Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 10 Januari 2016

"Jika Bauksit Dihentikan Kami Nak Makan Apa", Soal Peneroka - Makan Lah 1.2 Juta YG Kamu Dapat Hasil Dari Perlombongan Bauksit!

Sembang-sembang.

Selama neh orang sakit dek bauksit haram peduli.
Perniagaan terjejas, kesihatan orang awam terjejas, keselamatan terjejas, anak-anak pulang sekolah hidu bauksit, sampai ada kes guru wanita yang terkorban dek lori bauksit pun tak insaf-insaf lagi puak-puak peneroka neh. Sedangkan itu diri mereka juga yang bersubahat dengan kegiatan yang merosakkan dan memusnahkan alam sekitar.

Berlaku banjir bauksit.
Remaja pernah lemas dek kolam bauksit yang terdedah (tak ditutup, dibiar tanpa amaran).
Jalan awam kotor.
Kereta orang kotor.
Kedai-kedai makan ditutup dek debu bauksit.
Ini semua macam mana?
Mana peneroka-peneroka tu semua?
Pemilik premis perniagaan tepi jalan tak perlu makan? 
Dorang tak perlu mencari rezeki?
Petik sireh terus jadi duit?
Dapat berjuta pentingkan diri.
Sekarang sembang serupa macam kena naya.
Padahal time terima duit berjuta gelap mata.

Kita tengok pengakuan geng-geng korang sendiri ;


Korang sendiri pun sembang terima deposit berpuluh ribu ;


Itu yang atas paper. Yang tersorok tatau berapa banyak lagi. Almaklumla, tengah nak meraih simpati. Kena la main emosi.

Antarany ;



Macam neh punya agreement, bapak gila mewah pun komplen macam nak mati bila bauksit dihentikan sementara selama 3 bulan?

Kecoh-kecoh.

1. Bauksit dihentikan selama 3 bulan jek pun.

2. Aku tak meraikan pun tindakan berkenaan.

3. Pada aku dalam proses kerajaan nak bersihkan pelabuhan/jalan tu semua menggunakan duit pembayar cukai. Akhirnya siapa yang rugi?

4. Itupun henti sementara. Then sambung. Then henti. Then sambung. Apa kesudahannya?

5. Untuk cari port sementara letak bauksit yang dah dikorek tu. Tah-tah berlaku pencemaran di kawasan lain pula. 

6. Lebih bijak sikit jika kerajaan dari jual bauksit tukar kepada proses bauksit. Beberapa perkara boleh diatasi serba sedikit walaupun tak menyeluruh. Alang2 kita semua nak mampos dengan merosakkan alam sekitar neh biarlah berbaloi2 dengan harga yang perlu dibayar. Itu point aku.

7. Buka kilang di kawasan pendalaman untuk proses bauksit juga sediakan peluang pekerjaan.

8. Dapat jana ekonomi tempatan juga boleh bangunkan kawasan setempat.

9. Boleh kurangkan pencemaran dan debu2 bauksit ketika mengangkut dengan membina kilang berhampiran kawasan yang banyak bauksit.

10. Gunakan kenderaan bertutup untuk angkut bauksit apabila ia perlu lalui kawasan jalan raya awam.

11. Kerajaan untung kita pun boleh jual aluminium tersebut. Tidak terhad pada China bahkan pasaran dunia. Lepas tu bila semua kita dah tarah dan rosakkan, kita cari port lain pula untuk dirosakkan kat Malaysia neh. Marikh neh kita campak sahaja kepada geng-geng alien.

Tengok ini juga ;

 
Belum cukup rosak.

Selagi masih hijau selagi itu masih ada peluang untuk dirosakkan.

Pendirian aku dalam isu bauksit better ia dihentikan terus. Kementerian kesihatan pun dan-dan keluarkan pendapat yang lebih kurang. Padahal selama berbulan2 orang dok lawan dia diam aje. Tertelan sireh lebih kot yang tetiba laju2 mengulas isu kesihatan dan bahaya bauksit pada alam sekitar. (rujuk)

Pada saat bauksit dah masuk ke laut, mencemar sungai dan hidupan sehingga memaksa kerajaan tunduk pada tekanan selepas ditroll kaw-kaw (rujuk) ;

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mengesahkan fenomena laut merah di sekitar Kuantan berpunca daripada lambakan stok simpanan bauksit di Pelabuhan Kuantan, Pahang yang mengalir ke laut.
Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, berdasarkan ujian terhadap sampel air yang dilakukan pada Mei hingga November lalu, kualiti air berada di kelas ketiga iaitu air memerlukan rawatan intensif.

"Kualiti air belum sampai di tahap kelima yang diklasifikasikan tercemar teruk dan bahaya...ini yang kita dapat sebelum ini tetapi keputusan terbaru masih belum diperolehi yang dijangka akan diketahui dua minggu lagi.

"Fenomena itu berpunca daripada tanah merah yang mengalir ke dalam laut daripada stok simpanan bauksit di pelabuhan," katanya dalam sidang media khas di sebuah hotel di sini, hari ini.
Wan Junaidi berkata, pihaknya tidak mahu menafikan perkara ini seperti sesetengah pihak kerana punca utama laut bertukar merah adalah disebabkan bauksit.
 
Bauksit sepatutnya dihentikan terus. Jika sungguh kita faham bahawa alam sekitar itu penting pada kelangsungan hidup kita la kan. Bukannya duit. Duit berkepuk pun tak guna kot kalau takde udara yang sihat, air yang bersih apatah lagi hutan2 yang menghijau. Mati juga kita tanpa alam sekitar neh.

Apatah lagi. Tiada jaminan masalah yang sama tidak akan berulang kelak.

Apa2 pun aku perati je perangai Wan Junaidi neh. Menteri pun cakap kias-kias. Siapa yang dia nak sindir tah. Monarki ke KPC ke aku pun tak sure.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...