Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 13 Mac 2015

Pelaksanaan GST Didik Rakyat Lebih Berjimat.



Ketika ini kita tengok kat TV ada pelbagai iklan tentang GST. Kat radio pun sama. Boleh dikatakan asal ada iklan, ketika itula selingan iklan tentang GST akan ada. Kalau kat RTM aku tatau sangat macam mana proses pengiklanan. Takan kerajaan buat iklan dan siarkan kat agensi kerajaan, kerajaan kena bayar kot? Tapi boleh jadi juga macam tue. So aku malas nak ulas panjang2 bab yang aku tatau. Aku sebut part yang aku tahu aje sudah la.

Selain dari saluran RTM, kat TV swasta seperti TV3 dan ASTRO pun ada juga iklan-iklan berkaitan GST.

Oleh kerana mereka saluran TV swasta maka sudah la tentula kos iklan adalah tinggi.

Yang neh aku terfikir-fikir juga.

Berapa yang kerajaan bayar.

Dulu kerajaan pernah juga buat iklan kat blog-blog menerusi syarikat pengiklanan internet. Iklan-iklan macam tue pernah naik di blog aku. CPM kot. Bukan CPC. So prediction aku, kerajaan memang peruntukan banyak wang untuk cover kos pengiklanan tentang GST. Kerajaan seboleh-bolehnya memujuk rakyat agar menerima GST secara terbuka tanpa tentangan dan memaksa rakyat memahami bahawa GST adalah lebih baik dari SST.

Tapi entah macam mana. 

Dalam pada beria-ria kempen sana sini tentang GST, si tukang-tukang kempen kadangkala tersasul bagi idea bodoh.

Salah satunya macam penerbitan artikel berita di atas. Ada ka kata pelaksanaan GST akan mendidik rakyat berjimat cermat.

Jimat cermat apa lancau.

Sekarang sapa yang membazir dan sapa pula yang disuruh berjimat?
Membayangkan seolah-olah rakyat Malaysia neh kaki pembazir secara generalisasi.
Sedangkan yang menyeleweng dan songlap sana sini dengan pelbagai kerugian dalam projek gajah putih tue kerajaan. Apa kaitan dengan rakyat plak sampai rakyat yang diseru berjimat? Rakyat kalau membazir sekalipun at least guna duit sendiri kot. Sendiri kerja bagai nak mampos, sendiri buang duit tak henti-henti sampai menyusahkan diri. Kerajaan kalau membazir gunakan duit rakyat. Sudahla membazir, tak mengaku satu hal. Lepas tue tak pernah cermin kesalahan diri dan berterusan pula tue membazir dan membazir tanpa batasan. Sila baca laporan audit tiap-tiap tahun. Dah tatau nak cakap apa dah.

Yang guna jet rasmi kerajaan melancong sakan pusing dunia pun ada.
Membazir macam tue takpe pula.
Kutip la berapa banyak cukai sekalipun.
Sampai mati tetap tak cukup.
Kalau dah bini sendiri pun boleh guna harta negara macam harta mak bapak dia.
GST 11% pun negara tak maju-maju.

Pelik tak pelik juga la.
Menteri dok huha cakap pelaksanaan GST akan turunkan harga barang.
Hasan Malek punya power siap kata 8,000 barangan dah tentu turun harga lepas GST.
Tah barangan apa tak pula dia nyatakan.
Tapi berita di bawah katanya pelaksanaan GST untuk didik rakyat berjimat cermat.
Rakyat disaran beli barangan yang perlu saja.
Aik, pembelian barangan kena dicatu sebab apa?
Kalau GST turunkan harga barang bukan kah lebih banyak barangan yang dapat dibeli berbanding sebelumnya? 



Pening.. pening.


Pening aku tengok dorang berkempen bab GST.
Ada iklan yang kata dengan GST harga barang akan susut.
Ada iklan yang kata GST tidak akan membebankan rakyat.
Ada iklan yang kata GST baik untuk negara.
Ada iklan yang kata banyak sektor dikecualikan GST.
Dan ada artikel (kempen pro GST) yang kata GST untuk didik rakyat berjimat dan rakyat perlu catu (beli barangan yang perlu sahaja) ketika beli barangan.

Bab ini pun tak sekufu. Lagi nak tipu rakyat macam buku bodoh neh ;



Nampak sangat pembohong. Aku senang jek. Sebelum GST dilaksanakan, aku akan beli barangan kat pasaraya. Dan selepas GST dilaksanakan, aku akan membeli di pasaraya yang sama dengan barangan yang lebih kurang sama jenisnya dan bandingkan. Masa tue tahu la betul ke tak betul dengan GST kita dapat beli lebih banyak barangan dengan jumlah wang yang sama atau tidak. Aku rasa elok kita semua laju2 buat macam tue. Nanti senang nak campak bukti kat penjilat BN dan GST.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...