Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 7 Januari 2016

Gambar2 Keadaan Asrama SMK Batu Yang Tersangatlah Daif.. - Mesti Baca & Sebar!

Malas nak karang point. Hujah-hujah aku pun asyik ulang-ulang je. Dah takde yang baru dah. Agaknya dah ada yang hafal kot. Ringkasnya, menteri hanya mengutamakan untuk menguprade aka menaiktaraf bangunan tempat kerja sendiri, kemudahan-kemudahan yang perlu menteri gunakan dan juga perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan dengan kementerian supaya mereka senang dan selesa buat kerja.

Yang ke rakyat?

Kalau boleh bagi la yang paling cikai nak mampos.
Lagi cikai lagi jimat lagi baik.
Kalau tak dapat bagi apa-apa pun takpe.
Tunggu la rakyat bising baru terhegeh-hegeh buat kerja tunjuk prihatin.
Itupun mereka tak pernah bersalah.
Mesti ada je orang lain yang disalahkan.
Menteri tak ada yang salah.
Semuanya baik suci sempurna betul dan bagus.
 
Lue fikirlah sendiri.

Lihat gambar-gambar kat bawah neh dan renung-renungkanla.. jika korang rasa sekolah kat pekan-pekan daif ketahuila ada sekolah di pedalaman lebih daif lagi dari itu.. aku jenis suka perhatikan keadaan sekolah. Pergi mana-mana kawasan di Malaysia neh pun, aku suka tengok sekolah. Aku ada matlamat pada sekolah Malaysia neh. Selain mempunyai harapan mahu semua sekolah disatukan di bawah satu sistem (takmo jenis sekolah jenis kebangsaan cina ka tamil apa semua) aku juga berharap prasarana sekolah kita setanding dengan luar negara. Ia perlu diselaraskan dengan perkembangan semasa..

Sebab tu aku suka tengok sekolah-sekolah dan simpan angan-angan itu.

Bila aku tengok sekolah di kawasan daerah-daerah, pekan-pekan kadang2 rasa nak menangis. Setakat pintu kopak, cermin pecah, meja berserabut, kipas rosak ia pemandangan biasa. Cat luntur, dinding koridor sekolah yang agak rendah dan membahayakan, ia pun perkara biasa.

Tapi aku tak pernah fikir bahawa apa yang aku lihat selama neh hanyalah benar-benar perkara biasa. Kerana yang luar biasanya sebenarnya ada kat bawah neh ;









Sumber : SRS

Wawasan 2020?

Sekolah kat atas neh masih wujud pada tahun 2016. 4 tahun dari sekarang.

Transformasi? PKPK? Menuju ke arah negara maju? Berpendapatan tinggi?

KEPALA HOTAK KAU BERJAMBUL! Ada duit bina menara itu ini. Ini anak bangsa kau perlukan suasana sekolah yang selamat dan selesa kau tak bagi.

Alasan? Dulu2 ko pun belajar dalam suasana macam neh malahan lebih teruk lagi. Zaman sebelum merdeka nak banding dengan selepas merdeka?

Kalau macam neh layanan selepas merdeka, mungkin kita tak patut merdeka sejak dari awal lagi. Rasanya BRITISH pun reti nak upgrade fasiliti negara yang mereka jajah kot.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...