Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 10 Januari 2014

Carlsberg Logo Halal - JAKIM Nafi, Buat Laporan Polis.

Susulan penyebaran satu gambar yang tersebar di wassap sejak 2 hari lepas. Gambar tersebut juga mula tersebar secara berleluasa di laman2 sosial bermula semalam.

Rujuk ;


Oleh kerana JAKIM dipersalahkan atas perkara tersebut maka JAKIM tampil membuat penafian dan juga akan mengambil tindakan tegas terhadap mana2 pihak yang menyalahgunakan logo halal.

Baca ;
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan memberi perakuan dan sijil logo halal kepada produk atau syarikat yang mengeluarkan minuman keras.
    
Pengarah Hab Halal jabatan itu, Hakimah Mohd Yusoff berkata, Jakim telah membuat laporan polis di Balai Polis Putrajaya semalam berhubung perkara itu dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.
    
Beliau berkata demikian dalam kenyataan bagi mengulas maklumat dan aduan yang diterima daripada orang ramai berkaitan gambar tin minuman bir berjenama 'Carlsberg' tertera logo halal yang disebar melalui media sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp.
    
"Jakim dengan ini menegaskan bahawa jabatan ini tidak pernah memberi dan mengeluarkan perakuan serta sijil atau logo halal kepada produk atau syarikat itu. Bahkan produk lain yang turut dikilangkan di kilang yang sama turut tidak diberikan sijil halal walaupun ia bukan minuman keras," katanya.

Rujukan : http://beta.malaysiakini.com/news/251401

Maksudnya itu gambar super impose la ek?

Makanya POLIS akan mula mencari siapa kah individu yang cuba menfitnah JAKIM.

Bagi aku JAKIM memang ada banyak isu2 yang kita boleh serang. Tanpa guna isu2 fitnah pun. Sebab JAKIM memang mengada2. Banyak isu yang aku menyampah dengan JAKIM. Tapi.. nak fitnah JAKIM atas benda yang dia tak buat.. tak patutlah kan kan.

HAHAHAHA..

Apa2 pun bagi sesiapa yang mempercayai itu adalah gambar sebenar maka sila la jangan mempercayainya lagi. Memang sekali pandang macam gambar betul. Aku tengok gambar tue semalam. Via handphone. Sebijik macam gambar betul. Kat laptop pun sama. Cerdik ah sapa2 yang super impose tue. Terer wa cakap lue.. tapi sayangnya. Fitnah tetap fitnah. Apa la yang kita boleh buat. Perbetulkan keadaan aje la jawabnya.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...