Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 8 Mac 2015

Genap Setahun #MH370 Hilang Tanpa Berita.


Baby yang baru lahir tahun lepas dah pun boleh berjalan. Ada perkembangan. Tapi MH370 yang hilang secara misteri masih lagi tidak ditemui selepas setahun berlalu. Ketika ini ;

- Australia sedang mengkaji samada mahu teruskan pencarian atau kurangkan (skop) tugas.

- Kawasan pencarian kini dikecilkan.

Di ambang 8 Mac 2015, beberapa hari yang lepas kita dikejutkan dengan teori demi teori yang muncul bagi memanaskan semula insiden kehilangan #MH370.

Antara teori yang muncul ialah MH370 dirampas oleh pihak Rusia.

Nampak sangat teori dibuat demi memanaskan jalan cerita kehilangan #MH370. Pihak2 yang membuat teori neh juga sebenarnya sangat mementingkan diri sendiri. Pada hari ini, jika kita tengok laporan akhbar pelbagai arus perdana dan alternatif kita dapati ada sesuatu persamaan di antara laporan2 mereka tentang MH370.

Iaitu ahli2 keluarga mangsa sebenarnya benci kepada teori-teori tersebut.
Mereka berharap pihak yang keluarkan teori boleh berhenti bercerita tentang apa-apa teori sehinggalah ia dibuktikan sahih atau fakta.

Pada mulanya aku tak nampak bagaimana teori2 itu boleh menyakiti ahti ahli keluarga mangsa. Tapi lama kelamaan akhirnya aku tahu. Teori2 itu sebenarnya berperanan menyebabkan ahli keluarga mangsa terjejas. Lebih2 lagi keluarga kapten Zaharie. Menurut luahan anak kandung Zaharie sendiri, keluarganya dipandang serong dan disalah anggap selepas teori bapanya bunuh diri (dan membunuh anak kapal) angkara Anwar didapati bersalah dalam pertuduhan liwat.

Jangan tidak tahu. Teori itu akhirnya disebarkan secara meluas oleh bloggers UMNO tanpa memahami bagaimana perasaan ahli keluarga kapten Zaharie dan membayangkan seolah2 laporan pemberitaan luar negara semestinya fakta kes. Sama macam puak2 pembangkang juga la. Mereka fikir media berpropaganda hanya wujud di Malaysia dan media luar semestinya telus sedangkan media propaganda ini wujud di mana-mana negara dan dalam apa-apa peringkat sekalipun. Setiap yang dilaporkan media bermaksud pemberitaan. Dan pemberitaan ialah merujuk kepada laporan oleh seseorang wartawan akan sesuatu kejadian. Laporan tidak semestinya fakta kes. Mereka hanya melaporkan apa yang orang sebut. Jika orang sebut A pembunuh, bukan bermaksud A semestinya pembunuh. Jika media antarabangsa mengeluarkan teori kapten Zaharie bunuh diri tak semestinya kapten Zaharie mesti membunuh diri.

Dan teori2 ini serta pelbagai teori2 lain disebarkan secara meluas oleh pelbagai lapisan media sehingga memaksa waris mangsa MH370 tampil di media secara terbuka, merayu dan menyeru agar semua spekulasi dan teori2 yang tidak berasas tentang MH370 dihentikan.

Macam mana tertekannya mereka, kita buat melalui laporan dan penulisan kita kan?

Sejujurnya. Pada aku. Apa yang ramai dari kita terlepas pandang ialah kaji dan nilai kelemahan dan kesalahan diri sendiri dalam berhadapan dengan insiden besar seperti MH370.

Aku dapati hubungan rakyat Malaysia sesama sendiri sangat rapuh dalam berhadapan dengan musibah besar seperti tragedi MH370. Selain dari suka tunjuk pakar di media sosial, kita juga suka tunjuk bagus dan tunjuk gaduh.

Kita ada kumpulan yang suka kritik dan hukum melulu seperti geng2 pembangkang dan kerajaan.

Kita ada kumpulan yang suka sebar teori tak berasas seperti wartawan ekpress.

Kita ada kumpulan yang suka buat andaian merepek seperti pakar segala pakar takde yang paling pakar melainkan dia la yang paling terpakar sekali di dunia.

Kita ada kumpulan yang suka troll meskipun melibatkan insiden yang menyedihkan seperti pakar trollers' seMalaysia.

Dan selepas setahun, aku dapati minda dan pemikiran kita tidak banyak berubah. Tragedi MH370 tidak hanya memberikan kesan kepada mangsa dan waris tetapi kepada rakyat Malaysia itu sendiri jika kita mahu memahami apa yang tersirat.

