Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 21 November 2017

Henti Sebar Fitnah, Wanita Nafi Ketua Pengarah ROS Dalam Gambar Bersama Najib.

Selepas isu Ahmad Maslan dan durian, kali ini penyokong pembangkang sekali lagi kantoi apabila terfitnah seorang mahasiswi dari UMS dengan beranggapan wanita itu adalah Surayati Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau lebih dikenali sebagai ROS di dalam satu gambar yang tersebar sejak kelmarin.

"Fahamkan kenapa ROS serupa vavii," kata pengguna Facebook yang menggunakan nama Nizam Harun ketika menyebarkan gambar wanita tersebut.


Wanita di dalam gambar itu kemudiannya dimaki bertubi-tubi oleh penyokong pembangkang yang beranggapan beliau ialah Surayati Ibrahim.

Gambarnya turut tular di beberapa platform media sosial lain antaranya Twitter dan WhatsApp dan mengaitkan beliau adalah ketua ROS yang baru. 

Gambar itu disebarkan untuk menanamkan anggapan betapa Ketua Pengarah ROS yang baru ada hubungan baik dengan Najib dan disebabkan itu pendaftaran Pakatan Harapan sebagai sebuah satu parti digagalkan sehingga kini oleh ROS.

Bagaimanapun penyebaran gambar itu akhirnya memakan diri apabila individu yang dianggap sebagai Surayati Ibrahim itu sebenarnya adalah seorang mahasiswa dari UMS yang bernama Tia Sairin.



Menjelaskan salah faham tersebut, Imran Mohamed tampil menceritakan perkara sebenar.

"Saya mohon kawan-kawan share untuk membantu wanita yang tak berdosa daripada difitnah. Manusia bodoh yang tidak tahu periksa asal usul menfitnah wanita yang tidak berdosa kerana ketaksuban yang jelik kepada Tun Mahathir. 

Isu RoS Director-General Puan Surayati Ibrahim dengan insan bernama Tia yang seorang pelajar sarjana UMS. Wanita yang disebut dalam status pemfitnah Nizam Harun & Hana Janna ini adalah berbeza dan tidak ada kena mengena. 

Saya hadir pada sessi tersebut dan wanita ini boleh sahkan bahawa orang yang berbeza. Sila rujuk fbnya Tia Sairin. Juga rujuk senarai hadirin yang hadir daripada blog #NajibRazak. Tidak ada sebarang nama Surayati Ibrahim yang hadir sewaktu program mariberjumpa tempoh hari," jelasnya.



Mengulas lanjut, Tia Sairin menerusi Facebooknya turut menjelaskan gambarnya yang tular itu diambil pada sabtu malam ketika berada di Restoran Nelayan, Kota Kinabalu.

Kesemua mereka yang hadir pada malam itu sebenarnya dipilih secara rawak untuk menghadiri jamuan makan malam bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bagaimanapun tanpa dimaklumkan tentangnya terlebih dahulu, katanya.

Beliau turut memberitahu bahawanya individu yang menyebarkan fitnah tentangnya enggan memadamkan post yang mengaitkan dirinya dengan Surayati Ibrahim. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...