Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 12 November 2016

Tangguh MoU Dengan PH, Muhyiddin Dikritik Khairuddin.

SAYA TIDAK TERKEJUT DENGAN PENDIRIAN *TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN MOHON PENANGGUHAN TANDATANGAN PERJANJIAN PERSEFAHAMAN DENGAN PAKATAN HARAPAN* DI KONVENSYEN PAKATAN


Saya amat tidak terkejut dengan pendirian Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memohon penangguhan tandatangan perjanjian persefahaman di antara parti-parti dalam Pakatan Harapan di Konvensyen Pakatan yang sepatutnya berlangsung esok di Shah Alam.

Bagi saya kemungkinannya Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai agenda serta strateginya yang tersendiri khususnya dalam daya-usaha untuk memenangi hati PAS mengadakan satu perikatan dengan Parti Bersatu (PPBM) terlebih dahulu.

Dari awal lagi saya nampak kecenderungan Tan Sri Muhyiddin Yassin kearah itu!! Malahan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak terlibat di dalam gerakan Deklarasi Rakyat yang dianjurkan serta diterajui oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ujudnya Parti Bersatu.

Mungkin di atas faktor ini keserasian Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan parti-parti dari Pakatan Harapan agak dingin.

*Deklarasi Rakyat walaupun ianya bukanlah satu pakatan politik tetapi merupakan gabungan perpaduan pertama yang cukup unik terdiri dari semua tokoh-tokoh pemimpin dari Pakatan Harapan yang telah berlaku secara cemerlang lagi gemilang sebagai platform kerjasama kearah mencapai matlamat untuk menjatuhkan Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri paling korup seterusnya berniat untuk melaksanakan 'total reform' di tanahair kita yang tercinta ini.*

*Pada waktu itu kami telah bekerjasama secara amat akrab dan mula mengenal hati budi masing-masing di bawah Deklarasi Rakyat* dengan berbekalkan satu niat dan tekad bagi Selamatkan Malaysia.

Di kala itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin kurang membabitkan dirinya dengan Deklarasi Rakyat dan sudah nampak kurang selesa dengan parti DAP.

Saya tidak pernah membantah untuk melipatgandakan daya-usaha bagi menarik PAS ke dalam perkumpulan Pakatan Harapan semula tetapi apa yang perlu dibuat pada *masa ini ialah kita perlu menguatkan perpaduan sesama Parti Bersatu, PKR, Amanah serta DAP  terlebih dahulu.*

Tokoh-tokoh pemimpin dari parti-parti ini telah membuktikan kesetiaan bersama kita di peringkat awal menjayakan Deklarasi Rakyat!!

Segala dayausaha untuk membawa masuk PAS ke pangkuan Pakatan Harapan mesti ada had tarikh tempohnya!! Sekiranya PAS asyik main tarik-tarik tali; kemungkinannya ia akan menyukarkan Pakatan Harapan untuk memperkemaskan gerak-kerja mulai kini bagi menghadapi pru 14 kelak yang sudah tidak lama lagi.

Seandainya Parti Bersatu boleh memantapkan kedudukan dan hubungannya dalam Pakatan Harapan sehingga menampakkan blok pakatan begitu mantap; yakinilah pada waktu itu parti PAS dengan sendirinya akan memasukki gabungan pembangkang ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya teruskan dengan menandatangani perjanjian dengan semua parti-parti dari Pakatan Harapan terlebih dahulu esok bagi membuktikan kepada 30 juta rakyat Malaysia bahawa perpaduan sesama blok pakatan amat mantap kali ini.

*Rakyat akan lebih yakin sekiranya dapat melihat satu perjanjian secara formal boleh ujud di antara Parti Bersatu, PKR, Amanah dan DAP.*

Permohonan dari Parti Bersatu untuk menangguhkan perjanjian di dalam konvensyen pakatan harapan esok di Shah Alam boleh meninggalkan sedikit kesan kurang yakin di kalangan rakyat jelata terhadap blok pakatan.

Parti Warisan yang diterajui oleh YB Dato Seri Shafei Apdal untuk tidak hadir kurang memberi kesan negatif kerana ianya sebuah parti berteraskan kenegerian dari Sabah dan bukannya ditubuhkan di Semenanjung Malaysia.

Pada pendapat peribadi saya selaku ahli akar umbi yang pernah menganggotai sekejap Parti Bersatu; situasi ini tidak harus berlaku pada konvensyen pakatan esok!! Sesungguhnya, ia tidak memberi satu gambaran serta impak positif kepada blok pakatan di Semenanjung Malaysia khususnya.

*Asasnya, blok pakatan di antara Parti Bersatu, PKR, Amanah dan DAP mesti dimantapkan secara sekukuh-kukuhnya terlebih dahulu dan kemudian baru secara kolektif pujuk PAS untuk balik ke pangkuan Pakatan Harapan.*

Pendapat peribadi saya mengatakan bahawa sekiranya Pakatan Harapan dapat membuktikan satu gabungan yang amat kuat yang boleh meyakini hati-nurani seluruh rakyat Malaysia menyokong blok pakatan pada waktu itu PAS dengan sendirinya akan balik ke pangkuan Pakatan Harapan.

*KHAIRUDDIN ABU HASSAN*
11 Nov 2016

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...