Rabu, 6 Januari 2016

Bawa Bekal Atau Masak Di Pejabat Untuk Jimat Belanja Kata Menteri.


Ya Allah Ya Tuhanku.

Berikanlah kami kesabaran, ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi menteri-menteri bangang di Malaysia.

Amin.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hamzah Zainuddin menggesa kakitangannya untuk membawa bekalan tengah hari atau memasak makanan mereka di pejabat dalam menangani kos sara hidup yang kian meningkat, lapor China Press.

Hamzah dipetik sebagai berkata bahawa tahun 2016 akan menjadi tahun yang mencabar untuk negara ini kerana kelembapan ekonomi global di samping peruntukan bajet yang dikurangkan di kesemua kementerian dan agensi.

"Saya berbincang dengan Setiausaha Agung untuk melaksanakan beberapa langkah di jabatan untuk kakitangan kami. Kami tidak akan lagi menghidangkan makanan semasa mesyuarat selepas ini, dan semua kakitangan digalakkan untuk bawa makan tengah hari mereka sendiri [ke pejabat].

"Bermula esok, saya juga akan membawa beras saya sendiri untuk memasak di pejabat. Saya mengalu-alukan mereka yang ingin menyertai saya pada waktu makan tengah hari, "katanya secara berseloroh.

Menyedari cabaran yang berada di masa hadapan, beliau turut berkata, "Kita tidak perlu takut kepada cabaran dan harus menghadapinya secara yakin. Kita juga perlu bekerjasama sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat kita".

Hamzah berkata banyak tuduhan yang tidak berasas telah dilemparkan terhadap kementerian itu tetapi berharap bahawa semua orang akan bekerja bersama-sama pada masa yang sukar ini.

Sementara itu, beliau turut menyatakan bahawa peruntukan bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah berkurangan sebanyak 16% dan 23% pada tahun 2015 dan tahun ini.

"Ini adalah bersamaan dengan hampir 40% pengurangan bagi [peruntukan bajet bagi kementerian itu] dua tahun yang digabungkan," katanya kepada akhbar tersebut.

"Kementerian telah mengadakan mesyuarat berhubung perkara ini dan kami akan cuba yang terbaik bagi membelanjakan peruntukan yang terhad dengan bijak. Pada masa yang sama, kami juga akan berusaha untuk mendapatkan semula hutang-hutang daripada pihak tertentu katanya.

Laporan asal China Press.
Laporan versi English Malaysian Digest.
Dialihbahasa oleh Ameno World.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...