Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 10 September 2013

300 Syarikat Syiah Beroperasi Di Malaysia.

Woww

300 syarikat neh ada lesen perniagaan. Bukan nya perniagaan haram. Mereka ikut prosuder dan undang2 di negara ini walaupun dana dan keuntungan tersebut dilaburkan kepada gerakan syiah untuk dikembangkan di negara ini.

Perhatikan ;
Dana bernilai jutaan ringgit setahun disalurkan secara aktif oleh lebih 150 syarikat perniagaan tempatan untuk menampung kos kegiatan penyebaran fahaman Syiah di Malaysia.
Menurut sumber pihak berkuasa, syarikat terbabit meliputi pengeluar dan pengedar satu jenama air rawatan terkenal, selain perniagaan berteraskan makanan, pakaian dan klinik perubatan.

Sumber itu berkata, 150 syarikat terbabit adalah sebahagian daripada keseluruhan hampir 300 syarikat yang terbabit secara langsung dengan menyumbangkan dana kepada gerakan Syiah di negara ini.

1. Sumber? = Pihak penguatkuasa. Mereka2 yang ada kuasa untuk menyiasat hal di atas.

2. 300 syarikat pro syiah wujud di dalam negara ini.

3. Mereka terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan bahkan aktif menyumbangkan dana kepada gerakan syiah.

Perhatikan lagi ;
“Salah satu syarikat perniagaan yang aktif dan memberi sumbangan kewangan paling besar ialah pengeluar air rawatan yang cukup terkenal. Kita sudah menyiasat dan mendapati seorang daripada ahli lembaga pengarahnya amat berpengaruh dalam Majlis Syiah Malaysia,” katanya.
Sumber itu berkata, siasatan pihaknya juga mendapati syarikat air rawatan itu mempunyai kedudukan kewangan yang amat kukuh kerana mengutip yuran keahlian untuk anggota yang menjadi pengedar produk mereka.
Menurutnya, hasil yuran keahlian saja membolehkan syarikat itu mengutip lebih RM250,000 setiap bulan. “Berdasarkan bukti yang kami peroleh, mereka juga ada bangunan sendiri. Jadi, aset yang ada ini, semuanya digunakan untuk mengembangkan Syiah,” katanya Sumber itu berkata, selain menyebarkan fahaman dan mencari pengikut baru menerusi aktiviti perniagaan, penggiat Syiah di negara ini juga aktif menggunakan laman sosial seperti facebook (FB).
Menurutnya, beberapa lokasi sudah dikenal pasti menjadi markas gerakan antaranya di Taiping, Perak, Pendang (Kedah), Hulu Klang (Selangor) dan Taman Titiwangsa (Kuala Lumpur). “Boleh dikatakan mereka ada cawangan atau markas di hampir setiap negeri, cuma bezanya aktif atau tidak,” katanya.

1. Majlis Syiah Malaysia = ada pertubuhan yang aktif. Samada berdaftar atau tidak, haram atau halal, mereka ada gerakan yang aktif.

2. Ada cawangan di setiap negeri pula tue.

Berdasarkan kepada maklumat2 ini, apa yang mereka mahu buat dan apa yang mereka mahu kita buat? Setakat cakap pongpang2 ada syiah sana sini apa barang?

Habis2 kuat pun apa yang aku NAMPAK dan seringkali NAMPAK apa yang mereka buat ialah kaitkan PAS dengan GERAKAN SYIAH walaupun tak pernah terbukti waima sekalipun. Aku bukan tidak menyokong pendedahan2 ini. Tetapi pendedahan2 seperti ini perlukan sesuatu sebagai satu tindakan susulan untuk mematikan permasalahan [jika ini anggap masalah] bagi menyelesaikan kemelut yang wujud.

Setakat dedah sana, dedah sini, then pongpang2, bergaduh, saling tuduh menuduh, tunding sana tunding sini, nak buat apa? Buat la sesuatu. Kalau ko kata GERAKAN mereka ini tidak boleh wujud, maka buat la sesuatu. Kalau ko kata SYARIKAT ini tidak patut berbuat demikian, maka buatlah sesuatu. Kalau ko tak berbuat sesuatu, ataupun ko tak boleh berbuat sesuatu disebabkan tiada peruntukkan undang2 yang menafikan tindakan mereka ataupun mengatakan tindakan2 mereka salah, maka buat apa ko kacau mereka? Biar je la. Lantaklah disitu.

Aku memang pelik. Maaf cakapla ek. Aku tak termakan dengan perkara2 yang di panggil pendedahan sana sini oleh mereka2 yang berkuasa neh. Kalau orang biasa macam aku yang powerless, pangkatless, vvipless, hartaless yang mendedahkan agak logik sebab kami tiada cara dan jalan untuk amek tindakan susulan.

Tapi kalau orang2 yang ada kuasa yang mampu amek tindakan susulan yang mendedahkan apa bagai, ia memang kelakar. Sebab? Instead of selesaikan kemelut yang timbul. ko pilih untuk raih millage persepsi untuk uji sejauh mana rakyat react dengan berita2 seperti ini.

Sudahla.

Pemikiran aku bukan tipikal. Jika mereka salah, maka lakukan sesuatu. Jika mereka tidak salah, maka jangan pongpang2 sana sini.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/300syarikatsuburSyiah/Article

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...