Khamis, 12 Mac 2015

Menteri Kini Sahkan 940 Juta Kepada 1MDB Bukan Pinjaman - Giliran Muhyidin Yassin Pula Kantoi Kaw2.

Sebelum itu baca : Menteri Mengaku 950 Juta Disedia Untuk 1MDB

Masih lagi berkisar tentang 1MDB.

Jadi apa yang berlaku ialah kerajaan suntik dana kepada 1MDB. Suntikan dana itu berupa seperti satu pelaburan. Ianya bukan pinjaman. Manfaat yang akan kerajaan raih secara jelas aku kurang pasti tetapi kita boleh meminta menteri mendedahkan perjanjian berkaitan suntikan dana kepada 1MDB itu.


2 perkara akan dilakukan oleh 1MDB bagi memulihkan aliran tunai mereka.

Pertama.

Suntikan dana dari pelabur. Disini kerajaan telah bertindak menjadi salah seorang pelabur 1MDB apabila memilih untuk menyuntik dana ke 1MDB menggunakan wang pembayar cukai. Jumlah yang bakal disuntik berjumlah 940 juta ringgit Malaysia. Namun perbincangan ke arah ini tidak pernah dibuat melalui dewan rakyat. Selain dari suntikan dana kerajaan juga perlu dedahkan butiran perjanjian mengenai suntikan dana tersebut. Apakah kerajaan akan menerima sesuatu manfaat kesan dari pelaburan tersebut ataupun suntikan dana berbentuk bail-out yang mana kerajaan tidak akan menerima apa-apa pulangan sebagai gantian kepada pelaburan tersebut. Jika ya, kenapa?

Apa sebab 1MDB perlu dibail-out oleh rakyat Malaysia?

Dan, bagaimana rakyat akan menerima kesan positif daripada proses tersebut?

Bagaimana kerajaan boleh meluluskan suntikan dana tanpa menunggu laporan audit menjalankan siasatan mereka?

Mengapakah usul penubuhan siasatan diraja terhadap 1MDB tidak diluluskan oleh parlimen?

Apakah yang cuba disembunyikan oleh 1MDB dan kerajaan?

Kedua. 

Menawarkan saham kepada pelabur yang berminat bagi meningkatkan modal.

Yakni. 1MDB memperlihatkan syarikat mereka mempunyai masalah kewangan. Apa sebab 1MDB perlu mendapatkan suntikan dana yang banyak? Adakah ia berkaitan dengan faedah atas bon yang perlu ditanggung 1MDB setiap tahun sehingga 2023? Jika ya, boleh jelaskan kenapa 1MDB kekurangan aliran tunai? Bukankah 1MDB sebuah syarikat yang berhasil meraih keuntungan bak kata menteri? Jika untung kenapa kekurangan aliran tunai dan memerlukan modal tambahan? 

Jangan salah faham. Ini bukan tuduhan. Ini pertanyaan. Kerana rakyat perlu diberitahu. Kenapa rakyat perlu tahu? Ini kerana 1MDB sendiri telah melibatkan peranan rakyat dalam structure organisasi syarikat tersebut. Mereka melibatkan wang pembayar cukai dalam operasi mereka bermaksud, mereka baru saja memberikan rakyat hak untuk peduli setiap keputusan pentadbiran yang dibuat oleh syarikat berkenaan. Maka, perkara ini perlu didedahkan.

Dalam waktu yang sama, Muhyiddin Yassin dah langgar kenyataan sendiri.


Aku taknak petik laporan dari portal pembangkang. Ini laporan dari portal Berita Harian sendiri. Media arus perdana pro kerajaan = jenis play safe sebab sentimen, kuasa dan politik.

Kat situ jelas BH melaporkan yang TPM berkata kerajaan tidak akan gunakan dana awam untuk menyelamatkan syarikat 1MDB.

Tapi apa neh, menteri kewangan II Husni Hanadzlah baru aje mengakui 940 juta telah diperuntukkan untuk 1MDB. Tanpa mendedahkan butiran urusniaga dan buat rakyat tertanya-tanya. Apakah ini satu lagi bentuk bail-out atau apa. Bagi orang pening kepala jek.

Aku terfikir-fikir sebab 1MDB mempunyai masalah aliran wang tunai. Kalau betul la itu alasan sebenar, kenapa?

Selagi tak dapat data-data dan semua dokumen berkaitan kedudukan perniagaan dan kewangan 1MDB, kita nak tuduh apa pun susah dan taknak tuduh pun rasa susah juga.

Pening kepala woo..

Tapi dasat tak dasat juga kerajaan kau neh.

Buta2 je salur dana 940 juta untuk 1MDB.
Untuk bina rumah rakyat kemain lagi bergantung pada peranan kapitalisma...
Apa pun tak boleh.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...