Isnin, 20 November 2017

Syed Saddiq Nafi Sokong Seks Bebas.

Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahmah menafikan dakwaan beliau menyokong aktiviti seks bebas dengan mengalakkan penggunaan kondom untuk seks selamat.

"Ini bukan kali pertama kenyataan saya diputarbelit, memang menjengkelkan. Sejak bila saya MENGHALALKAN SEKS BEBAS?," soalnya dalam satu kenyataan.


Apa yang dicadangkan beliau sebelum ini adalah bertujuan untuk mendidik dan mencegah. Namun sayangnya ia disalah anggap sebagai seks bebas. 

"Mendidik sambil mencegah. Persoalannya, kenapa kita tak boleh buat kedua dua. Bila bincang tentang pendidikan seks, banyak sangat yang anggap it’s about “Seks bebas”. 

Majoriti kes baby dumping melibatkan golongan Melayu Islam (Hansard Parlimen). 


700 bayi yang dibunuh kerana kekurangan ini. Malaysia diklasifikasikan diantara negara HIV yang tertinggi di rantau asia. Rate of incest yang begitu tinggi. 4379 cases dari tahun 2010 hingga 2015 adalah kes incest bermaksud kebanyakkan mangsa tidak pun tahu perkara ini adalah rogol," katanya, memetik sumber Facebook. 

Syed Saddiq juga mengatakan enggan mempedulikan pihak yang memutarbelitkan kenyataannya sebaliknya mahu menumpukan perhatian mencari penyelesaian menyeluruh.

"Kita perlu pendekatan yang menyeluruh. Sebab itu saya seru semua pihak duduk semeja untuk cari jalan penyelesaian. The Doctors, Gov officials, Public policy makers & the substance movement led by the religious officials. 

Kalau nak tafsir secara malas dengan menyamakan Pendidikan seks dengan seks bebas, there’s nothing much i can do to help you. Berhenti putar belit, bersatu mencari jalan penyelesaian menyeluruh," jelasnya lanjut.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...