Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 26 Mei 2011

Bukan satu tapi lima loji pembunuh manusia di malaysia.

Maaf, aku sebenarnya kurang info pasal benda neh. Carian di google pun kurang menjurus kepada apa yang aku nak tahu sangat2. Tapi aku ada dapat sikit2 benda yang aku rasa aku boleh nak faham kenapa benda neh agak berbahaya kepada manusia. Kenapa ada mereka yang menentang dan macam mana nak kurangkan risiko bahaya kepada manusia dan alam sekitar khususnya penduduk bumi neh.

Mula2 baca berita kat bawah neh dulu ;

Lebih banyak insinerator perlu dibina kerana tempat pelupusan sampah dan sisa pepejal tidak lagi boleh diterima sebagai pilihan terbaik pada masa akan datang, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Wira Chor Chee Heong.


Beliau berkata, untuk jangka masa panjang insinerator menjadi pilihan bagi melupuskan sampah dan sisa pepejal atas pertimbangan dan faktor kesihatan serta alam sekitar.

Katanya, lima loji insinerator di Langkawi, Pulau Tioman, Cameron Highlands, Pulau Pangkor dan Labuan yang telah siap dan ada yang masih dalam pembinaan, mampu menampung keperluan antara 30 dan 40 tahun.

"Sampah yang dibakar di insinerator juga menjana elektrik yang digunakan untuk operasi loji.

"Sampah yang dibakar berbaki 10 peratus dalam bentuk abu atau debu dan dilupuskan di tapak pelupusan yang menjimatkan penggunaan tanah serta lebih selamat berbanding cara konvensional," katanya kepada pemberita selepas meninjau loji insinerator Langkawi hari ini.

Chor berkata, kementerian sedang memantau prestasi semua syarikat yang diberi kontrak melupuskan sampah dan sisa pepejal.

Mengenai loji insinerator Pulau Langkawi berharga RM68 juta itu, beliau berkata ia mampu memproses 100 tan sisa pepejal sehari berbanding purata 80 tan sehari dihasilkan di pulau peranginan ini.

Katanya, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara yang menguruskan pembinaan loji di Langkawi turut mengambil langkah menaik taraf empat projek pelupusan sampah di Kedah.

Jika dipandang sekali imbas aku tak nampak benda neh suatu projek yang harus kita tentang. Aku rasa benda neh ada kebaikan dan memang bagus. Tapi entah kenapa setelah membaca beberapa perkara pasal hal neh aku dapati ianya memang patut ditangguhkan terlebih dahulu. Ditangguhkan sehingga sekurang2nya kita mendapat pemimpin dan parti yang bebas dari penyelewengan dan ketamakan kuasa. 

Dari apa yang aku dapat melalui internet benda neh pada awalnya ditentang oleh dap. Ronnie liu seorang pemimpin dap pada ketika itu pernah menentang pembinaan loji insinerator dulu. Sekarang, adakah dia masih lagi menentang benda neh? Sorry aku taktahu. Kena tanya dia sendiri. Lagipun mesti dia boleh jawab kalau kita tanya dia sendiri. Setelah kematian malang TBH di bangunan SPRM pada dua tahun lepas, ronnie liu dah tak sibuk macam dulu. Kes rasuah yang membabitkan dia pun dah tutup. Kes dia bagi projek2 kerajaan selangor kat kroni2 dia pun dah tutup. Heh. Memang best jadi wakil rakyat. Nak projek petik jari jer enk. Opss.. Hehehe..

Okey2 berbalik kepada tajuk cerita neh. Dari pembacaan aku, aku dapati kebanyakkan mereka yang menentang ialah kerana ;

1. Pembakaran sampah sarap neh akan menghasilkan gas yang berbahaya. Nama gas neh ialah dioksin.

2. Dioksin neh berbahaya kepada penduduk kerana penyedutan melampau [pendedahan kepada dioksin] akan menyebabkan kita terdedah kepada pelbagai penyakit genetik + kanser.

3. Namun, dek kemajuan teknologi kini sudah ada insinerator yang mesra alam. Maksudnya disini sistem pelupusan sampah yang mesra alam. Tapi teknologi insinerator mesra alam tidak secanggihnya teknologi insinerator yang menghasilkan gas dioksin tue. Lagipun insinerator mesra alam dengar tetap akan menghasilkan gas dioksin walaupun pada paras yang minima.

4. Teknologi insinerator neh sebenarnya dah banyak digunapakai oleh negara2 barat. Memang terdapat banyak runggutan dan tersebarnya artikel2 mengenai bahaya teknologi neh kepada manusia. Namun kesahihan nya aku kurang pasti. Perlu banyak pembacaan mengenai perkara neh sebelum boleh meletakkan hujah2.

5. Sebenarnya pembakaran sampah sarap melalui teknologi neh akan menghasilkan debu sebagai finalist product. Debu2 ini kemudiannya boleh dijadikan simen dan marmar. Ini sebab teknologi insinerator tak berapa nak mesra alam neh lebih baik daripada yang mesra alam. Disebabkan teknologi yang tak mesra alam neh boleh menghasilkan product untuk dipasarkan semula berbanding yang mesra alam. Itu pun yang mesra alam neh sebenarnya masih dalam peringkat kajian dan penyelidikan.

Aku sendiri sejujur belum ada kesimpulan mengenai projek neh. Bagi aku projek neh memang tampak ada masa depan. Masalahnya sekarang aku taknak ada projek yang boleh membahayakan kesihatan aku dan penduduk malaysia. Namun dalam masa yang sama aku tidak pula menolak idea2 yang baik dari kerajaan andai benar mereka ada backup plan untuk mengatasi sebarang kemungkinan buruk akibat daripada pembinaan2 loji2 ini kelak. Tapi entah macam mana aku tetap merasakan sukar untuk aku mempercayai ketelusan kerajaan bilamana berkaitan dengan projek2 macam neh. Bukan apa, sejarah membuktikan projek2 macam neh selalunya dipandang atas sebab profit yang tinggi kepada keuntungan yang kerajaan bakal raih, bukannya rakyat. MRR2 dan PKFZ antara saksi mata aku dan ko.

Nota : sesiapa yang ada info mengenai insinerator boleh share kat sini. Thanks.

Ameno : Mempercayai perompak ibarat membiarkan diri di rompak.

Share this

1 Response to " Bukan satu tapi lima loji pembunuh manusia di malaysia. "

  1. Brapa leachate plant dah saudara dah lawat sebelum menulis artikel ni.

    BalasPadam

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...