Khamis, 10 November 2016

Najib, Trump & TPPA.

Najib dan Trump saling kenal mengenal rupanya. Usaha bodek yang baik bagi memperkenalkan hubungan erat di antara Najib dan Donald Trump, Presiden US yang baru.



Sebab itulah Nurul Izzah berharap agar kemenangan Trump sebagai Presiden US tidak akan mengangu saman DOJ berkenaan isu #1MDB.

Kita tinggalkan cerita itu kejap. 

Donald Trump ialah Presiden US yang ke 45. Berusia 70. Lahir pada tahun 1946 dan merupakan Presiden Amerika yang paling tua sekali dalam sejarah presidental negara itu.

Sebelum terlibat dalam politik, Donald Trump ialah ahli perniagaan yang berjaya di negaranya. Dia bertaraf billionaire. Pernah berkahwin sebanyak 3 kali dengan memiliki 5 anak yang mana 2 darinya perempuan manakala selebihnya ialah lelaki.

Itu sejarah ringkas Trump.

Mari kita tengok pula polisi Trump tentang beberapa isu penting yang sebenarnya reflect juga dengan kepentingan negara kita neh secara langsung mahupun tidak langsung.

Isu keselamatan dan polisi luar.

Polisi Trump menekankan bahawanya ISIS dan militan Islam mestilah diperangi habis-habisan. Dalam satu kempen presidental, Trump pernah mengatakan Iraq adalah Havard (universiti) bagi menghasilkan militan (mahasiswa membunuh).

Oleh itu bagi memastikan tahap keselamatan US berada di tahap paling tinggi, Trump akan membenarkan apa jua cara untuk menyoal-siasat militan yang mahu mengancam keselamatan negara.

Trump juga menjanjikan ketenteraan akan diperhebatkan, diperkuatkan dan diperkukuhkan bagi memastikan tiada sesiapa berani mengacau Amerika. Dan apabila tiada sesiapa berani mengacau Amerika, maka tiada sesiapa akan memulakan apa2 (perang) kerana tiada sesiapa berani mengacau Amerika disebabkan mereka mempunyai kekuatan ketenteraan yang kukuh.

Apabila ditanya tentang Syria, dia mahu membina satu zon selamat di Syria, yang mempunyai apa yang diperlukan untuk hidup supaya semua orang boleh hidup dengan aman. Pun begitu Trump turut mencadangkan agar tentera Amerika masuk ke Syria tujuan keselamatan. Trump juga dalam satu kenyataan yang lain dilaporkan berkata, biar mereka bergaduh sesama mereka - ISIS, ASSAD dan mengutip peluh masing-masing.

Trump mahu menamatkan perjanjian nuklear dengan Iran.

Trump juga mahu mengharamkan mana-mana negara yang menghasilkan militan Islam dari memasuki Amerika. Ini bermaksud rakyat dari negara2 tersebut tidak akan dibenarkan untuk menjejaki Amerika atas ancaman terroris. Secara jelasnya mengambarkan kesemua rakyat2 di negara tersebut ialah terroris. 

Bercakap tentang Arab Saudi, Trump menyifatkan Riyadh ialah penaja terbesar bagi kumpulan militan namun dalam masa yang sama memerlukan bantuan Amerika atas tujuan keselamatan sedangkan kumpulan2 militan itu pula begitu berapi mahu mengancam keselamatan Amerika.

Trump juga mempunyai polisi yang sangat-sangat pro kepada israel. Trump menyifatkan pada hari dia berjaya menjadi Presiden Amerika ialah pada hari israel tidak akan dipijak2 atau dilayan sebagai negara second-class. Amerika akan menjadi rakan yang paling boleh diharapkan oleh Israel. Iran juga dikecam oleh Trump sebagai negara yang mempromosikan militan dan Trump akan memastikan bahawanya Iran dan polisinya tentang militan akan dihancurkan.

Trump juga menyatakan tindakan pemimpin Palestine yang mempromosikan keganasan dan kebencian perlu dihentikan.

Apabila mengulas tentang Rusia, Trump mengatakan jika ada harapan, jika ada harapan dia mahu melakukan rundingan dengan Rusia bagi membina perhubungan.

