Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 4 Mei 2011

Hishamuddin : PAS mampu sepakat dengan UMNO.


PUTRAJAYA: PAS yang mendakwa boleh bekerjasama dengan DAP tanpa terlalu merujuk kepada prinsip perjuangannya sepatutnya mengambil sikap sama untuk bersepakat dengan UMNO. 

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata PAS tidak wajar terlalu khuatir dengan kemungkinan masa depan untuk mengambil sikap berbaik-baik dengan UMNO.

“Saya melihat politik negara agak ‘fluid’ (longgar). Banyak pendirian, khususnya pembangkang yang ideologi dan perjuangan tidak begitu jelas termasuk PAS.“Kalau sekiranya PAS dan DAP mampu bekerjasama atau dilihat dapat bekerjasama tanpa merujuk kepada prinsip perjuangan masing-masing, maka kita juga boleh dalam senario politik sekarang melihat keadaan dalam konteks realiti di bawah sana (rakyat),” katanya pada sidang media di sini, semalam. 

Katanya, beliau percaya parti pembangkang juga mahu terbabit dalam perkongsian pembentukan bangsa sekali gus menunjukkan kematangan dalam negara demokrasi. 

Ditanya sama ada kemungkinan PAS khuatir akan hilang sokongan pengundi Cina jika bekerjasama dengan UMNO, Hishammuddin berkata: 

“Apa hendak takutkan bayangan kemungkinan yang boleh berlaku. Kita boleh duduk dan berbincang dengan semua pihak, apa kita nak takut, bukan pilihan raya umum (akan diadakan) esok.” 
 
Hishammuddin berkata, kerjasama PAS dan UMNO itu boleh dilakukan kerana ia memenuhi tuntutan perubahan politik semasa kerana sebarang perbincangan di mana-mana peringkat parti akhirnya memerlukan kelulusan pucuk pimpinan parti masing-masing. 

Beliau diminta mengulas kenyataan pimpinan MCA yang memberi syarat supaya PAS sanggup menggugurkan prinsip negara Islamnya terlebih dahulu jika mahu menyertai Barisan Nasional (BN). 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebelum ini meminta PAS bekerjasama dengan UMNO dan meninggalkan pakatan pembangkang. 

Hishammuddin berkata, BN tidak berkompromi dalam hal yang menjadi pokok perjuangan tetapi semua pihak perlu mencari jalan untuk disesuaikan dengan keperluan, permintaan, tuntutan dan cita rasa rakyat. 

Beliau berkata, UMNO boleh bekerja sama dengan mana-mana parti asalkan ia tidak menyebabkan ancaman kepada keselamatan negara. 

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata bahagian UMNO yang berasa perlu mengadakan uji cuba sistem pengundian parti yang baru boleh melakukannya untuk memastikan ia berjalan lancar apabila dilaksanakan kelak. 

Beliau berkata, uji cuba yang dilaksanakan di bahagian Sembrong, Johor, kelmarin menunjukkan beberapa isu logistik seperti keperluan dewan, kertas undi, masa mengundi dan kotak undi yang perlu diatasi. 

Petikan neh aku amek dari bh online. Pagi tadi aku baca benda neh tapi busy kan hari neh. Baru lah berkesempatan untuk online dan update apa-apa yang patut.

Sebenarnya kalau korang fahami dan baca betul-betul petikan di atas, korang akan nampak yang tersirat macam apa yang aku nampak. Nak tahu apa yang aku nampak?

1. Prinsip perjuangan umno dan pas berbeza. Ini di akui oleh hishamudin sendiri di perenggan ini ;

Kalau sekiranya PAS dan DAP mampu bekerjasama atau dilihat dapat bekerjasama tanpa merujuk kepada prinsip perjuangan masing-masing, maka kita juga boleh

1point untuk penyokong pas kerana kami pilih islam.
0 point untuk penyokong umno kerana mereka pilih sekular.

2. Umno hanya mementingkan perjuangan bangsa semata-mata. Ini juga di akui oleh hishamuddin sendiri.

beliau percaya parti pembangkang juga mahu terbabit dalam perkongsian pembentukan bangsa

1point untuk penyokong pas kerana menolak sentimen asobiyah.
0point untuk penyokong umno kerana menjadi geng asobiyah. 

Nabi saw dah larang tueee.. fuhhh..

3. Umno ajak pas bergabung sebab takut hilang undi orang cina. Lihat sini.

PAS khuatir akan hilang sokongan pengundi Cina jika bekerjasama dengan UMNO, Hishammuddin berkata: “Apa hendak takutkan bayangan kemungkinan yang boleh berlaku. Kita boleh duduk dan berbincang dengan semua pihak, apa kita nak takut, bukan pilihan raya umum (akan diadakan) esok.” 

