Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 10 Mac 2019

Orang Bukan Melayu Islam Rasa Terancam Kerana PAS - UMNO Sering Kambinghitamkan Mereka Untuk Semua Masalah Dalam Negara. - Lim Guan Eng.

The Malaysian Insight | ORANG bukan Melayu Islam tidak mahu kerajaan persekutuan ditadbir seperti Kelantan dan Terengganu kerana tiada penglibatan mereka, kata Lim Guan Eng.
 


Malah, kumpulan itu juga sering dijadikan “kambing hitam” untuk semua masalah dalam negara ini oleh PAS dan Umno, kata setiausaha agung DAP itu dalam kenyataan hari.

“Orang bukan Melayu Islam di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak merasa terancam kerana mereka dijadikan kambing hitam oleh PAS dan Umno untuk masalah dalam negara ini.

“Apabila penipuan dibenarkan dan skandal koruspi pemimpin Muslim tidak berapa penting berbanding (pelantikan) orang bukan Islam walaupun orang bukan Islam jujur dan cekap,”
katanya.

Dan walaupun PAS mendakwa mendapat sokongan bukan Islam menerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, MCA dan MIC, hakikatnya kumpulan ini tidak menerima sokongan orang bukan Islam lain.

“PAS patut tahu yang kedua-dua parti (MCA dan MIC) menerima sedikit atau tidak ada langsung sokongan daripada bukan Melayu dan mereka dianggap boneka Umno,” kata Lim yang kini terjebak dalam perang mulut dengan pembangkang sejak Barisan Nasional memutuskan untuk bekerjasama dengan PAS.

Menteri kewangan itu turut menimbulkan persoalan sama ada PAS bersedia meminta maaf atas kenyataan kontroversi mereka sebelum ini seperti menuduh orang bukan Melayu Islam tidak wajar dilantik sebagai menteri atau dakwaan kerajaan sekarang dikawal bukan Islam.

“Jika PAS tak bersedia untuk meminta maaf, bagaimana mereka boleh salahkan orang lain (bukan Melayu Islam) yang merasakan hak asasi mereka sekarang dipersoalkan.

“DAP mengucapkan tahniah kepada PAS kerana berjaya merekrut MCA dan MIC untuk menyokong pendirian ekstremisnya.

“Kerana inilah, ketua Pemuda PAS secara terbuka memuji MCA sebagai lebih baik daripada DAP, walaupun MCA secara terbuka mempersoalkan kebenaran saya untuk pembiayaan sekolah agama rakyat dan sekolah tahfiz,”
katanya.

Lim menambah, PAS ketika pentadbiran Mursyidul Am Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih terbuka, tetapi kini parti Islam itu semakin menjadi parti yang sempit ideologi dan pendirian.

“Sedihnya, PAS dibawah Nik Abdul Aziz yang menganggap bukan Islam sebagai sekutu menentang ketidakadilan dan korupsi kini sudah tidak wujud lagi, dan digantikan dengan PAS ekstremis yang (hanya) melihat bukan Islam sebagai sasaran untuk mendapat kuasa politik". - 10 Mac 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...