Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 9 Januari 2014

Tindakan Ektremis - Letak Gambar Pemimpin Dalam Kelas La Pula !!!!

Tadi ektremis agama. 

Yang neh pula ektremis politik. 

Makhluk2 ektremis neh memang ada masalah jiwa gamaknya. Secara keterlaluan memaksa dan mendesak agar rakyat hanya berpihak kepada mereka. Ini semua kegilaan yang dibuat oleh mahkluk2 ektremis. Kewujudan mereka akan menyebabkan dunia berantakkan. Sebab makhluk2 ektremis takan berhenti dari melakukan tindakan2 bodoh yang mana tindakan2 tersebut akan menyusahkan rakyat jelata pada akhirnya.

Baca ;

Putrajaya secara senyap memaklumkan kepada semua sekolah supaya meletakkan potret pemimpin persekutuan dan negeri di dalam kelas untuk menyemai semangat patriotisme, tetapi di negeri Pakatan Rakyat (PR) hanya gambar sultan atau gabenor negeri diletakkan tanpa menteri besar atau ketua menteri.
The Malaysian Insider difahamkan satu pekeliling daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dihantar melalui sistem aplikasi mesej WhatsApp atau menerusi lawatan pegawai pendidikan daerah yang menyatakan sekolah "digalakkan" untuk meletakkan gambar Yang di-Pertuan Agong, permaisuri, perdana menteri, menteri pelajaran dan ketua menteri atau menteri besar.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Perdana Menteri, adalah daripada kerajaan BN manakala musuh mereka PR memerintah di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor. -TMI

Cuba bayangkan.

Ini gambar pemimpin negara. Najib Razak la senang citer. Kat dinding kelas kau. Lepas tue ko masuk dalam kelas tue. Dengan kerusi terbarai. Meja berkopak. Pintu senget. Dinding berlubang. Tak rasa malu ke dok terpampang muka pemimpin2 dalam kelas?

Lagipun.

Budak2 neh nak belajar kot. Apsal nak letak muka pemimpin2 neh dalam kelas? Kalau letak dalam pejabat guru takpe la. Ada maafnya lagi. 

Ini letak dalam KELAS?

Akai ada ka?

Waras ka?

Boleh membantu dari segi apa? Tengok muka NAJIB DAN MUHYIDDIN YASIN DALAM TV DAN PAPER HARI2 MASIH TAK MENCUKUPI lagi ke?

Sampai perlu letak dalam kelas lagi?

Arahan mengarut. Mohon semua sekolah bersatu ahti. Oleh kerana ia bukan paksaan, maka jangan la dituruti arahan mereka. Jaga la maruah sekolah korang masing2. Sekolah tempat belajar. Sekurang2nya dalam kelas. Jangan babitkan emosi murid2 neh. Mereka juga berhak belajar dengan tenang. Tolong la..

Lagipun. Aku tak percaya langsung Agung dan Permaisuri favor kepada cadangan neh. Dorang pun relax aje. Gambar dalam bilik guru aje sudah memandai. Yang lebih2 neh selalu orang2 politik je. 

Tak boleh blah cadangan bodoh macam neh benar2 berlaku di negara neh. Tinggal di kalangan yang ektremis. Memang menakutkan..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...