Trump juga mahu mengenakan bayaran kepada mana-mana negara yang mahu mendapatkan perlindungan dan bantuan ketenteraan dari Amerika. Menurut Trump, bajet ketenteraan Amerika banyak dihabiskan untuk masuk campur dalam urusan soal keselamatan luar negara berbanding soal keselamatan dalam negara itu sendiri. Biar mereka lindungi diri mereka sendiri kata Trump.

Dasar tidak mahu terlibat secara mendalam tentang negara-negara yang dilanda konflik dan perang juga akan membuatkan Amerika mempunyai lebihan wang yang boleh digunakan untuk memanfaatkan rakyat. Ini juga salah satu modal kempen Trump.
 

Apa pula pandangan Trump tentang TPPA?

Trump sekeras-kerasnya dalam kempen presidentalnya menolak perjanjian TPP yang disifatkan sebagai mengacam kedaulatan Amerika.

TPP sepatutnya perjanjian yang memperluaskan pengaruh Amerika ke negara-negara Asia Pasifik tetapi sebaliknya yang berlaku jika dibaca isi kandungan perjanjiannya yang sebanyak 5,600 muka surat. (menurut Republican).

Perjanjian TPP akan dikuburkan jika Donald Trump berjaya dilantik sebagai Presiden Amerika yang baru. 


TPP ialah perjanjian yang teruk. Kenapa kita perlu tandatangani perjanjian dengan negara2 yang kita sudah ada perjanjian perniagaan dengannya? Kenapa kita perlu promote free-market yang tak free pun kepada rakyat Amerika berbanding fair-market, ujar Trump dalam satu kenyataan menentang perjanjian TPP.

Berbanding TPP, Trump lebih favor kepada perjanjian one by one. Satu perjanjian dengan satu negara. Lebih spesifik dan memerincikan keperluan masing2.

Currency manipulation adalah antara perkara yang Trump kritik dalam perjanjian TPP. Menurutnya currency manipulation melemahkan matawang Amerika dan negara seperti China dan India mengambil kesempatan ke atasnya.

Bagaimanapun India dan China sebenarnya tidak tertakluk langsung dalam perjanjian TPP neh. Hahaha. Sesungguhnya Trump mengkritik tiada mana-mana wakil rakyat demokrat membaca perjanjian TPP yang bermuka surat 5,600 seolah2 membayangkan macam dia baca tetapi dia pun kelaut juga..

Industri automotif tempatan menurut Trump akan hancur dengan TPP. Negara2 TPP mengambil kesempatan. Kereta mereka dijual murah di negara US manakala kereta US kekal dijual mahal di negara2 TPP bagi melindungi industri kereta nasional dan bagaimana US boleh mendapat manfaat darinya bidas Trump.

Antara lain, Trump menyatakan TPP akan menindas hak pekerja US di mana Vietnam akan menawarkan tenaga buruh yang lebih murah berbanding tenaga kerja tempatan. Persaingan ini tidak adil kata Trump dan memperbodohkan rakyat Amerika.

Sungguhpun Trump secara kerasnya dan konsistennya menolak TPP itu bukan bermaksud Trump benar-benar akan menolaknya selagi mana belum ada apa2 perkara yang memuktamadkan perkara tersebut.

Buat masa sekarang, kita mungkin boleh menarik nafas lega tetapi kita masih belum boleh gembira selagi TPP belum disahkan terbatal.

Dasar luar Trump tentang Israel, Palestine, militan, Islam dan terorist sebenarnya sangat double standard dan racist.

Dengan membayangkan semua umat Islam ialah terroris, Trump ialah racist. Tetapi macam mana pula Trump boleh mengiktirafkan Najib sebagai PM kesayangannya? Najib kan orang Islam? Ke betul cakap Zahid Hamidi kat berita tadi yang konsep wassatiyah diiktirafkan berjaya dan berkesan oleh UK sehingga mereka mahu belajar dari kita tentangnya bagi menanggani terroris?

Najib = orang Islam = wassatiyah = Trump = anti muslim = pro Israel = sayang Najib ? Rahsia kejayaan Najib mungkin terletak pada konsep wassatiyah? Seriously?

KAHKAHKAHKAH!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...