Jika cadangan ini dilaksanakan oleh Negeri Sembilan ini bermaksud ;
Kelantan
Kedah
Johor
Negeri Sembilan
Ialah 4 negeri yang akan bercuti pada jumaat dan sabtu. Elok juga jika kita usulkan agar satu Malaysia bercuti pada hari jumaat dan sabtu. Jangan salah faham. Ini bukan cadangan yang didorong akibat sentimen agama. Kot2 non muslim ingat cuti hari jumaat neh semata2 bersandarkan kepada hujah2 keagamaan semata2. Pada aku la kan. Sebaliknya ia lebih kepada effectiveness.
Kenapa?
Jika ko pergi mana2 pejabat kerajaan pada hari jumaat, walaupun buka, tapi macam tak buka. Sebab apa? Yang keluar pergi solat jumaat tak balik2. Atau balik lambat. Masa kerja sedikit. Tapi dibayar gaji macam hari2 lain. So ini semua membuang masa dan tidak effective langsung. Orang kata pembaziran wang kerana kerajaan terpaksa membayar tenaga kerja yang tidak digunakan dengan sepenuhnya. Walaupun hari jumaat hari bekerja, tetapi nampak macam hari cuti.
Bayangkan. Bukan kah lebih baik diberikan cuti saja? Walaupun tak dinafikan bukan semua kakitangan kerajaan yang muslim bersolat jumaat. Tetapi majoritinya pergi menunaikan solat. Makan masa pergi balik. Rehat lagi. Kan lebih senang kalau mereka bercuti aje terus. Memudahkan mereka.
Aku cadangkan kita cuti saja pada hari jumaat. Untuk sektor kerajaan sahaja la.
Yang swasta tue lantak p la. Bagus juga kalau sektor kerajaan kerja hari Ahad. Kurang2 sektor swasta yang tak dapat cuti hari biasa boleh la naik ke agensi2 kerajaan pada hari ahad.
Harap2 ada mana2 wakil rakyat dari BN ka PR ka bawa usul agar kita tukar cuti kepada jumaat dan sabtu. No more cuti sabtu dan ahad. Takan kot bagi cadangan cuti hari jumaat pun kena halau dok luar negara ataupun dituduh pengkhianat, ye tak?
KAH KAH KAH
Rujukan : http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/pas-minta-tukar-cuti-hujung-minggu-1.239150