Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 7 Januari 2014

Isu Kedah Tukar Kereta - Muhkriz Minta Hentikan Fitnah.

Kerana penyebaran gambar kat bawah neh.

Lihat ;


Mukhriz menafikan perkara di atas. Kerajaan negeri Kedah tidak membeli kereta baru untuk kegunaan MB Kedah.

Menurut Mukhriz ;

1. Itu ialah kereta milik nya sendiri. Kereta peribadinya.

2. Kereta Merds milik dia neh, dia tukar no plat je. Bukan beli kereta baru. Dia amek kereta dia, then tukar no plat untuk memudahkan urusan keluar masuk ke premis kerajaan negeri atas title menteri besar Kedah.

  
3. Buat masa sekarang kerajaan negeri Kedah belum ada rancangan untuk tukar kereta rasmi kegunaan pegawai2 kerajaan namun tak menafikan perkara itu ada dalam perbincangan apatah lagi dengan cadangan dari kerajaan pusat yang mahu menukarkan semua kenderaan rasmi kementerian kepada Proton Perdana RPM.

4. Jika perkara itu diputuskan kelak [tukar kereta baru], maka kereta2 yang sedia ada akan dijual kepada ahli2 EXCO kerajaan negeri..

5. Dan berharap kepada semua pihak agar fitnah mengenai perkara ini dihentikan..

Cehh..

Masih ada pelan nak tukar kereta lain. Pada pendapat aku dah la tue. Tak payah2 nak tukar kereta dah. Gunakan aje yang sedia ada sampai satu tahap, kalau ia perlu ditukar baru ditukar. Buat masa sekarang gunakan yang sedia ada aje.

BTW, bagus juga sebenarnya tindakan Mukhriz gunakan kenderaan peribadi sebagai kenderaan rasmi.

Elaun minyak boleh claim.
Elaun tol boleh claim.
Elaun pemandu peribadi boleh claim.
Elaun kos repair pun boleh claim.

Takpela. Dah gunakan kenderaan sendiri sebagai kenderaan rasmi kan. Mungkin lebih selesa naik kereta sendiri.

Apa pun diharapkan kerajaan negeri Kedah tak payahla tukar2 kereta rasmi lagi. Yang sedia ada neh masih boleh dipakai, maka gunakanla ia selagi boleh.

Oke bai. 

Rujukan :  http://www.astroawani.com/news/show/mukhriz-nafi-kerajaan-pimpinannya-beli-kereta-baru-27937

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...