Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 14 Januari 2016

Sebelum Ubahsuai Bajet, Buang Dulu 9 Penasihat & Duta Khas Ini Wahai Najib Razak.

Ini muka-muka penasihat khas Najib yang sampai sekarang haram aku faham keperluan dan peranan mereka dalam pentadbiran negara ;
 

Dan blogger UMNO menulis ;
 
Perdana Menteri, Najib Razak dijangka akan membuat pengubahsuaian terhadap Bajet 2016 pada 28 Januari ini yang secara mudahnya adalah disebabkan negara tidak cukup wang untuk melaksakan projek dan program yang sudah dirancang.

Penyumbang utama ketidakcukupan wang negara adalah kerana kejatuhan harga minyak dunia yang begitu mendadak, selain turut disebabkan nilai ringgit yang rendah serta ekonomi dunia yang lemah.

Ketika Bajet 2016 dilaksanakan, harga minyak mentah dunia ialah sekitar US$48 satu tong , tetapi penurunan terus berlaku sehingga kepada US$31 satu tong ketika ini.

Pakar-pakar ekonomi juga menjangkakan harga minyak mentah dunia akan terus turun lagi.

Walaupun Najib pernah menyebut bahawa cukai GST yang dilaksanakan adalah penyelamat ekonomi negara berdasarkan kutipannya sebanyak lebih RM30 bilion sehingga Disember 2015, namun penurunan berterusan harga minyak menyebabkan banyak perancangan bajet bakal tergendala.

Soalnya, apakah pengubahsuaian, penyelarasan dan penjimatan Bajet 2016 yang akan diumumkan Najib pada 28 Januari nanti? 

Berapa banyak akan dipotong? Apakah ia akan menjejaskan kesejahteraan rakyat?

Sementara penantian tarikh itu, ada baiknya Najib turut mengambil kira penjimatan yang satu ini iaitu menghapuskan semua penasihat atau duta khas bertaraf menteri yang dilantiknya kerana semua perlantikan itu jauh lebih membazirkan wang rakyat.

Sehingga ini terdapat sembilan penasihat dan duta khas yang dilantik Najib dan semuanya adalah bertaraf menteri yang bermakna mereka mendapat gaji, elaun dan kemudahan seperti seorang menteri juga.

Sudahlah saiz kabinet kita merupakan paling besar dengan jumlah 36 menteri untuk penduduk seramai 30 juta orang, ditambah dengan sembilan lagi penasihat dan duta khas bertaraf menteri, ahhh...betapa banyaknya pembaziran di sini saja.

Penasihat khas Perdana Menteri  bertaraf menteri itu terdiri daripada Abdullah Md Zin (agama), Zainal Abidin Osman (koridor utara), Rais Yatim (sosial dan budaya), Shahrizat Jalil (pembangunan wanita), Noh Omar (untuk Selangor) dan Shaziman Abu Mansor (penasihat khas politik menggantikan tempat Allahyarham Jamaluddin Jarjis)

Duta khas Perdana Menteri bertaraf menteri pula ialah Samy Vellu (India dan Asia Selatan), Ong Ka Ting (China) dan Tiong King Sing (Asia Timur merangkumi Jepun, Korea Selatan dan Taiwan).

Tidakkah semua penasihat dan duta khas ini suatu pembaziran? Sudah ada 36 anggota kabinet yang boleh memberi nasihat dan pandangan kepada Perdana Menteri serta duta-duta di seluruh dunia mewakili negara, apa perlunya lagi penasihat dan duta khas itu?

Ternampak bahawa semua perlantikan itu hanyalah untuk memberi imbuhan, kedudukan, gaji dan kemewahan sedangkan tidak kelihatan tugas dan peranan yang mereka mainkan.

Sebelum Najib melakukan pengubahsuaian lain dalam Bajet 2016 untuk menyesuaikannya dengan kedudukan ekonomi semasa, kedudukan sembilan penasihat dan khas itu seharusnya lebih dulu diambil kira.

Selain ramai yang mempertikaikan apa nasihat dan kerja mereka yang bermanfaat untuk rakyat dah negara, membuang mereka jauh lebih mendatangkan kebaikan dan penjimatan kepada wang negara. 

Bahkan jika sembilan orang ini ada maruah dan ingin sama-sama menyumbang untuk kebaikan negara, mereka juga seharusnya mengundur diri secara sukarela dengan segera. (SH 14/01/2016)

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...