Jumaat, 11 November 2016

Kerana Menyanyi Shalala, Najib Dihina Oleh Rakyat Sendiri, Manakala Presiden Rodrigo Duterte Pula Dipuji Melambung Oleh Netizens Pilipin.

Kesian Najib.

Nak menyanyi dan menari sekali sekala pun kena tiaw kaw-kaw dengan netizens. Pendek kata langsung tak boleh buat apa-apa. Buat ke tak buat ke tetap kena tiaw. Padan muka juga. Sapa suruh mentadbir Malaysia dengan teruk sangat. Prestasi ke laut. Mana orang tak marah.

Ketika rakyat Malaysia berkongsikan rakaman video yang memaparkan Najib berkaraoke dengan Presiden Pilipin, ini antara respon-respon dari netizens Malaysia terhadap perkara itu.


 
Pun begitu, reaksi yang berbeza apabila video yang sama dikongsikan oleh page-page atau facebookers Pilipin. Ini ialah antara reaksi-reaksi mereka.



Jadi mereka juga ialah manusia. Merendah diri. Pertama kali menyaksikan Presiden bersikap begini dengan pemimpin negara lain, ianya hebat.

Ini adalah antara reaksi-reaksi yang diterima oleh Duterte dari rakyatnya. Malahan Najib juga turut dipuji oleh netizens Pilipin.

Presiden Pilipin ketika ini, Rodrigo Duterte dalam lawatan kerja ke Malaysia. Dia digambarkan sebagai seorang Presiden yang garang dan berani apabila berkeras menggunakan cara kekerasan untuk membanteras kegiatan dadah di negaranya. 

Sampai satu tahap, sesiapa sahaja boleh menahan dan menangkap penagih dadah, atau disyaki penagih dadah dan tokan bagi membanteras kegiatan dadah yang berleluasa di Pilipin.

Dihimpit masalah dadah yang tak berkesudahan, warganegara Pilipin menerima dengan terbuka cara Duterte ini walaupun NGO human rights mengkritik kepimpinan Duterte. Menurut laporan, 98% rakyat Pilipin menyokong kepimpinan Duterte.

Bagaimana pula di Malaysia? Adakah dengan memburu tokan-tokan dadah dengan cara yang ekstrem akan menyelesaikan masalah dadah di Malaysia? Sanggup ke kita adapt cara itu ke Malaysia bagi menyelesaikan masalah penagihan yang serius khususnya di kalangan umat melayu?

Salah satu benda bagus yang berjaya Najib buat dalam lawatan kerja Pilipin ke Malaysia ini ialah bilamana Malaysia-Pilipin berjaya membentuk kerjasama bagi memburu kegiatan penculikan di kawasan sempadan masing-masing.

Secara ringkasnya, Pilipin bagi izin kepada penguatkuasa Malaysia untuk memasuki perairan Pilipin (kawasan sempadan) bagi menjejaki kumpulan-kumpulan penculik yang melakukan aktiviti penculikan di negara kita. Namun perlu la dimaklumkan kepada penguatkuasa Pilipin terlebih dahulu bagi mengelak dari sebarang kemungkinan yang membabitkan ancaman keselamatan.

Bagi aku persetujuan Pilipin ini adalah perkara yang bagus untuk di pihak kita mengekang aktiviti kumpulan penculikan ini. 

Cumanya perlu juga kita fahamkan. Kegiatan penculikan yang begitu mudah di sempadan negara ini berlaku adalah kerana kelemahan penguatkuasa dan tahap keselamatan negara kita yang sangat longgar. Kita menyaksikan terlalu banyak kebanjiran PATI di Sabah adalah kerana masalah berkaitan rasuah, penyelewengan dan kecuaian penguatkuasa mengawal-selia undang2 dengan telus dan jujur ialah punca kepada masalah-masalah berbangkit.

Bukan perkara baru kita mendengar keluhan rakyat Sabah tentang PATI. Mereka sudah mengadu berulang kali dan kerajaan masih gagal mencari solusi terbaik bagi membendungnya. Punyalah hebat si PATI2 ini sampaikan ada satu dokumentari luar negara yang melaporkan bahawanya PATI2 ini dinafikan hak memiliki kad pengenalan Malaysia. PATI2 ini berlakon jadi rakyat Malaysia kat dokumentari luar negara sewenang2nya dan kerajaan masih lagi bersikap lemah-lembut terhadap mereka. Dan paling bangang sekali, apabila dokumentari ini mempromosikan laporan itu di media sosial, rakyat yang tak tahu apa, boleh pula sokong membuta tuli dan ikut sama memaki kerajaan. 

Padahal kita dah diperbodohkan oleh kumpulan PATI2 itu. Sebenarnya tak salah mencari rezeki di Malaysia. Tetapi jika sampai melakukan fitnah, menimbulkan salah faham, melakukan kekacauan dan memaksa kita menjadikan mereka warganegara supaya mereka dapat merasai segala macam kelebihan menjadi warga negara Malaysia, itulah masalahnya. Mereka tak hormati undang2 kita dan kita pula kena bertolenrasi dengan mereka. Apakah itu patut?

Sampai satu tahap, sesetengah kumpulan PATI ini sepertinya membina empayar negara mereka di kawasan tertentu. Kita pula yang takut jadinya.

Bila kita persoalkan, kita pula dikatakan facist dan racist.

Sedangkan, yang diancam keselamatan itu kita. Yang datang dari luar dan membuta tuli nak membosskan kita pula dia. Tetapi kita pula yang dipersalahkan.

Pun begitu bertepuk sebelah tangan ia tidak akan menjadi. Jika kumpulan PATI ini tidak dibantu dengan penguatkuasa yang tamak, cuai, kaki rasuah sudah tentulah tiada masalah kebanjiran PATI di Sabah. Disebabkan penguatkuasa pun perangai macam babi, maka rakyat yang menerima kesan. Kerajaan pula tak pandai2 nak mencari solusi, rakyat yang terpaksa hadap segala macam bentuk masalah disebabkan kegagalan mereka tu.

Dalam rancangan 999 yang aku tengok beberapa bulan lepas, seseorang PATI sampai boleh hidup bebas kat negara ini selama 12 tahun lamanya tak ditangkap hanya kerana mempunyai perlindungan dari seorang anggota polis.

What the jari tengah beb.

Jari tengah.

Polis = keselamatan? Fuck la.

Sebab tu walaupun aku melihat persetujuan Pilipin itu satu benda bagus tetapi ia masih lagi belum boleh menyelesaikan ancaman keselamatan di perairan Sabah. Masalah keselamatan di Sabah lebih besar dari itu lagi sebenarnya. Kumpulan2 penculik itu mendapat info dari PATI yang berada di Sabah.

Untuk rekod, ketika ini jumlah PADI di Malaysia ialah 2 juta. Yes dua juta. PADI. Bukannya PATI. Tetapi mana ceruk kau pergi kat Malaysia neh tak pula boleh kau melarikan penglihatan kau daripada golongan warga asing ini.

Kau percaya bilangan mereka dua juta di Malaysia? Sebenarnya lebih. Dan tak faham sangat Zahid Hamidi main telur ke apa kat atas sana. Do something la idiot. Pergi luar negara pongpang2 bab bru ocean la wassatiyyah macam good-good pun tak guna kalau keselamatan negara kau sendiri pun hancur beb.

Kata-kata terakhir. Layankanlah joget-jogetan Najib dengan Sha la la la nya.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...