Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 9 Januari 2014

Songlap Bantuan Banjir - Ahmad Said Nafi Dan Mungkin Ambil Tindakan Susulan.

Pakatan Rakyat Election News.

Aku tak sure dia update apa sampai Ahmad Said rasa tersinggung bagai. Tapi isunya aku tahu. Sebab aku ada kongsikan di page aku dengan tujuan mahu mendapatkan penjelasan lanjut dari Ahmad Said.

Rujuk ;


Perkara di atas tersebar meluas di internet. Tak sure page mana yang dapat inbox di atas. Tapi memang ia tersebar meluas la di laman2 sosial sejak beberapa hari yang lepas. Ia berkenaan bantuan banjir yang disonglapkan oleh Ahmad Said katanya.

Jawapan dari Ahmad Said ;
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said kecewa apabila terus difitnah dan dituduh dengan tuduhan tidak berasas oleh pihak tertentu yang dilihat mahu menjatuhkan reputasinya.

Yang terbaharu, beliau didakwa telah menyeleweng bantuan pihak istana untuk mangsa banjir di Kemaman.

Sebuah laman sosial 'Pakatan Rakyat Election News’ mengeluarkan kenyataan menerusi Facebook pada Isnin lalu dengan mendakwa bantuan tersebut tidak diagih sebaliknya disonglap oleh menteri besar sehingga menimbulkan kemurkaan pihak istana.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Ahmad menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak munasabah.

"Saya tidak tahu apa motif mereka. Sedangkan ketika itu saya ada bersama Tuanku semasa majlis bantuan penyampaian barangan di Sekolah Menengah Kebangsaan Cukai dan Sekolah Kebangsaan Seri Iman di Kemaman," katanya.

Beliau berkata beliau kesal kerana susulan kenyataan tidak berasas itu, ramai pengguna Facebook memberi komen negatif dan melemparkan pelbagai tuduhan tidak wajar kepada beliau.

Ahmad berkata beliau akan menilai dan mengkaji perkara itu sebelum membuat laporan polis untuk tindakan seterusnya. - Bernama

Pandangan aku. 

Kalau rasa yang menuduh itu ada bukti konkrit. Hadap kan bukti tersebut ke depan. Meh la kita sama2 bongkar. Nak lagi nampak berkredibel. Lebih baik report kepada agensi2 tersebut seperti polis dan sebagainya. Zaman sekarang kalau setakat guna modal air liur memang payah. Aku kena ko pun kena nanti kesudahan der.. dah la kita neh orang kecik2 aje. Kena pijak sekali memang mampos la punya. Dah nasib orang takde pangkat. Nak buat macam mana..

Lue fikirla nanti ek. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...