Selasa, 21 November 2017

Ini Senarai 6 Ahli Parlimen PAS Yang Tolak Bajet 'Barang Naik' & 2 Yang Undi Berkecuali.

Semalam sidang Parlimen menjadi kecoh apabila anggota parlimen pembangkang membuat bising berikutan beberapa orang MP BN yang terlambat masuk ke dalam dewan dibenarkan untuk mengundi.

Malahan, Timbalan Speaker juga didakwa melengah-lengahkan proses pengiraan undi meskipun kesemua yang berada di dalam dewan telah melakukan undian.

"Speaker kita sudah habis undi. The rules says must close the door," kata MP Pembangkang.

"Bukit Gantang, ini Kuala Krau, PAS undi BN eh," kata seorang MP Kerajaan.

Ahli Parlimen lain kemudiannya mentertawakan kenyataan itu.

Gambar - Fuziah Salleh
"Ini Kapar la ni, Kapar buat hal la," kata seorang MP Kerajaan.

"Harga barang naik, harga petrol naik, so Kapar (undi belah bahagi) buat kerana itu," kata MP Kapar.

"Tenum (MP Raimi Unggai) baru masuk, kenapa boleh (mengundi)?" Jerit seorang MP pembangkang.

"Hey, peti undi kena bawa lari," jerit Fuziah Salleh (PKR-Kuantan).

"Dah kalah, kalah la, esok bawa balik," kata MP Shah Alam.

"Kita relax je, dia yang ulang-alik, ulang-alik," kata MP Puchong.

"Relax, Yang Berhormat. Ia masih proses (mengundi)," kata Ronald cuba untuk mententeramkan anggota parlimen yang kecoh.

"Jadi gentleman, jangan tipu," teriak Manivannan, apabila mendapati anggota parlimen kerajaan yang lambat masih dibenarkan mengundi. 

"Speaker kena bertindak adil. Jawab kepada peraturan mesyuarat bukan untuk menangkan Barisan Nasional," kata Puchong. 

"Kalau tak setuju dengan Speaker, baliklah, baliklah, buat apa tunggu," kata Ahli Parlimen Kerajaan.

"BN tak menipu satu hari boleh tak? Satu hari la, jangan menipu," kata MP Shah Alam pula.

"Tak guna punya Sepang, tak guna punya Sepang," marah Ahli Parlimen Kerajaan.

"Pergi balik ramai-ramai. Tak setuju pergi balik ramai-ramai, berambos balik," jerit Ahli Parlimen Kerajaan - Parit Sulong. 

"BN ketagih tipu, BN ketagih tipu," jerit Ahli Parlimen Sepang.

"Ini konspirasi. Pengiraan ini satu konspirasi jahat," bidas Ahli Parlimen Pembangkang.

Gobind Deo kemudiannya membangkitkan peraturan mesyuarat, mana-mana Ahli Parlimen yang terlewat masuk ke dalam dewan selepas loceng dibunyikan selama dua minit, Ahli Parlimen itu tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam proses pengundian.

Bagaimanapun, perkara itu dibantah oleh Timbalan Speaker, Datuk Seri Ronald Kiandee atas alasan peraturan mesyuarat tidak menetapkan tempoh masa selepas loceng dibunyikan selama dua minit.

Bagaimanapun Parlimen kembali bertukar menjadi kecoh apabila Ahli Parlimen Kerajaan bertekak dengan Ahli Parlimen Pembangkang.

"Tipu, tipu, tipu, tipu, tipu," kata Ahli Parlimen Pembangkang beramai-ramai.

"Tak tipu, tak tipu, tak tipu, balikla, balikla, balikla" balas Ahli Parlimen Kerajaan pula.

"Ampang baliklah, blah, blah Ampang. Bukit Katil baliklah, balik," kata Ahli Parlimen Kerajaan lagi. 

"Semua neh akal nak balik awal," kata Ahli Parlimen Pembangkang. 
Beberapa Ahli Parlimen Pembangkang kemudiannya keluar dewan beramai-ramai untuk membuat sidang media.

Keputusan proses pengundian akhirnya memenangkan kerajaan. 

Berikut keputusannya ;

Setuju : 52
Tidak setuju : 51
Berkecuali : 2

6 Ahli Parlimen PAS turut mengundi TIDAK SETUJU sebagai tanda PROSES membantah kenaikan petrol dan harga barang.

Berikut adalah 6 Ahli Parlimen terbabit;

i) Bachok - Ahmad Marzuk Shaary
ii) Pokok Sena - Mahfuz Omar
iii) Dungun - Wan Hassan Wan Ramli
iv) Pasir Puteh - Nik Mazian Nik Ahmad
v) Pengkalan Chepa - Izani Husin
vi) Kubang Kerian - Ahmad Baihaki

Manakala dua Ahli Parlimen PAS yang undi berkecuali; 

i) Bukit Gantang - Ustaz Idris Ahmad
ii) Rantau Panjang - Siti Zailah Mohd Yusoff

Ramai beranggapan undi berkecuali menyebabkan pembangkang kalah dalam percubaan pertama untuk mencipta sejarah mengagalkan belanjawan KPDNKK buat pertama kali. 

Berikut adalah rakaman sidang parlimen semalam;
 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...