Khamis, 12 Mac 2015

Kerajaan Akhirnya Mengaku Suntik Dana Kepada 1MDB - UMNO Cheras Kantoi Malu Kaw2.

Part 1.

Baca : Jho Low Hilang Secara Misteri.

Part 2.

Baca : Hutang Luar Negara Meningkat Kepada 740 Billion.

Susulan dari pendedahan Bussiness Times Singapore pada semalam, kerajaan hari ini akhirnya mengakui mempunyai dana sedia ada untuk disuntik ke dalam 1MDB. Namun jumlah yang diumumkan oleh Husni Hanadzlah, menteri kewangan I sedikit berbeza dari apa yang didedahkan oleh Rafizi dan Bussiness Times Singapore. 

Rafizi mendedahkan jumlah suntikan dana kepada 1MDB berjumlah 900 juta. Manakala Bussiness Times Singapore mendedahkan dana berupa pinjaman perlu bayar itu pula berjumlah 970 juta ringgit Malaysia.

Ini juga membuatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh ketua UMNO Cheras pagi tadi ialah satu kenyataan yang memperbodohkan diri sendiri.

Baca petikan dari Malaysiakini ;

Dakwaan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ingin membantu 1MDB itu dikatakan dibuat sewaktu pertemuan beliau dengan ketua-ketua bahagian Umno Ahad lalu.

Ketua Umno Cheras mengulas kenyataan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang mendakwa beliau mendengar perkara tersebut daripada seorang ketua Umno bahagian yang hadir dalam pertemuan tertutup itu.

Bagaimanapun Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, yang juga penganjur perhimpunan tersebut, menyifatkan dakwaan PKR itu sebagai "satu lagi cerita dongeng pembangkang".

Beliau juga mencabar Rafizi mendedahkan sumbernya bagi mengesahkan dakwaannya itu dan tidak bersembunyi di sebalik sumber tanpa nama.

"Saya mencabarnya menamakan ketua bahagian Umno itu. Saya menafikan ini berlaku," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

"Jika anda dakwa ada ketua bahagian yang beritahu anda, beritahu kami siapa."

Opss sorry..

Ini yang sahkan.


Bukan sekadar ketua bahagian bahkan menteri Malaysia sendiri yang sahkan. Bukan sekadar sidang media bahkan didedahkan terus menerusi Parlimen Malaysia.

Ini juga membuatkan ketua UMNO Cheras kantoi bodoh lagi membodohkan. Kini semua tahu dia pakar penjilat dan terbukti dari segi hujah dan dalil.

KAH KAH KAH

Padan muka.

Kalau tatau buat tatau.
Kalau tahu jangan semak nak menipu.
Kan sekarang dah kantoi.
Bangang sangat.

Apa pun berbalik kepada tajuk artikel ;

- Kerajaan dah sahkan akan menyuntik dana kepada 1MDB.

- Perkara ini tidak pernah dibincang atau dibahas dalam parlimen.

- Rakyat Malaysia perlu bersatu ahti melarang dan menghalang suntikan dana ini.

- 1MDB ialah syarikat yang penuh kontroversi dan skandal.

- Sehingga siasatan selesai dijalankan, sehingga ahli parlimen dibenarkan untuk akses maklumat kewangan dan pentadbiran 1MDB, sehingga 1MDB benar2 dibuktikan bersih dan mampu mendapatkan kembali pulangan dalam setiap pelaburan yang dibuat, maka baru la kita fikirkan samada patut atau tidak patut suntikan dana diberikan.

- Syarikat 1MDB kalau setakat bersih pun tak guna. Mesti mampu memberikan profit agar mampu membayar kembali suntikan dana kerajaan kepada syarikat itu.

- Kita tidak mahu 1MDB meneruskan legasi seperti MAS. Rugi dan bail out. Rugi dan bail out lagi. Sampai bila?

- Jadi mari jadi rakyat yang bertanggungjawab. Kita kena halang suntikan dana tersebut. 900 juta atau 940 juta atau 970 juta, jika kerajaan bersungguh bina perumahanan rakyat itu lebih baik dan mendatangkan faedah kepada pembangunan dan kemajuan negara.

Fikir2kanla ek.

Bai. 

Rujukan : http://www.malaysiakini.com/news/291761

http://www.malaysiakini.com/news/291713

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...