Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 19 November 2017

Anak Adun Amanah Kantoi Miliki 200 Pil Kuda (Dengan Kemaskini).

Anak lelaki seorang Adun di negeri Kelantan ditahan polis kerana dipercayai memiliki 200 butir pil kuda di hadapan sebuah rumah di Jalan Pasir Mas - Salor, Kampung Jelutong, di sini, lapor Sinar Harian hari ini.

Gambar - Sinar Online
Laporan itu menyebut, suspek itu yang berusia 29 tahun ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, pada jam 3.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, anggota serbuan membuat pemerhatian kira-kira lima minit terhadap seorang lelaki yang berdiri di hadapan sebuah rumah di kampung itu.

Gambar - Sinar Online
“Sebaik pegawai polis memperkenalkan diri, suspek tiba-tiba cuba meloloskan diri dengan berlari ke bahagian tepi rumah, namun terjatuh.

“Berlaku pergelutan kerana suspek beberapa kali melawan dan agresif semasa polis cuba menahannya dan enggan memberikan kerjasama semasa pemeriksaan hendak dilakukan,” katanya, seperti yang tersiar di portal itu.

Ismail berkata, polis kemudian memeriksa tubuh badan suspek dan menemui bungkusan yang disorokkan di dalam poket hadapan sebelah kanan seluar panjang berwarna kelabu yang dipakainya.  

“Hasil pemeriksaan terhadap bungkusan berbalut kertas tisu berwarna putih tersebut mengandungi sepeket plastik berwarna biru berisi 198 biji pil warna merah dan dua biji pil warna hijau dipercayai dadah pil kuda," katanya lanjut.

Dalam perkembangan berkaitan, Malaysiakini melaporkan anak Adun yang ditahan adalah dari parti Amanah.

Anak Adun tersebut ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...