Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 21 November 2017

Kalau BN Tak Main Tipu, Usul Semalam Dah Gagal Walaupun 2 MP PAS Undi Berkecuali Kata Sepang.

Oleh : Hanipa Maiden / Ahli Parlimen Sepang

Apa yang mungkin tak diberitakan semalam!

1.Ramai netizen yang begitu marah nampaknya kepada 2 MP parti suci yang memilih untuk berkecuali semalam hingga BN menang terlalu tipis iaitu dengan satu undi sahaja. Simple matematik.. jika Dua MP tersebut mengundi seperti 51 MP PH yang lain, maka BN kalah semalam. 


Gambar - Google
2. So saya pun tak faham kenapa 2 MP tersebut ambil sikap berkecuali semalam?. Mungkin kah mereka berdua sengaja berkecuali dan rela dihentam teruk bagi menghantar satu mesej kepada parti suci khususnya kpd Yb Marang yang apa yang parti suci buat tak diterima oleh rakyat? Maaf, saya hanya berimaginasi!

3.MP Bukit Katil (PKR) sebenarnya yang paling frust semalam. Beliau beritahu kami yang beliau telah berjumpa MP parti suci sebelum undi dan dapatkan jaminan mereka untuk mengundi bersama PH, tiba tiba undi MP parti suci tak solid. Masih ada 2 MP yang berkecuali.

4. But, to be fair to 2 MP itu, hakikatnya, semalam jika tidak ada penipuan di depan mata kami semua, memang BN dah kalah pun meskipun 2 MP tersebut berkecuali. Ini kerana selepas tempoh undi dah berakhir,tiba-tiba ada lagi MP BN yang masuk dewan antaranya Yb Pengerang dan Yb Tenom. Saya ingat saya ada menjerit "tutup pintu Dewan dan Speaker kena umum cepat..janganlah lepas ini tutup lampu pula!"

5. Sahabat baik saya Yb Shah Alam (Amanah) dengan nada yang begitu marah berkata "tak boleh kah walau sehari BN tidak menipu?".

6. Yb Puchong (DAP) protest kepada Timbalan Speaker yang sengaja melewat-lewatkan umumkan keputusan pengundian bagi membolehkan MP BN yang tak ada dalam dewan boleh still masuk Dewan dan mengundi! Yb Puchong invoked Peraturan Mesyuarat.

7. Timbalan Speaker kata tak wajib ada tempoh masa untuk mengundi based on MP yang ada dalam dewan sahaja. Kami bantah tafsiran beliau tersebut kerana jika begitu tafsirannya maka adakah masuk akal boleh tunggu sampai pagi dan masa is no longer of an essence.

8. Ada juga netizen yang marah kat MP PH yang tak ada semalam. Bagi saya kemarahan itu normal. Namun , to be fair kepada mereka yang tak hadir semalam khususnya MP PH, mereka bukanlah MP yang kaki ponteng. Dan semalam pun ianya bukan berlaku daripada satu perancangan awal. Ia berlaku secara spontan dan ramai hatta MP PH tak tahu. Sudah tentu saya tak bercakap bagi pihak Marang lah sebab untuk Marang hatta yang dirancang pun dia tak ada!

9. Selepas undi kami MP PH laung di dalam dewan dan luar Dewan "tipu tipu! BN tipu!"

10.Saya lihat muka MP BN semalam ramai yang pucat lesi. Tapi saya harus puji kepada MP parti suci yang undi macam MP PH dan tak berkecuali!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...