Kita perlu belajar bagaimana mahu membetulkan semula organisasi MAS sehingga menjadi semula jenama yang mendapat kepercayaan dunia luar disamping memberikan keuntungan kepada negara.

MAS kini jatuh dan semakin teruk selepas tragedi MH17. Kerugian MAS tidak hanya memberikan kesan kepada MAS tetapi rakyat Malaysia itu sendiri. Selain dari faktor kos operasi, keuntungan, wang pembayar cukai akan digunakan bagi membail-out kerugian MAS. Jika kakitangan MAS kehilangan kerja it does effected kadar penganguran dan ekonomi negara.

Alangkah bagusnya jika kita berganding bahu membantu MAS memulihkan semula intergritinya dengan bersama2 bercakap benar dan bukannya menjadi pembohong seperti penyokong2 kerajaan yang lebih gemar tutup lubang masalah dengan penipuan berbanding cari jalan selesaikan masalah lubang tersebut?

Kritikan kepada tentera juga langsung tidak dipedulikan. Sekurang2nya pihak tentera perlu fahami kenapa mereka perlu bertanggungjawab dalam insiden kehilangan MH370. Lambatnya mereka bertindak berkongsikan maklumat bukan auta bukan tuduhan ataupun menghukum secara melulu sebaliknya fakta dan ini terbukti apabila ICAO sendiri bentangkan hasil kajian mereka untuk proses analisa. Itu tak masuk lagi pesawat MH370 dilaporkan berpatah balik dari laluan asal ke arah Pulau Pinang dan kemudiannya tarik semula laporan berkenaan. 

Semua perkara2 macam neh takde sesiapa pun yang berani nak bertanggungjawab, mengaku salah dan minta maaf sekurang2nya. Pemimpin dan pegawai tertinggi kita lebih gemar menyalahkan pihak lain, ataupun cover kesalahan dengan alasan bodoh. Paling bijak pun yang mereka buat ialah diam tanpa respon apa-apa. Biar la orang nak kritik apa pun tapi tak pernah terfikir nak membetulkan tindakan sendiri.

Yang aku paling pelik. Tidak kah pihak tentera kita menjaga laluan udara kita serapinya seperti yang diamanahkan apabila radar mengenalpasti pesawat 'asing' tukar laluan (guna ruang udara Malaysia) tanpa memaklumkan apa-apa? Dan sampai sekarang, ada mereka mengaku salah atau ambil apa-apa tindakan bagi membetulkan kelemahan tersebut? Sudah berapa banyak peralatan ketenteraan di upgrade mengikut kesesuaian dan keperluan pihak ketenteraan berbanding tukar ikut selera menteri yang tatau apa-apa tentang skop kerja ketenteraan?

Campur tangan politik dalam ketenteraan sangat jelas dan sangat melampau.

Pegawai2 tertinggi perlu pro kepada kerajaan bukannya jenis yang naik kerana pandai menjalankan tugas.

Campurtangan melampau inila akhirnya membuatkan halatuju ketenteraan senget dan seleweng dari matlamat asal.

MH370 ialah satu insiden yang kalau kau semua kaji apa yang tersirat ia membuka pekung pihak ketenteraan itu sendiri yang selama ini tunduk di bawah pengaruh politik.

PDRM pun sikit tak siasat MAS. Dan siasat TUDM.

Sepatutnya MAS dan TUDM disiasat oleh PDRM bagi mengenalpasti kesilapan dan kelemahan mereka dalam menghadapi tragedi MH370. Dan kesilapan2 itu nanti kita tarik keluar, belajar dari kesilapan dan sama2 jadikan pengalaman dan pengajaran yang berguna agar kita tak ulang semula pada masa akan datang.

Tapi kita tidak.

Sentiasa yang kita buat ialah perlu tunjukkan kepada orang lain, semua pihak kita adalah manusia maksum, perfect, lengkap tanpa dosa, salah dan silap.

Ajaran sapa yang kita ikut sebenarnya neh? Mengaku kesalahan dan memperbaiki kelemahan dianggap sesuatu yang memalukan sampaikan kritikan pun kita anggap seperti penghinaan dan membuka aib.

Kalau macam ini la kita selepas 4 musibah besar pada tahun 2014, bermula dengan MH370, MH17, banjir dan terhempasnya QZ8501 maka sampai bila2 pun kita akan berada di takuk lama. Berpihak berdasarkan sentimen dan gagal mengakui kelemahan diri. Itula kita, rakyat Malaysia. Agaknya, mungkin, jika, kita mula mengenalpasti kelemahan, kaji salah silap dan tidak lagi berpihak berdasarkan sentimen, mungkin waktu itu MH370 akan ditemui.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...