- HAJI Fadzilah Abdul Hamid bekas pengusaha minyak Caltex.
- Beliau menjadi pengusaha stesen Caltex selama 17 tahun.
- Pada Mei 2017 beliau dan beberapa pengusaha lain menerima notis mengosongkan premis dalam masa 30 hari.
- Puncanya mereka tidak mahu membayar caj yang tidak sepatutnya dibayar dalam Perlaksanaan Perkhidmatan Layan Diri Di Stesen-Stesen Minyak.
- Setelah
membuat pembayaran tuntutan yang diputuskan mahkamah persekutuan
sebanyak RM300,000.00 kepada pihak Caltex, perkhidmatan beliau pula
ditamatkan secara tidak adil dan mengejut.
- Beliau
yang merasa tertindas dengan tindakan Caltex telah hadir ke PPIM bagi
membuat aduan dan memohon bantuan bagi menegakkan kebenaran serta
menuntut semula bayaran deposit yang telah dibayar kepada Caltex.
- PPIM melalui Unit Tindakan Khas PPIM yang diketuai
oleh Pengarah UTK, Yusuf Azmi telah mengadakan satu perjumpaan bersama
Pengarah Chevron di Menara Mellinium bagi memohon tarikh perjumpaan
secara rasmi untuk berbincang mengenai isu tersebut pada Julai lepas.
- Bagaimanapun, pihak
berwajib seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) tidak mengambil sebarang tindakan meskipun perjumpaan telah diadakan.
Gambar-gambar protes
Turut dilaporkan IPD Putrajaya telah diarahkan untuk mengeluarkan Pak Haji tersebut dari bangunan di tempat dia menzahirkan protes bersama isteri dan anak-anaknya selama lebih dari 100 hari.
"Saya bila haji bawa Spiderman dengan Ironman neh, saya terfikir-fikir juga kenapa Haji sampai buat begini. Ini bermaksud Haji dalam keadaan yang tak boleh berbuat apa-apa, mungkin perlu menggunakan benda-benda visual.. (watak superhero)
Kadang-kadang saya jadi tak faham, saya faham tentang SOP kerja dan perundangan. Kita kena menghormati dan sebagainya. Tetapi eh, saya selalu cakap, orang politik dengan orang jabatan kerajaan, kerja kena dipisahkan. Bila ada campurtangan daripada politik, ini menyebabkan hari ini kerja-kerja yang dijalankan penjawat awam terbatas, ada arahan-arahan telah menyebabkan mereka ini amat sukar untuk menjalankan tanggungjawab mereka".
"Saya melihat hari ini ada satu kementerian, KPDNKK, sejak kebelakangan ini saya jumpa ada banyak pegawai polis yang ada kesedaran, ada jiwa untuk membela.
Tapi bila saya tengok satu kementerian yang diberi nama KPDNKK. Sahabat yang saya hormati, Dato Seri Hamzah Zainuddin dan juga KSU, yang saya rasa beliau tidak layak digelar sebagai seorang pemimpin..
Saya nampak dalam hal haji ini, perkara yang amat kecil mungkin di pandangan mata pemimpin KPNDKK, tetapi besar dia punya kesakitan.
Cuma bayangkan, saya nak tanya Dato Seri Hamzah, saya nak tanya KSU, apa perasaan jika kamu diberhentikan tanpa sebab, kamu dah berkhidmat 17 tahun tetapi tiba-tiba kamu diberhentikan tanpa sebab, apa perasaan kamu,".
"Mungkin ada yang gelakkan, saya tahu ada, yang gelakkan, gelakkan kalau boleh gelak. Ada yang sindir, saya tahu. Apa la nak menangis. Mungkin benda neh belum kena kat tuan-tuan.."
"Dan saya berjanji dengan Allah SWT, apa yang kamu lakukan pada Haji Fazilah adalah perkara yang menyakiti hati saya.. saya tiada hubungan dengan dia (sebak dan menangis)"
"Apalah salahnya wahai menteri, kamu turunlah tengok dia, kamu KSU, turunlah, kamu kan pemimpin, kamu kan khalifah..
Salah ke tuan-tuan bantu dia?
Salah ke tuan-tuan rayu dan beri bantuan yang terbaik padanya?
Dia cuma minta simpati pada kita tuan-tuan..
Cuba bayangkan Allah tak simpati pada kita sebab kita tak simpati padanya..
Saya dengan rasa merendah diri pada hari ini, saya mohon pada Allah SWT, saya mohon kepada yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib, bantulah Tuan Haji untuk saya, bantulah Tuan Haji Fazillah untuk maruah negara, bantulah Tuan Haji Fazilah untuk kita semua..
Dia bercakap dengan saya tadi boleh tak ana minta tolong dengan PM. Saya cakap kalau haji nak, saya cakap," kata Yusof Azmi dalam satu rakaman rayuan kepada Perdana Menteri Malaysia bagi membantu penindasan yang dihadapi oleh Tuan Haji Fazillah dalam kesnya melawan penindasan Caltex.
Rakaman video;