Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 7 Januari 2016

2 Tahun Belajar Kejuruteraan, Berhabis 20 Ribu, Alih-Alih KUIN Tamatkan Kursus - Luahan Sedih Pelajar YG Teraniaya.

Bismillah. Maaf, terpaksa aku ceritakan. Anggap saja sabar aku kian menipis. Sudah lama didiamkan, demi masa depan, aku harus suarakan.

Semester ni semester yang paling sedih sepanjang aku belajar kat Insaniah ni. 13 Disember 2015, tarikh tu aku akan ingat sampai bila bila, hari pertama buka sem baru, melangkah aku penuh semangat nak belajar, sesampainya di bilik pensyarah, aku masuk untuk bertanyakan perihal jadual kelas padanya.

Pensyarah : Ohhh kamu Diana, awalnya datang sem ni. Hmmm, macam mana nak cakap ya, sem ni kamu boleh balik je rumah dulu kot, tak payah datang kelas.

Terkejutnya aku, Allah je yang tahu. Aku hairan tambah konfius.

Aku : Err, kenapa madam?

Pensyarah : Hmm, program Engineering akan di tutup.

Luruh jantung aku. 2 tahun aku belajar engineering ni. 2 tahun aku cuba cinta kos ni. 2 tahun aku struggle nak faham every subjects dia yang payah betul nak masuk dengan diri ni, nak blend every terms dalam diri ni, last last, senangnya pihak atasan nak tutup program ni macam tu ja. Allahurobbi.

Madam explain aku a lil bit, cerita serba sedikit. Aku dengar dengan senyuman. Speechless sebenarnya. Aku tahan air mata dari jatuh depan madam. Keluar je dari bilik madam, aku terus melangkah laju ke lif, turun ke tingkat paling bawah, meluru masuk ke dalam kereta, and ......... Yeah! 

Air mata tak dapat tahan lagi. Aku menangis dalam kereta. Menangis teruk seteruknya. Aku rasa down tahap tak tau nak cakap macam mana. Aku nak call mak ayah, tapi aku takut depa risau. Tupp tupp terlintas nak call kakak senior seorang ni, kak Hasanah nama dia.

Kak Hasanah : Hello, Assalamualaikum.. Diana.. Hello? Hello?? Diana ok dak ni?? Kenapa menangis ni? Diana??

Aku : ....... Air mata ja yang turun, tiada kata terluah. Teresak-esak aku menangis. Dan aku terus meluahkan padanya.

Itulah orang kata, kawan suka memang ramai, kawan duka ni payah nak cari. Esok tu juga, kakak-kakak senior ni mai turun Insaniah, depa buat aku tak rasa seorang diri dalam masalah ni. Kami jumpa pensyarah itu dan pensyarah ini untuk dapatkan penjelasan dan kebenaran.

Wahai pihak atasan, kini hampir sebulan kami menunggu penuh tanda tanya, tiada langsung penjelasan tentang masalah ini. Kami hanya mengharapkan pensyarah kami yang menjelaskan serba sedikit. Itu pun mereka ada limit untuk bercerita, cerita banyak nanti anda anda yang berada di atas buang/pecat mereka pula. Kami bukan boneka, walau kami minoriti, tapi kami juga pelajar kuin, kami ada hak kami.

Tak usah lagi menipu kami dengan pembohongan kosong, jawapan yang di cipta untuk menipu kami. Kami tak bodoh. Atas alasan apa anda anda di atas sana mahu tutup engineering? Masih mahu berkata soal kewangan? Habis mana pergi duit yuran yang kami bayar satu sem sampai 4/5 ribu. Bahkan aku sendiri tak dapat PTPTN atas kelalaian pihak pentadbiran sendiri. Setiap sem mak ayah aku korek duit untuk bayar yuran. Mahu berkata pelajar engineering kurang? Dah, siapa yang keluarkan arahan supaya tak ambil pelajar baru untuk intake yang baru? Mahu kata tak boleh ambil pelajar, sebab status PA dah tamat? 

Lepas tu, permohonan perbaharui PA tu ketua jabatan dah urusakan, dah hantarkan pada pihak HEA, tapi siapa yang uruskan hingga berlaku kelewatan dan langsung tiada follow up sama ada surat itu sudah sampai pada pihak MQA atau tidak? Salah siapa itu? Nak guna alasan apa lagi sekarang??? Nak kata pensyarah tak cukup untuk mengajar kami? Kenapa tak ambil pensyarah baru? Nampak sangat pihak pentadbiran sendiri tak nak support program engineering ni. Dari awal penubuhan lagi, ramai pihak yang bising dengan kuwujudan program ni. Susah payah Prof. Muslim bangunkan program engineering ni bahkan majukan Kuin, beliau juga yang design bangunan2 di kampus baru ni, usaha dan pengorbanannya yang sebegitu pun masih ada yang katakan dia nak jatuhkan kuin dari dalam. Allahurobbi.

