Majistret JB benarkan Aduka Taruna ditahan reman selama 3 hari. Laporan polis dibuat oleh seorang anggota polis dari Balai Polis JB Utara pada 7 Januari 2016. Ia berkaitan status Facebook yang dimuatnaik oleh Aduka Taruna pada 22 Jun 2015 (6 bulan yang lalu).
Status tersebut ialah :-
"Ni Aduka nak jawab TMJ secara demokrasi. Lu orang berhak setuju atau bantah jawapan gua.Menteri dibayar gaji oleh rakyat. Dan mereka bekerja. Apa kerja yang menteri buat ada 2. Satu baik. Satu jahat. Kita lawan yang jahat. Dan boleh kutuk / lawan tanpa ditangkap sangat (risiko ditangkap rendah).Sultan dibayar gaji mereka oleh rakyat. Tapi tak bekerja pun. Atas dari perlembagaan. Ada kala perbuatan mereka baik. Ada kala perbuatan mereka jahat. Tapi, tak boleh kutuk / lawan langsung perbuatan yang jahat itu (risiko ditangkap yang tinggi). Ditafsir melawan perlembagaan.Kalau sultan dan kerabat nak sertai bab politik, buka uniform la. Sarong baju politik. Macam Ku Li. So, kami boleh kutuk dan lawan jika mereka salah. Bagaimana pun, walau gua anti monarki, atas perlembagaan yang sedia ada ketika ini, mana2 nasihat sultan kepada menteri, adalah berhak."
Sumber : Asiah Abdul Jalil
Berita 13 Jun 2015.
Aduka Taruna muatnaik status pada 22 Jun 2015.
Tiada beza kedua-dua kenyataan ini (Nazri Aziz & Aduka Taruna).
Perkembangan susulan ;
Reman 3 hari untuk Khairul Nizam
9 Januari 2016, Johor Bahru
Khairul Nizam Abd Ghani, atau lebih dikenali dengan nama penanya Aduka Taruna, telah dibawa ke depan Majistret Johor Bahru setelah ditahan semalaman. Pihak polis telah mendapatkan perintah reman 3 hari ke atas Khairul Nizam untuk siasatan.
Khairul Nizam ditahan di bawah Akta Hasutan semalam (8 Januari 2016) di kediamannya di Kelantan dan dibawa ke Johor Bahru untuk reman. Beliau ditahan atas posting facebooknya yang dibuat pada bulan Jun tahun lepas.
Khairul Nizam telah pun ditahan sebelum ini pada 28 Disember apabila beliau menyerah dirinya untuk disoal siasat tentang posting facebooknya seperti yang diminta oleh pihak polis. Tetapi tidak sampai dua minggu selepas itu, Khairul Nizam ditahan lagi kerana posting facebook juga.
--------------------------
Ini kenyataan media PDRM ;
---------------
Oke.
1. Secara jujurnya aku tak nampak tang mana fitnahnya Aduka kepada institusi monarki Johor.
2. Status tersebut pada aku biasa-biasa sahaja.
3. Dengar khabar bahawanya laporan polis dibuat oleh polis kemudian polis-polis mai serbu rumah Aduka untuk dibawa ke JB. Bukan orang awam yang buat laporan. Laporan pada 7HB dan 8HB Aduka dibawa ke balai JB.
4. Usaha terancang.
5. 3 hari direman, kalau kena di bawa akta hasutan maka Aduka mungkin melalui nasib seperti Khalid.
6. Reman berganti reman, dinafi hak ikat jamin dan etc etc. Ini yang kita taknak.
7. Isteri Aduka masih berpantang. Baru lahirkan anak ketiga.
8. Tolerate sikitlah monarki. Apatah lagi status berkenaan lebih kepada nasihat dan cadangan. Bukan penghinaan, makian ataupun kutukan menjatuhkan.
9. Kalau sungguh berlapang dada, gugurkan aje kes, bebaskan sahaja Aduka.
10. Kita hidup bukan tongkat harta, nama dan istana, semua akan ke kubur sama rata, sama merasa. Bawa-bawa la bertolak ansur dan bersikap terbuka.
Hmm..