Selasa, 8 November 2016

Wartawan WSJ Dihalau Dari Sesi Penerangan #1MDB - Kenapa Arul Takut?

Pelik. 

Sepatutnya Arul Kanda dan JASA meraikan kehadiran wartawan WSJ. Apatah lagi Arul sendiri berprinsip jika ada apa-apa soalan boleh ditanya terus padanya. Tak perlu membuat tuduhan ataupun fitnah. So, bila wartawan WSJ berani hadir ke forum penerangan #1MDB, maka Arul Kanda seharusnya berani juga berhadapan.

Memetik kenyataan Twitter, Rachel Pannet, Timbalan Ketua Biro WSJ Sydney ;


Rakan sekerjanya Tom Wright telah diusir keluar dari satu sesi penerangan berkaitan isu #1MDB yang diadakan secara terbuka. 

Ia adalah satu forum yang berbentuk penerangan tentang isu-isu sebenar ( baca : yang telah manipulasi) 1MDB yang dijelaskan kepada mahasiswa di luar negara. Forum tu kononnya bertujuan menepis salah-faham tentang #1MDB.

Difahamkan juga, hanya pelajar Malaysia yang berhak bertanyakan soalan berkaitan 1MDB.

Eh, takut pula Arul dan JASA pada wartawan padahal inila masa sebenarnya kau tempelak WSJ depan-depan sebab dia datang kat kau.

Kau semua boleh kutuk WSJ menfitnah Najib. Boleh point out keterangan2 yang dikatakan menfitnah Najib.

Wartawan dia dah datang kan. 

Kenapa dihalau2 pula?

Lagi satu. Dah lama aku perhatikan si JASA neh buat penerangan demi penerangan kepada mahasiswa dalam isu #1MDB.

Kali neh sampai ke luar negara.

Sapa tanggung kos perbelanjaan bagai tu?

Guna duit rakyat ke macam mana? Ada juga yang pecah muka lepas neh. Geramnya aku.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...