Sabtu, 14 Mac 2015

UZAR Jawab Hukum Cukai GST.

Perkongsian adalah untuk tujuan perbincangan. 


Aku faham point UZAR. Dan aku setuju. Uzar mengulas dengan lengkap. Tapi sayangnya kerajaan tak faham. Tak perlu sangka baik la pada kerajaan UZAR oi. Kerajaan takan hargai bahkan kerajaan memang layak mendapat sangkaan buruk dan keji.

Baca ;

Seluruh hasil kerajaan dari cukai adalah RM 171.7 billion pada tahun 2014. Hasil bukan dari cukai adalah RM 51.5 billion. Ada sedikit lagi hasil lain sekitar 1.7 bil. Maka total hasil kerajaan pada tahun 2104 tersebut adalah RM 225 billion.

Dari sumber hasil itu, untuk bayar gaji kakitangan awam sahaja kerajaan bayar RM 65 billion.

Jika semua cukai diputuskan haram dalam kes Malaysia, maka kerajaan hanya ada hasil sebanyak RM 53.3 billion. Apa akan berlaku jika itu sahaja hasil negara?.
Atas sebab itu, hukum fiqh mesti dikeluarkan dengan melihat suasana semasa, kes wujdunya tidak amanah, tiris, rasuah & boros itu memang isu sejagat yang mesti diperjuangkan sentiasa dalam mana-mana kerajaan sekalipun. Bagi saya ia BUKAN HANYA masalah pada pemimpin politik tetapi juga berlaku kepada kakitangan awam itu sendiri (yang tidak berpolitik kepartian - sbmn bukti yang telah dihukum).
Justeru, kita kena fikir secara holistik dan melihat konteks terkini walau bagaimana CACAT sekalipun ia, dan kemudian mengeluarkan pendapat yang paling logik dan mampu dilaksanakan segera, BUKAN terlalu semangat dengan pandangan IDEAL yang hampir tidak mampu dibuat. Itulah Fiqh Maqasidi dan Fiqh waq'ie namanya.
Membawakan kenyataan nasihat Imam Nawawi terhadap pemimpin dalam bab cukai dan tuntutannya ( iaitu pemerintah jual semua harta mereka terlebih dulu sebelum kenakan cukai rakyat) dalam konteks Malaysia adalah suatu yang sangat IDEAL yang terlalu ambitious dan hanya mengecewakan diri sendiri. 

Fiqh semasa berdiri atas nasihat secara tadarruj yang mampu dilaksanakan bukan AGRESIF kepada yang tidak kelihatan MAMPU dilaksanakan.
Pandangan ideal memang popular dan disukai ramai, namun tidak mampu dilaksana oleh yang berkuasa malah yang menyokong itu sendiri BELUM tahu mampu laksanakan untuk diri mereka sendiri.
Teringat nasihat Imam Khalifah Umar Abd Aziz kepada anaknya yang terlalu semangat ingin kemungkaran di negara dihapuskan secara ideal dan radikal:

لا تعجل يا بني؛ فإن الله قد ذمَّ الخمر في القرآن مرتين, وحَرَّمها في الثالثة, وإني أخاف أن أحمل الحقَّ على الناس جملةً, فيدفعوه جملةً, ويكون من هذا فتنة
 

Ertinya : Jangan tergesa-gesa wahai anakku, sesungguhnya Allah swt mencela arak dua kali di dalam Al-Quran, kali ketiga baru ia diharamkan, aku bimbang membawa kebaikan secara keseluruhan (lump sump) kepada manusia lalu mereka menolaknya sebegitu juga ( tidak mampu laksana), maka akan terjadilah darinya fitnah besar.
Ini bahan untuk berfikir bukan untuk memaki hamun di ruang ini. Imam Sufyan At-Thawry berkata :

العلم هو الرخصة من عالم ثقة، أما التشدد فيحسنه كل أحد
 

Ertinya : Ilmu itu mengandungi keringanan (boleh diambil) dari individu yang faham dan dipercayai (hasil kajian yang holistik), adapun terlalu berkeras itu semua orang pun pandai (mudah dan mampu) membuatnya. (ertinya tidak banyak add value jika hanya pandai mengharam tanpa praktikal).
Dr. Zaharuddin Abd Rahman
------------------
Ada pula yang tak percaya data yang saya berikan bahawa RM 65 billion akan kerajaan gunakan untuk bayar gaji dan elaun kakitangan awam untuk tahun 2015 ?. Ok lah, cuba rujuk sendiri di lampiran C link ini. Lihat emolumen (semua termasuk gaji etc kakitangan)

Rujukan video ;  

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...