Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 2 Mei 2011

DAP : Hapuskan hak melayu! [DAP must read this]

WOW.. tak ku sangka umno benar-benar mahu mewujudkan peristiwa 13 may di malaysia. Dulu aku yang taktahu apa2 sangka bahawa peristiwa 13 may ialah peristiwa cina lawan tokey [melayu]. Heheheh.. biasalah dulu2 mana ada internet2 neh bhai. So buta2 lah gua kena tipu hidup2 dengan barisan. Heh.

Rupanya aku silap. Peristiwa 13 may ialah ;

satu peristiwa di mana umno mempertahankan kuasa dengan cara jijik dan keji sampai sanggup mengorbankan rakyat berbilang bangsa yang terdosa. Umno [perikatan] pada ketika itu telah hilang sokongan rakyat cina di mana rakyat cina berpihak kepada pembangkang dap dan gerakan [dulu dia pembangkang] yang kemudian nya menyebabkan umno bertindak kejam dengan meniupkan sentimen perkauman dan keagamaan sehingga menyebabkan peristiwa amok di mana orang melayu membunuh org cina di mana-mana sahaja sehingga org cina pada ketika itu hidup dalam ketakutan. Orang melayu dan cina saling berbunuhan disebabkan fitnah umno. Apa yang lebih dasat pihak polis juga tidak berjaya [ada yang cakap memang sengaja tidak mahu kawal keadaan disebabkan arahan umno] mengawal keadaan. Peristiwa ini boleh dibaca s secara detail kat sini.

Akhirnya aku dah faham. Dulu bengang gak aku dengan orang cina neh ble mengenangkan peristiwa 13 may. Last2 bila aku dah tahu, rasa nak penyepak sekor2 dalam umno. Sekarang neh peristiwa yang sama cuba diwujudkan oleh umno. Info neh dapat dari member facebook. Dia ada uploadkan satu video dimana video tersebut adalah untuk menyerapkan sentimen kebencian melayu terhadap kaum cina. Lihat screenshots yang aku captured kat bawah neh ;





Video tersebut dia dapat dari karnival 1malaysia, parit jaya, johor. Ia diedarkan oleh orang umno kepada rakyat malaysia yang berbangsa melayu.

1. Tajuk video neh memang tak boleh blah. 
2. Beberapa screenshots yang membabitkan dap dalam neh.

Untuk lihat video klik sini.

Isi kandungan video ini ialah ;


1. Dap punca kepada peristiwa 13 may

2. Dap menjadi kuasa pencatur utama dalam pakatan rakyat juga menentukan halatuju pkr dan dap.


3. dsai diberikan jawatan ketua pembangkang sbb dap nak buat malaysia malaysian.
4. lim kit siang derhaka pada sultan di perak. 

5. dap memberikan jawatan menteri besar kpd nizar di perak berdasarkan perjanjian pangkor II

6. dap menguasai sidang parlimen perak, pas dipinggirkan terus utk kikis hak org islam.

7. dap hina Alquran.

8. dap kuasai selangor.

9. dap bermaharajalela bila dapat kuasa bagaikan beruk dapat cincin.


10. dap ialah mastermind di selangor. Diberikan jawatan2 penting di selangor.


11. pkns dipegang oleh dap.


12. jawatan petronas, tnb dan telekom akan diberikan kpd cina jika dap menangi pru 13.


13. dap panggang 5 ekor babi bagi meraikan kemenangan mereka atas lima negeri pada pru-12.


14. Dap juga gunakan 100 juta ringgit duit cukai rakyat untuk peternakan babi moden terbesar di asia. 


15. teresa kok pergi masjid pakai skirt.

16. dap [189 orang] suruh masjid2 di selangor perlahankan azan.

17. ronnie liu memperlekehkan hassan ali berhubung isu arak. Ronnie liu juga terlibat dalam rasuah.


18. dap ubah had size rumah ibadat dan tambah peruntukan utk membina rumah ibadat kaum cina.


19. teresa kok bina gereja terbesar di malaysia.


20. rumah2 urut meningkat sebanyak 70% selepas 2 tahun dap pegang selangor. 

21. LGE menyewa banglo mewah guna duit rakyat.

22. LGE mahu hapuskan hak org melayu di pulau pinang.



23. LGE hapuskan peniaga melayu dan robohkan rumah melayu dan kampung melayu.


24. Kedai makan doremi, dan macam2 kedai dihapuskan. LGE juga melarang peniaga melayu berniaga di komtar.


Dan beberapa lagi. Banyak. Orang melayu kalau tengok boleh lah dikatakan akan terpengaruh sebanyak 50%. Tapi aku dah tahu fakta. Aku tak terpengaruh waima satu sen pun. Video ini adalah fitnah dan penipuan besar umno. Tapi ada beberapa isu dalam neh yang membabitkan dap memang benar cuma dimanipulasikan habis bagi menampakkan seolah2 dap bersalah habis.

