Aku baru je nak logoff sebab nak keluar rumah jap tapi dapat pula mesej via facebook. Katanya malam neh rtm akan memainkan video bersih versi pdrm di tv1 jam 9.30 malam. Aku tak pasti video macam mana yang rtm nak tayangkan neh. Adakah yang macam kat web tv3 ari tue? Kalau macam tue tak payah lah aku tengok lagi pasal aku dah tengok. Buang masa aku je tengok ulang2.
Ataupun adakah video bersih versi lain? Ada gak kemungkinan macam tue. Apa pun kita sama2 buka dulu tv1 malam neh untuk pastikan kebenaran maklumat neh. Dia pun ada bagitau yang tv3 akan mainkan video bersih versi pdrm dalam bentuk iklan. Yeke? Macam iklan hari tue ka?Iklan yang soh boikot bersih ramai2 yang kat rtm tue ka?
kah kah kah
Lantak korang lah. Korang tayangkan lah di semua tv sekalipun. Ingat kita orang neh bangang sangat? Kuasa tv memang penting zaman sekarang. Tapi kuasa otak lagi penting wooo.. kalau korang dok pusing2 bersih dalam tv-tv semalaysia nak serapkan persepsi serong masyarakat terhadap bersih, kami pula turun padang dekati masyarakat dan sebarkan video keganasan polis terhadap bersih.. lagi best whooo.. kita tengok masyarakat lebih percayakan sapa.. tapi jangan main tikam belakang dengan tahan2 pula aktiviti kita orang.
Yelah.. kita tak mampu beli dan kuasai media arus perdana.. so neh lah satu2nya cara kita berjuang. Jadi kerajaan dan polis jangan main tipu2 untuk sekat maklumat yang kita nak sampaikan pula. Boleh? Kita tengok video bersih versi polis ataupun video bersih versi rakyat yang lebih dapat kepercayaan rakyat.. ada berani ka polis?
Kah kah kah
Ameno : Ada ke rakyat bangang yang nak percaya video dorang tue hah?
0 Comment to " Polis tayang video penuh bersih malam neh? "
Catat Ulasan
Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com
Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.
Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.