Sedih la. Nama kolej universiti Islam. Tapi Islam dia tak nampak. Bahkan universiti biasa yang di luar sana kadang lebih islamik dari segak gerak kerja dan telus dalam berkerja.

Cukup-cukuplah wahai pihak atasan. Kami tak bodoh. Jangan ajar kami jadi penipu. Kami tahu kebenaran. Anda pandai mahu tutup program engineering ni, tapi solusi untuk menyelesaikan masalah ini, TIADA!! Mudahnya anda berkerja, lalu, solusi untuk pelajar di lepas kan pada pensyarah. SubhanAllah! Pensyarah sendiri yang kena fikir penyelesaian untuk students. Sedangkan pensyarah-pensyarah ini sendiri tak tahu lagi nasib depa lepas ni macam mana. Bila-bila masa saja depa ni boleh di tendang sebab status depa hanya sementara dan bukan kontrak.

WAHAI PIHAK ATASAN, sungguh anda zalim! Sungguh, kami teraniaya! Aku juga sangat bersyukur dan terharu ada universiti-universiti luar yang mahu tolong kami. Bahkan, mereka nampak potensi program ini di kuin. Mereka juga hairan dan berkata sangat rugi KUIN buang program ni. Tak banyak uni sekarang ni gabungkan kos profesional dengan nilai islamik macam kat kuin, contohnya, di samping kami belajar subjek2 engineering, kami juga belajar subjek bahasa arab, tafsir quran, sains hadis, akidah akhlak dan juga menghafal quran serta bermacam jenis lagi subjek Islam. Sungguh, KUIN rugi. Apakah pihak atasan merasakan program engineering ni tak mambwa manfaat apa apa seperti program pengajian Islam? Kalau begitu pemikirannya, sungguh cetek sekali cara anda anda berfikir. Fikir mudah sahaja, setiap bangunan perlukan engineer untuk membuatnya. Setiap universiti memerlukan pekerja engineer. Jadi, which part of tak guna program ni di mata anda??

Penat. Down. Semua ada. Aku tahu ini ujian dariNya. Aku masih bersabar. Tapi jangan uji kesabaran kami wahai yang di atas!! Sehingga kini, kami masih menunggu perjumpaan dengan anda-anda, berapa kali langsung anda mahu menangguh dari berjumpa kami? Anda takutkah?? Jangan takut, kalau anda di pihak yang benar. Tapi, semestinya anda perlu takut, andai anda memang bersalah!

2 tahun aku belajar engineering di Kuin, 20 ribu lebih telah di keluarkan sendiri semata untuk yuran, tak masuk dengan duit rumah sewa dan sebagainya lagi. Semester ni, anda-anda yang di atas nak kami kerugian berapa RM lagi?? Kami bayar duit rumah sewa, tapi kami tak dapat pergi belajar?? Tak rugi ke namanya??? Rugi duit, rugi masa. Allahuakbar. Tolonglah, tolong. Selesaikan masalah ini secepatnya. Yang dah berlaku, memang dah berlaku, tapi biarlah penyelesaiaanya setimpal dengan “harga” kerugian kami. Tujuan aku cerita ni, bukan nak buka aib ke apa, tapi aku tak nak pelajar lain pulak di zalimi macam ni. Kalau nak ikut prosedur dengan bagi surat, aku rasa banyak dah surat kawan aku bagi, tapi tiada apa pun tindakan.So, aku cuba cara ni, dengan harapan sampailah pada pihak berkenaan dan depa baca dan fahami hati kami.

Moga Allah bagi syurga pada pensyarah yang dedahkan/jelaskan masalah ni pada kami tanpa bersembunyi/berselindung. Moga Allah bagi syurga pada pensyarah yang bertungkus lumus fikirkan idea dan selesaikan masalah kami ini. Moga Allah bagi syurga pada pensyarah yang cuba mempertahankan program engineering ini sehabis daya. Aamiin.

Andai arwah Ustaz Azizan masih ada,
Ingin sekali aku mengadu padanya.

Insan teraniaya,
Nur Diana .

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...