Aku tak gemar dengan permainan umno neh. Aku tak gemar langsung. Bukanlah aku membela sangat hala tuju dan perjuangan dap. Aku tidak. Halatuju dap neh memang aku takan terima sampai bila2. Sebab dap ialah parti keduniaan. Dap tidak memperjuangkan islam. So untuk parti macam neh aku memang tolak habis. Tapi tolak perjuangan dap bukan bererti aku kena memusuhi dap. Perjuangan dia aku tak terima, tetapi aku kena hormat. Dia buat apa yang dia rasa betul untuk parti dia dan malaysia. Pun lebih baik dari umno.

Dap tiada alasan untuk berjuang menegakkan islam sebab dia bukan org islam. Itu adalah sikap normal bagi org bukan islam. Tetapi itu tidak bermaksud kita boleh hukum dan fitnah dap semata-mata dia bukan islam. Dap bukanlah parti yang mahu memporak-perandakan malaysia. Walaupun terdapat ramai individu racist dalam dap tetapi masih terdapat individu2 yang tidak racist dalam dap. Ramai. Malahan aku rasa lebih ramai dari yang racist. Aku tengok mereka baik2 je. Lebih baik dari umno. Nak buat macam mana. Bukan aku nak lebihkan dap dari umno. Tetapi ini pengalaman aku sendiri. Aku bercakap perkara yang betul.

Yang cuba menimbulkan huru hara sekarang neh ialah umno dan bukan dap. Aku tak taktahu kalau ada orang melayu yang terperangkap dengan permainan umno neh. Pasal apa aku tengok ramai gak org2 cina dan melayu asyik bertekak dalam fb dan bersikap racist semenjak dua menjak neh. Nak aku kata bodoh mmg lah dorang bodoh sebab tak amek tahu pasal politik, dipengaruhi pula oleh pemimpin masing2 di mana ;

1. Umno sibuk potpet2 pasal perjuangan melayu
2. Mca pula sibuk potpet2 melayu tindas cina

Lama kelamaan tak banyak sedikit demi sedikit masing2 akan membenci masing2. Cina benci melayu dan melayu benci cina. Dan bila itu terjadi mula lah melayu boikot kedai cina. Cina boikot barang melayu. Jika ditambahkan api akan jadi pergaduhan. Jika ditambahkan peristiwa akan jadi rusuhan. Jika rusuhan berjaya maka sekali lagi umno pegang kuasa dengan darah rakyat yang teraniaya.

Fikirlah pembangkang bukan hanya cina sahaja di malaysia. Aku juga pembangkang. Aku pro pas. Tetapi aku tiada masalah untuk menghormati pendirian dap. Kadangkala kami bertekak. Oii lue dap, gua tak suka cara lue. Tapi kadang2 kami berkerjasama. Wey dap camne kita nak menjahanamkan umno neh hah? Bertekak, berbeza pendapat adalah perkara biasa dalam kehidupan. Tapi itu tak menjadikan kami musuh abadi kerana kami 1malaysia mahukan harapan yang sama iaitu keamanan abadi.

Ameno : Peristiwa 13 mei ialah peristiwa di mana BN menganiaya orang cina secara terang-terangan. Orang cina bukan hanya di aniaya oleh umno [melayu] malahan oleh mca sendiri, parti yg sepatutnya membela org cina. Heh.


Share this

7 Responses to " DAP : Hapuskan hak melayu! [DAP must read this] "

  1. aku kat kampung ni ok je.. orang cina datang main internet kat kedai aku,, aku pergi beli barang kat kedai diorang.. sewa kedai pun orang cina,, masa isteri beranak tauke kasi hadiah.. hidup aman damai je.. kenapa nak semarakkan api perkauman??

    Mengapa mereka merakam 3gp lucah??

    koleksi artis seksi dalam majalah mangga

    Jom anti PAS!!!??

    BalasPadam
  2. banyak lagi jenis video bro.
    video pasal asal kemerdekaan konon Umno saja perjuangkan kemerdekaan n konon PAS dan lain2 ni komunis nak hancurkan negara. Umno bukan saja mainkan isu perkauman tapi mainkan isu agama dan bukan saja nak menghancurkan bangsa lain tapi turut nak hapuskan PAS.

    BalasPadam
  3. TERIMA KASIH ,Rakyat Malaysia berbilang kaum dah bosan dgn politik perkauman umno/bn.
    Hapuskan Rasuah,Fitnah,Kezaliman Umno/Bn.
    Hidup Reformasi !

    BalasPadam
  4. betul, umno yg mainkan perkauman, masa 13 mei pm masa tu sibuk main pakau, kalu tak caya tanya tun mahathir, apa sebab dia marah masa 13mei tu,

    BalasPadam
  5. 10 tahun sebelum merdeka

    http://www.youtube.com/watch?v=sNZzZlVgWxY

    BalasPadam
  6. betul, umno yg mainkan perkauman, masa 13 mei pm masa tu sibuk main pakau, kalu tak caya tanya tun mahathir, apa sebab dia marah masa 13mei tu,

    BalasPadam
  7. TERIMA KASIH ,Rakyat Malaysia berbilang kaum dah bosan dgn politik perkauman umno/bn.
    Hapuskan Rasuah,Fitnah,Kezaliman Umno/Bn.
    Hidup Reformasi !

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...