Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 9 November 2016

Haram Turun Perhimpunan Dibiayai Yahudi (Bersih 5) Kata Mufti Perak.

Menurut laporan yang disiarkan menerusi Buletin Utama, saluran tv3, berita tempatan, Tan Sri Harussani Zakaria telah mengeluarkan satu kenyataan bahawanya haram hukumnya umat Islam sertai himpunan dibiayai Yahudi. 

Oleh kerana BERSIH 5 baru-baru ini dikaitkan dengan pertuduhan dibiayai Yahudi dan Soros, sudah tentulah BERSIH 5 yang diperkatakan oleh mufti Perak berkenaan.

 
Cara ia dilaporkan oleh tv3 ialah seolah-olah membayangkan Harrusani sedang mengeluarkan fatwa dan jika melanggar fatwa itu maka umat Islam yang mahu/telah turun ke perhimpunan Bersih 5 baru sahaja melakukan perbuatan 'haram'.

Hehe.

Aku tak turun BERSIH 5. Tetapi sapa nak turun atau sapa taknak turun ia adalah atas hak masing-masing.

Sepertimana kita meraikan hak Jamal berhimpun, seperti itu kita akan meraikan hak BERSIH 5 untuk berhimpun. Troll, kritik, kutuk, bidas dan bagi pandangan cerita lain namun hak meraikan kepelbagaian pandangan di Malaysia ini perlu diadili secara saksama.

Jika kita boleh raikan perhimpunan bangang-bangang macam Merah takan kita nak menutup peluang kepada kumpulan BERSIH 5.

Sepertimana hak Jamal untuk berhimpun termaktub dalam perlembagaan terjamin, seperti itulah hak penyokong2 BERSIH 5 untuk turun berhimpun terjamin.

Apahal pula nak keluarkan satu kenyataan double standard dan terpilih sebegini?

Buat orang caci maki Islam je tak pasal-pasal. 
Tak faham aku.

Untuk rekod, baru2 neh Jamal turun berdemo di pejabat Malaysiakini bahkan kumpulan Hitam sarkis (yang curi tema anarkis dan sosialis) pun turun berdemo di bangunan pejabat LGE, tak payah susah payah mohon permit 10 hari dari tarikh berhimpun pun, takde sesiapa yang berkuasa nak bagi amaran ke siasat ke apa bagai.

Nampak?

Kita kena terbuka sama bila kita paksa orang lain terbuka. Jangan kita je nak kena meraikan hak demokrasi kita hak demokrasi orang lain, kita pijak pula. Bangang namanya tu beb.

KAHKAHKAHKAH.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...