Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 20 November 2017

Pemimpin, AJK PAS Nasihat Jangan Politikkan Kes Anak Husam.

Ketika dilaporkan anak Naib Presiden Amanah, Husam Musa ditangkap dan direman selama empat hari bermula semalam kerana didakwa memiliki 200 pil kuda, ianya menjadi sensasi di laman sosial.

Rata-rata penyokong PAS menjadikan ia bahan sindiran di media sosial masing-masing. Seolah memulangkan paku buah keras.

Bagaimanapun reaksi yang berbeza ditampilkan oleh pucuk pimpinan parti Islam itu.  


Dalam respon segera, AJK PAS Pusat, Dr. Azman Ibrahim berkata ia adalah perkara yang menyedihkan apabila anak bangsa terlibat dalam gejala seperti pil kuda. Dan semua pihak tak sewajarnya menunding jari kerana ia masalah bersama.

"Tak kira siapa atau anak siapa yang terlibat dengan gejala yang merosakkan seperti pil kuda, ianya amat menyedihkan. Masalah ini adalah isu kita bersama," katanya dalam satu kenyataan yang dipetik dari Facebook. 

"Bukan isu anak orang atau anak kita. Kita sayang kepada semua anak bangsa kita. Saya hidup bersama masyarakat marhaen dan Besut antara adalah kawasan hitam kes pil kuda. Kita biasa berhadapan dengan rintihan sedih ibu bapa bila anak mereka terjebak. 

Sama-sama kita berdoa dan beringat. Jangan politikkan isu seperti ini," katanya lanjut.


Nasruddin Tantawi pula berkata jangan bergembira apabila musibah menimpa seseorang yang tidak disukai. 

Sebaliknya semua pihak perlu bermuhasabah dan berdoa agar musibah tidak ditimpa musibah yang merosakkan agama, bangsa dan negara.

"Musibah yang menimpa adalah untuk dimuhasabah oleh kita semua dan kembali kepada Allah swt," katanya. 

"Jangan sekali-kali kita gembira atau seronok atas musibah yang berlaku semata-mata kerana ia menimpa orang yang tidak kita suka. 

Kita senantiasa berdoa agar kita tidak ditimpa musibah yang merosakkan agama, keluarga, masyarakat dan negara kita," tambahnya lagi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...