1point untuk PAS sebab masih mendapat kepercayaan masyarakat cina.
0point untuk UMNO sebab orang cina tak percayakan UMNO dah.

Pulak tue nak seret PAS terjun lombong sekali dengan dia.. apa daa dengki betul. Heh.

4. UMNO takmau islam. Tengok sini pula ;

kerjasama PAS dan UMNO itu boleh dilakukan kerana ia memenuhi tuntutan perubahan politik ;

MCA yang memberi syarat supaya PAS sanggup menggugurkan prinsip negara Islamnya terlebih dahulu jika mahu menyertai Barisan Nasional (BN).  ;


BN tidak berkompromi dalam hal yang menjadi pokok perjuangan tetapi semua pihak perlu mencari jalan untuk disesuaikan dengan keperluan, permintaan, tuntutan dan cita rasa rakyat.

1point untuk penyokong pas sebab memperjuangkan islam walaupun tanpa umno.
0point untuk umno sebab tidak akan memperjuangkan islam with or without pas.

Dah kalau gitu watpe nak bergabung pula? Sama je natijahnya macam berkerjasama dengan dap pun.. kah kah kah

5. PAS bukan parti ancaman negara. Ini diakui oleh umno sendiri. Lihat sendiri ;

UMNO boleh bekerja sama dengan mana-mana parti asalkan ia tidak menyebabkan ancaman kepada keselamatan negara.

1point untuk penyokong pas sebab berani berkata benar meskipun umno sering gunakan ISA untuk gertak kita.

0point untuk penyokong umno sebab membiarkan akta isa digunakan oleh pemimpin umno terhadap ahli pas walaupun ahli pas bukan ancaman negara merujuk kepada kata2 hishamuddin sendiri.  

Jumlah punggutan point setakat neh.

5 markah untuk penyokong pas.
0 markah untuk penyokong umno.

dengan ini aku mengistiyarkan penyokong pas adalah pemenang dan berjuang di jalan yang benar. Amin.. hehehhe..

Apa? Penyokong umno dah bengang? Ada aku kesah? Kah kah kah..

Ameno : Hehehe.. boooo dah kalah...

Share this

9 Responses to " Hishamuddin : PAS mampu sepakat dengan UMNO. "

  1. Nak main bagi point kat diri sendiri jugak! Boleh tak?

    1. Penyokong PAS pilih Islam? OK, tapi dulu gabung dengan DAP yang tolak Islam. Macamane tu? So macam dua kali lima kan?

    2. Kalau perjuangkan bangsa, automatik ke kena tolak perjuangan Islam? Satu lagi, kalau perjuangkan bangsa Melayu secara khusus, adakah bermakna kita tolak hak kaum lain? Saya rasa, semua ni boleh wujud serentak. Contohnya, Melayu dan Islam boleh diperjuangkan dalam satu masa, dengan Islam diletakkan di atas sekali, dan bangsa Melayu kedua.

    Kedua, boleh juga memperjuangkan Melayu, tapi pada masa, tidak mengabaikan kaum lain. Contohnya, menyeru supaya Melayu memajukan diri dan sbgnya.. Adakah dengan tindakan ini membuatkan kita 'tidak hormat' kaum lain di negara kita? Lainlah kita berjuang 'Kaum Melayu adalah kaum terhebat di dunia! Kaum lain semua sampah!'. OK, itu baru asabiyah. Dan juga fasis, seperti Nazi. Tapi dalam konteks perjuangan UMNO, belum sampai tahap itu.

    3. Orang Cina start undi Pas apabila Pas mula menyokong DAP. Ada yang pura2 utk kepentingan DAP, dan ada juga sebagai balasan kerana 'PAS menghormati DAP'. Tapi pokoknya, ianya hanya bermula apabila PAS mula menyertai PKR. ini realiti. Tapi kalau join BN, mungkin masih boleh dapat undi cina, kerana masih ada MCA. TAPI, sangat susah juga kerana parti paling popular bagi kaum Cina sekarang ialah DAP.

    4. Itu kata MCA, bukan UMNO. UMNO mengaku (READ: mengaku sahaja), mereka mahukan Islam, sekurang2nya lah. Bemakna ada percanggahan di dalam BN sendiri. OK, yg ni terus terang jugak, BN kena kasik settle sama MCA dulu, baru ajak PAS masuk.

    5. Ada individu2 dalam PAS/PKR yang dianggap ancaman kepada negara oleh UMNO. Ya, ini benar. Tapi secara amnya, UMNO tak pernah lihat PAS sebagai parti ialah ancaman kepada negara. Kalau tak buat apa Mahathir pernah 'puji' PAS? Buat apa ajak gabung kalau anggap ancaman? Oh, itu tak mungkin.

