Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 1 Januari 2019

Debat SPV Tabung Haji Pro Pembangkang Part 3.

ISHAM JALIL | SOALAN SIAPA UNTUNG HARI INI: SIAPA UNTUNG DALAM PERPINDAHAN ASET TABUNG HAJI?

Hampir semua aset-aset yang dipindahkan keluar daripada Tabung Haji dan dimasukkan ke dalam syarikat “khas” Special Purpose Vehicle (SPV) Kerajaan PH adalah aset-aset yang berdaya maju dan menguntungkan dan telah membayar dividen yang baik kepada Tabung Haji selama ini.

Dulu saya pernah belajar Undang-undang korporat di Harvard Law School dan kewangan korporat di Wharton. Saya juga pernah bekerja sekejap di New York dalam bidang ini. Saya pernah buat SPV ini.

 
Kebiasaannya, antara sebab utama SPV diwujudkan adalah untuk memberikan perlindungan undang-undang dan risiko kewangan kepada syarikat asal sekiranya aset yang diasingkan dalam SPV itu ada risiko bankrupsi yang boleh memberikan kesan negatif kepada syarikat asal.

SPV juga dibuat untuk membaikpulih syarikat yang tidak berdaya maju sementara mengasingkan risiko bankrupsinya daripada syarikat asal.

Namun dalam kes Tabung Haji ini, mengapakah aset-aset atau syarikat-syarikat yang baik dan menguntungkan pula dipilih dan dikeluarkan daripada Tabung Haji?

Apabila aset-aset baik ini dikeluarkan, mereka tidak lagi perlu membayar dividen kepada Tabung Haji dan pendapatan Tabung Haji mungkin akan berkurangan.

Mengapa tidak ambil syarikat-syarikat atau aset yang tidak berdaya maju untuk dipulihkan?

Ini sudah terbalik. Syarikat yang baik pula dikeluarkan dan ini meningkatkan lagi risiko kewangan Tabung Haji dan bukan sebaliknya.

Mungkin ada orang yang dapat untung besar daripada urusniaga di atas. Yang saya pasti ianya bukan Tabung Haji dan bukan rakyat.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...