Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 8 November 2016

Kenapa Hilang 9b Dalam ECRL? Ini Penjelasan Dari Menteri - Bloggers UMNO Kantoi Kaw2.

Episode pertama disini. Mana pergi 9b, soal netizens.

Episode kedua disini : 9b tak hilang, sebaliknya termasuk projek keretapi Gemas.

Ini adalah jawapan yang aku petik menerusi sidang parlimen malam ini. Jawapan ini dibacakan oleh Rahman Dahlan, menteri dalam JPM sekarang neh.

Ia adalah respon daripada soalan MP Kuala Nerus. Menurut kenyataan menteri, angka yang disebut Najib sebanyak 55b ialah benar. Dan apa yang dilaporkan menerusi laman web CCCC juga adalah benar.


Bagaimana kedua-duanya boleh menjadi benar?

Hah, ini lah jawapan Rahman Dahlan. Kos 46b ialah merujuk kepada pembinaan laluan rel keretapi sebanyak 600km. Laluan itu dari Tumpat - Gombak, Gombak-Tumpat. Kos pembinaan ialah 46b. 

Manakala 9b lagi ialah laluan tambahan yang akan dibina dari Gombak-Klang, Klang-Gombak. Laluan ini sepanjang 88km. Maka apabila digabungkan kedua-dua projek ini kosnya ialah bernilai 55b banyaknya.

Dan, dalam respon Rahman di Parlimen tadi, tak pula dinyatakan siapa yang akan membina laluan keretapi tambahan tu. Cuma menteri menyatakan laluan tersebut bernilai 9b kerana tanah2 di sekitar KL mahal harganya.

Rahman juga menyatakan syarikat CCCC hanya diberikan tender untuk membina laluan keretapi berkembar manakala segala perkara berkaitan pengoperasian adalah dibawah seliaan kerajaan Malaysia.

Dalam perbahasan tadi juga, Rahman menjelaskan bahawanya ketika berlangsungnya sesi tanda-tangani MoU projek ECRL, presiden China Xi Jinping turut menghadiri. Jika pembangkang mahu menuduh CCCC ialah syarikat rasuah dan korup maka ini turut melibatkan intergriti dan reputasi presiden China. Memandangkan syarikat China CCCC ini mempunyai pengaruh yang besar di China. Kerana syarikat ini sebetulnya dipunyai oleh kerajaan China. 

Dan, menteri juga turut menjawab tentang CCCC yang disenaraihitam oleh bank dunia. Menurut menteri, yang disenaraihitam itu ialah anak syarikat CCCC dan akan ditarikbalik pada Januari 2017.

Jika korang ada baca episode kedua, bloggers UMNO sebenarnya ada sebarkan bahawanya laluan keretapi ECER turut terlibat dalam projek ECRL tu sebab kosnya 55b. Sekali menteri dorang jawab lain. Kat sini boleh nampak yang bloggers UMNO suka sebarkan benda yang karut marut bagi mengekang tanggapan negatif ke atas kerajaan. Walaupun takde fakta.

Apa pun, dalam sidang tadi, ada satu persoalan menarik yang aku jumpa. Pinjam 55b. Tetapi apakah kita bayar 55b? Hah, ini menteri langsung tak jawab. 

Menteri cuma jelaskan ;

1. 7 tahun untuk membina laluan keretapi.

2. Kerajaan akan bayar pinjaman macam biasa selama 20 tahun tetapi dalam 7 tahun ini kita dikecualikan bunga. Aku dengar ini. Tapi rasa macam kena dengar balik perbahasan tadi.

3. Seterusnya pada tahun kelapan kerajaan akan mula membayar pinjaman (prinsipal + bunga) sehingga pinjaman selesai pada tahun ke 20.

Dan ya, apabila Kuala Nerus atau mungkin MP lain, maaf terlalu laju tak dapat nak catit, bertanya berapakah jumlah bunga yang akan dibayar oleh kita, Menteri Rahman Dahlan tak jawab (buat2 macam tak dapat soalan tu). Aku rasa kita berhak tahu tentang ini juga.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...