Khamis, 10 November 2016

Dan Rakyat Tahu Kenapa Najib Ponteng Sidang Walaupun Datang Parlimen Tetapi Menyorok Dalam Kamar Speaker.

Sebelum ini kita mendapat laporan bahawanya Najib hadir ke parlimen dalam sesi penggulungan usul #bajet2017. Walaupun Najib hadir tetapi dia tidak memasuki persidangan dewan pada hari tersebut. Sebaliknya dia terus ke kamar speaker dan terus duduk diam disitu. Tak reti-reti nak masuk dewan dan bertugas sebagai wakil rakyat.

Dan tadi. Ketika pemberita bertanyakan kepada Pandikar Amin Mulia, Speaker Parlimen apa yang Najib buat di kamar Speaker pada hari sesi penggulungan bajet 2017? Langsung tak masuk sesi perbahasan pula.

Baca : Bot Peronda Tak Ada Dana Untuk Isi Minyak, Nelayan Selalu Diancam Keselamatan & Najib Ada Duit Untuk Beli Kapal Perang Pula!

Pandikar kemudiannya menjawab begini.

"Dia datang, dia duduk, lepas tu dia tengok perbahasan melalui CCTV.

Dia mahu melihat cara kementerian kewangan".

Adakah Najib gembira melihat hujah penggulungan usul bajet 2017 oleh Johari ketika ditanyakan pemberita?

Maka Pandikar menjawab lagi.

"Dia senyum. Dia tak sebut apa-apa".

Najib kemudiannya dilaporkan meninggalkan Parlimen ketika perbahasan usul bajet 2017 melabuhkan tirainya dan ketika sesi pengundian bermula.

Bajet 2017 menyaksikan 117 mengundi untuk sokong. 70 membantah, 11 berkecuali dan ponteng 28. Najib termasuk antara yang memonteng sidang parlimen pada malam itu.

Sebenarnya kita semua jelas kenapa Najib hadir ke Parlimen pada malam itu. Ia adalah untuk melihat samada bajet tersebut akan diluluskan ataupun tidak. Dia perlu melihat sendiri jumlah kehadiran ahli parlimen BN. Kot-kot ada yang ponteng macam dia juga ke macam mana. Kalau la separuh dari ahli parlimen BN ponteng, tak lulus lah usul bajet 2017 pada malam itu. Ini akan mengulangi apa yang berlaku pada tahun 2010.

Baca bawah neh ;


(http://bit.ly/2fgUEQi


(http://bit.ly/2fUmOCC)

Pada tahun 2009, pembangkang didakwa mahu mengagalkan bajet 2010 dan ia sebenarnya akan membawa implikasi yang besar kepada suasana politik negara andai usul bajet tidak diluluskan. Berdasarkan kenyataan di atas la.

Dan baru-baru ini, Mahathir ada menghadiri Parlimen. 

Dan entah kenapa Najib hadir ke sesi penggulungan usul bajet 2017 walaupun sekadar menyorok di balik kamar Speaker itu hanyalah Najib sendiri yang dapat menjawabnya.

Tetapi oleh kerana rakyat tidak semuanya bodoh (macam penyokong BN), kita juga dapat menjangka bahawanya mungkin ada apa-apa perkara yang Najib rasa tak sedap ahti itu sebabnya dia hadir ke Parlimen pada malam itu.

Dan kenapa Najib tak masuk dewan ialah kerana Najib tidak mahu diserang dalam isu Riza Aziz.

Riza Aziz baru-baru ini telah mengikuti lawatan kerja Najib ke China. Lawatan kerja ini ialah lawatan rasmi yang mana kosnya ditanggung oleh pembayar cukai. Selepas kantoi dalam hal itu, Najib kemudiannya memadamkan tweet dan crop gambar yang menampakkan kelibat Riza Aziz di media sosial rasminya.

Baca : Kenapa Najib Bawa Riza & Arul Ke China?

Baca : Pegawai Khas Ditibai Netizens Kerana Bekap Riza.

Baca : Siapa Tanggung Kos Perjalanan Riza, Jawab Najib!

Walaubagaimanapun usaha Najib itu terbuktilah sia-sia sahaja kerana kelibat Riza bukan sahaja disebarkan oleh kakitangan media sosial Najib bahkan turut dilaporkan oleh media RTM. Jadi, nak sorok macam mana? Tak boleh sorok dah pun!

Disebabkan Najib dipersoalkan bertubi2 tentang ini di laman sosial dan juga oleh wakil rakyat pembangkang dan jika Najib  masuk juga ke Parlimen pada malam itu maka ibaratnya macam bunuh diri la.

Tak boleh tidak wakil rakyat pembangkang pasti akan provoke isu Riza ke China. Bukan Riza aje bahkan si Arul Kanda pun ke China sama. Lauk macam neh mana boleh dilepaskan oleh pembangkang.

Ketakutan Najib yang memang everything to hide menyebabkan dia tak boleh masuk pada malam itu. Cukup dia memastikan bahawanya wakil2 rakyat BN tak khianat padanya. Mereka benar2 hadir parlimen dan BN ada jumlah mencukupi untuk memastikan bajet ini diluluskan dengan mudah tanpa halangan.

Dan inila sebabnya Najib datang Parlimen, ponteng dewan, menyorok dari pembangkang kemudiannya pulang begitu sahaja. Fuhhh bestnya tak novel aku neh?

KAHKAHKAHKAH!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...