    So, berapa point aku nak syok sndri bagi kat aku ni? Hehe, entahlah. Benda ni subjektif. Bagi akulah, seperti yang pernah aku komen kat profile ko. Better PAS berdiri sendiri dahulu. Keluar PKR. Tapi jangan pula gabung dengan UMNO terus. Kalau tak, orang kata PAS parti murahan. Nak menang masuk BN. PAS tak perlu itu. PAS perlu sentiasa berdiri perjuangkan Islam. Tak menang takpe. Menang cara kotor buat ape. PAS boleh kekal sebagai pembangkang yang memperjuangkan Islam, dan boleh membuatkan BN tidak terus bongkak duduk di atas takhta. Atau mungkin, parti PKR nanti yg akan berkuasa, pula akan bongkak di atas sana.

    Ini pendapat peribadi ye, bukan fakta yg aku paksa korang terima :)

    BalasPadam
  2. Sorry, point no 2 tu, "PAS join PR", bukan PKR. Takut ada butthurt sebab kesalahan kecik tu.

    BalasPadam
  3. harapan je semua ni
    kalau masing2 pemimpin tamakkn kuasa dan xkisah lgsg psl rakyat

    Entri Terkini: Penggemar Barangan Apple & Peminat DSLR pasti sukakan ini!

    BalasPadam
  4. Apabila memperjuangkan Islam maka secara automatik setiap ummah yang berbagai bangsa dan negara akan terbela , malah kafir zimmi juga akan terbela.

    Jika perjuangkan bangsa , bagaimana dengan bangsa yang non muslim? , adakah Melayu Kristian / Buddha / Free Thinker / non muslim tidak diperjuangkan sekali atas nama bangsa?

    Adalah penting memperjuangkan Islam tanpa menetapkan jenis bangsa (sesama Islam saling membantu tanpa mengira bangsa)

    Wujudkah Sumpah Lakhnat Dalam Hal Tuduhan Zina?


    Smartphone : Risiko "privasi" pengguna terdedah.


    Kenapa perempuan suka tayang body pada lelaki

    .

    BalasPadam
  5. UMNO lupa, majoriti ahli PAS adalah berbangsa Melayu akan tetap memperjuangkan Islam.

    Cina menyokong PAS sebab PAS dilihat mampu membela dan memberikan keadilan untuk semua. Kelantan sudah membuktikannya, Kedah dalam proses. DAP juga memberikan keadilan untuk semua rakyat, cuma UMNO je menafikannya walau di dalam hati mengiakannya.

    Mereka melihat UMNO terlalu assobiyah, melindungi puak-puaknya sahaja... hatta mereka sama bangsa tetapi berlainan ideologi politik diketepikan dalam pelbagai hak-hak kesamarataan yang wajar diperolehi.

    Ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO/BN tidak mengerti apa itu ZALIM. ZALIM hanya mampu difahami oleh PR kerana kami sahaja yang sering dizalimi oleh UMNO/BN.

    Ku doakan semoga Allah menumpaskan UMNO/BN dalam pelbagai bentuk penumpasan.

    BalasPadam
  6. Ichigo,

    aku terpanggil untuk menulis bila sering terbaca penyokong2 pembangkang mengatakan UMNO parti ASOBIYAH... Kerana apa?? kerana UMNO perjuangkan bangsa Melayu... Tapi korang pernah ke tanya nik aziz, ape itu asobiyah??

    Adakah mereka yang berjuang demi bangsa sahaja digelar asobiyah?? mereka yang berpuak2/kepartian tidak digelar asobiyah??? ape anggapan orang PAS terhadap orang UMNO?? musuh kan??? panggil mereka pencacai... bukan itu sikap asobiyah?? berpuak2??? sedangkan orang Ansar dan Muhajirin (dari suku quraisy) pun rasulullah suruh bersatu dan bersaudara... elakkan pemikiran asobiyah...

    Jngn kerana anda ikut seorang tua yang menggelarkan diri nya ulama, bahawa apa yang anda buat itu bersih, suci dari dosa.... Ulama pun boleh melakukan kesalahan... mereka bukan ma'sum.... Ulama juga boleh gila pangkat dan darjat... mereka juga manusia.... berhati2 dalam perjuangan... bila kita selalu ingat kita yang betul, sebenarnya kita melangkah ke sesatan....

    BalasPadam
  7. Sorry, point no 2 tu, "PAS join PR", bukan PKR. Takut ada butthurt sebab kesalahan kecik tu.

    BalasPadam
  8. semua gila kuasa...

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...