Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 8 Januari 2016

Selepas Kena Kutuk KAW-KAW, Menteri Kata Dia Buat Lawak Je Pasal Isu Bawa Bekal.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Buat lawak ek?

Kelakar la lawak kau. Ini mesti takut kena pecat / ganti macam Hasan Malek kan? Jawatan yang kau pegang tu memang skandal sikit. Menteri-menteri yang pernah pegang jawatan tu semua dapat label bodoh-bodoh belaka dengan Hasan Malek sebagai bekas menteri yang paling terbodoh sekali pernah memegang jawatan tersebut. 

Sejujurnya. Bukan la nasihat bawa bekal tu salah. Ada kebenarannya. Tetapi balik-balik kita aje kena berjimat memang la kita marah. Sudah la disuruhnya bawa bekal, lepas tu siap kata nak masak kat office. Pale b*** betui.

Yang patut ko nasihat ialah kat bawah neh hah ;

Boros-boros rakyat pun guna duit sendiri, cari sendiri, usaha sendiri, tenaga sendiri. Ko semua boros tu guna duit sapa pula?

NAMPAK TAK KAT SITU?

Keh Keh Keh

First episode kat sini.

Selepas kena kecam, ini kenyataan susulan menteri KPDNKK berkenaan ;

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hamzah Zainuddin menegaskan bahawa isu 'bawa bekal' ke pejabat bagi menangani kos sara hidup hanya sebagai gurauan beliau bersama pegawai-pegawai kementerian.

Beliau berkata, media sepatutnya tidak menjadikan perkara itu sebagai isu besar kerana itu adalah cara beliau untuk bermesra dengan pegawai-pegawai ketika himpunan bulanan kementeriannya

"Itu saya begurau dengan pegawai di himpunan bulanan bukan (ucapan) ditujukan oleh rakyat.

"Lepas ini saya tak boleh buat lawak lagi kena jadi sangat serius dengan kamu semua (media)," katanya sebelum memulakan sidang media Jawatankuasa tertinggi bagi menangani kos sara hidup semalam.

Kelmarin isu bawa bekal menjadi kecoh di media sosial sebaik sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan menteri menggesa kakitangannya untuk membawa bekalan tengah hari atau memasak makanan mereka di pejabat dalam menangani kos sara hidup yang kian meningkat.

"Saya berbincang dengan Setiausaha Agung untuk melaksanakan beberapa langkah di jabatan untuk kakitangan kami. Kami tidak akan lagi menghidangkan makanan semasa mesyuarat selepas ini, dan semua kakitangan digalakkan untuk bawa makan tengah hari mereka sendiri [ke pejabat].

"Bermula esok, saya juga akan membawa beras saya sendiri untuk memasak di pejabat. Saya mengalu-alukan mereka yang ingin menyertai saya pada waktu makan tengah hari, "katanya secara berseloroh. -SH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...