Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 9 Januari 2014

Perbualan Bukan Mukhrim Di Laman Sosial Perlu Diharamkan - Mufti Malaysia.

Nanti dulu.

Aku minta jangan buat kenyataan yang mengelirukan. Aku tujukan khas kepada dua orang mufti yang bagi cadangan ke apa ke berkenaan hal tersebut.

Cadangan ini susulan dari tindakan mufti di Iran yang mengharamkan sembang di laman sosial baru2 neh.

Rujuk ;


Aku faham. Maksiat itu haram. Tak kira la ko buat secara berdua ke, berempat ke, secara bertentangan ke, secara facebook ke, secara chat ke,  secara perbualan telefon ke, secara percakapan ke apa ke. Mana2 perkara yang menyebabkan ko membuat maksiat ia adalah haram. Tersorok ataupun secara terbuka. 

Tetapi kan.. 

Yang neh aku susah sikit nak faham tahu.

Baca dulu kenapa aku rasa ia agak mengelirukan  ;

Dua orang mufti Malaysia menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa untuk mengharamkan perbualan orang bukan muhrim menerusi laman sosial yang didakwa mendorong kepada perlakuan maksiat.

Menurut laporan Berita Harian, Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman dan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad, itu menuntut Majlis Fatwa mengambil tindakan berkenaan, selari dengan fatwa dikeluarkan pemimpin Iran Ayatollah Ali Khomeini.

Menurut Abdul Rahman, pergaulan yang menjurus kepada maksiat atau bertentangan Islam dilarang dalam Islam, walaupun di media sosial.

“Contoh mudah adalah memberi salam. Jika tidak ada tujuan dan disalah guna untuk permulaan perbualan kurang berfaedah, ia tidak wajib dijawab.

Melihat pasangan yang bukan muhrim tanpa ikatan sah di media sosial juga tidak dibenarkan.

Perbuatan ini dilarang dalam Islam kerana boleh mengundang nafsu,” kata Abdul Rahman seperti dipetik dalam laporan itu.

Rujukan :  http://beta.malaysiakini.com/news/251329

Pertama. Bila aku baca keterangan macam neh. Aku rasa takut. Apa yang aku nampak sebagai seorang penganut islam? AKu rasa mereka mula melakukan tindakan2 ektremis. Mereka mula menjadikan agama islam sebagai agama yang sangat2 ektremis. Aku takut.

Macam mana kita boleh tahu seseorang yang bagi salam kat dia sedang berniat mahu melakukan perbualan2 yang mendorong kepada perkara maksiat?

Dan kalau perbuatan termelihat gambar wanita2 atau lelaki2 yang bukan mukhrim pun dah jadi haram, bagaimana pula dengan TV? Bagaimana pula dengan ROSMAH MANSUR DAN NAJIB? Bagaimana pula dengan gambar2 pemimpin? Gambar2 penyanyi? Kat tv, buku, majalah, paper bersepah kot gambar2 mereka yang bukan mukhrim dengan aku. So ia HARAM juga ke apa?

Bagi aku, kalau benda tue dah terbukti maksiat. Maka lain la citer nya. Ini belum terbukti maksiat. Macam kelakar aje ko nak melarang perbualan sesama rakyat Malaysia yang bukan mukhrim di laman sosial. Tak rasa ia keterlaluan ke? Terus terang cakap neh. Kalau nak mengektremiskan bumi Malaysia dengan fatwa2 macam neh aku nak berambos. Aku nak hidup kat negara kafir laknat. Cakap la apa2 pun. Yang penting aku takmo hidup kat negara Islam yang EKTREMIS. Sikit2 haram. Sikit2 haram. Sampai satu tahap aku rasa kehidupan aku, kewujudan aku sendiri boleh jadi haram kalau ikut cadangan2 dan fatwa2 yang dorang nak buat neh.

Yang aku pelik bin ajaib.

Yang buat fatwa di atas neh ialah IRAN. Dan mufti Malaysia cadangkan agar kita ikut cadangan tersebut. Saranan disalurkan kepada majlis fatwa kebangsaan untuk dijadikan fatwa. Iran tue bukan kah SYIAH? Punya la anti syiah kaw2. Last2 fatwa syiah juga yang nak digunakan.

Apa benda la luee orang neh.

Tah hapa2..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...