pendedahan tersebut termasuk memberitahu kepada rakyat berapakah wang yang dihabiskan bagi menyambut hari jadi tersebut.
Beliau juga mahu pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan tersebut kerana wujudnya kemewahan luar biasa ditonjolkan oleh pemimpin tersebut.

Berita penuh ==> http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/zahid-patut-sambut-hari-jadi-dengan-bihun-dan-kuih-sahaja-kata-pas

Di saat menteri2 dok pongpang suruh rakyat berjimat cermat la, amalkan gaya hidup serdahana la, ubah cara hidup la, subsidi terpaksa dipotong la, alih2 dorang sendiri yang memperlihatkan diri dorang melakukan pembaziran dan berbelanja secara bermewah2an. 

Memang la ko boleh jawab, eh aku mampu apa. Duit aku, aku punya pasal la. 

Tapi bukan kah sepatutnya ko prihatin pada rakyat yang terbeban dengan kenaikan kos sara hidup yang tinggi ketika ini? Agak2 la weh, disamping itu jangan ko lupa gaji ko yang tinggi itu tidak datang bergolek2 kepada ko. Ia datang dari titik peluh rakyat. Nak suruh rakyat jimat konon, nak selesaikan masalah ekonomi negara konon, hah jimat la sama2, selesaikan la sama2. Apsal rakyat aje yang kena selesaikan secara bersendirian. Yang lebih teruk, siapa sebenarnya yang buat masalah dan siapa pula yang tak pasal2 kena tanggung masalah?

Fikir la oi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...